🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Fryer ni memang betul2 berguna lah. Patut la viral sgt. Cuba m | Shopee Check

Fryer ni memang betul2 berguna lah. Patut la viral sgt. Cuba mcm2 resepi yang page2 resepi viralkan memang berbaloi weh.

Bukan boleh bakar ayam mcm ayamas tu je, rupanya mcm2 boleh tau! nugget, kentang, kek pun boleh tau dak!! Berbaloi sgt2 air fryer ni tau.

Yang mana dah join group2 resepi ni memang boleh cuba je. tahu2 dah masak
‍‍‍ ‍‍‍ ‍‍‍
Tengah ada promo ni utk PayDay 25 shopee. 3D Air Fryer PerySmith ni tinggal RM168 je tau! Cepat sebelum terlambat. Kedai ni dah lebih 26.6k terjual! Kapasiti besar (4.2L).

korang masukan dlm cart kat sini: https://shp.ee/33n6435

Korang tengok sekali resepi yang korang boleh try guna Fryer ni nanti. Korang tengok resepi kat bawah ni

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KEK

Bahan - Bahan
3 biji Telur (diasingkan kuning dan putihnya)
75 gm Tepung Kek
85 gm Gula
4 sudu besar Jus Oren
3 sudu besar Minyak Sayur
1 sudu teh Serbuk Penaik / Baking Powder
1/2 sudu teh Perisa / Esen Oren
Beberapa titik Pewarna Oren


Cara - Cara 
1. Gaul kuning telur dengan 1/2 gula. Pukul sehingga kembang dan, tukar warna seakan pucat. (Baki gula akan digaul untuk meringue)
2. Masukkan minyak sayur dan gaul sebati.
3. Masukkan jus oren, pewarna oren, perisa oren.
4. Ayakkan tepung kek dan serbuk penaik ke dalam adunan telur.
5. Gaul rata tapi jangan terlalu kuat. 


Meringue (Adunan Telur Putih & Gula)
Pastikan telur putih disejukkan dahulu selama 30min ke 1 jam sebelum menyediakan meringue


1. Keluarkan telur putih dari peti sejuk. Buka pembalut.
2. Pukul telur putih sehingga jernih dan berbuih.
3. Masukkan baki gula sedikit demi sedikit sambil pukul telur putih.
4. Langkah ini supaya gula digaul sebati dengan telur putih dan cukup masa untuk mengembangkan telur putih.
5. Meringue akan siap bila permukaan telur putih itu nampak kilat, licin dan adunannya kembang.


Cara Adunan
1. Kaup sedikit meringue ke dalam adunan telur kuning dan gaul rata sehingga tiada baki telur putih.
2. Kaup lagi meringue dan ulangi langkah 1.
3. Masukkan adunan telur kuning kedalam mangkuk meringue dan gaul menggunakan senduk spatula. Gunakan teknik "potong dan lipat" . Langkah ini untuk mengekalkan buih dalam meringue.
4. Tuang adunan ke dalam loyang chiffon.
5. Bakar pada suhu 140°C / 20min.
6. Selepas loceng berbunyi, keluakan loyang dan terbalikkan untuk sejukkan
7. Bila loyang sudah sejuk, kek sedia dipotong.


Kredit : Noraini Ahmad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LEMANG

Bahan-Bahan

2 cawan beras pulut
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
1 sudu teh garam
Daun pandan (jika boleh dapatkan daun pisang lagi baik)
Cawan kertas

Cara Penyediaan

Basuh beras pulut dengan air.

Selepas itu, rendam beras pulut tadi dalam air selama 2 jam.

Kemudian toskan air. Basuh sekali lagi sehingga bersih dan rendam dengan air santan dan garam selama 30 min.

Alas cawan dengan daun pandan atau daun pisang.

Isikan beras pulut tadi ke dalam cawan dan tuang santan cukup paras beras pulut.

Panaskan air fryer pada suhu 180°C selama 5 minit.

Kemudian masukkan beras pulut yang telah diisi dalam cawan ke dalam air fryer.

Bakar kali pertama: 180°C / 30 min

Bakar kali kedua: 160°C / 10 min

Dah siap, rehatkan 10 min dalam air fryer sebelum dikeluarkan.

Kemudian boleh dihidangkan lemang dengan rendang ayam atau apa sahaja lauk yang bersesuaian.

Kredit: hasrulhassancom

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN SEDAP DAN MUDAH

Bahan-bahan:

½ ekor ayam ~ potong 2 bahagian (taknak potong pun boleh.. ikut suka)
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit garam

Bahan Kuah
1 biji kelapa ambil 4 ~ 5 cawan santan (MadihaA guna santan kotak cap ayam 200 ml + 2 cawan air)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih (kebiasaan org kelantan tak pakai bawang putih utk ayam percik/tp admin suka bawang putih)
garam secukup rasa
2 sudu kecil gula
3 batang serai
1 ½ inci halia
1 keping asam gelugur

CARA-CARANYA:

1. Ayam dibersihkan, dikelar dan lumur dengan garam dan kunyit.
2. Bakar ayam dlm oven dengan suhu 200C (api atas bawah) sehingga ayam masak. Dalam 15 minit balikkan ayam supaya garing rata.
2.