Get Mystery Box with random crypto!

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

Logo of telegram channel tarbiyahiman — 🌼 Ukhuwah Fillah 🌼 U
Logo of telegram channel tarbiyahiman — 🌼 Ukhuwah Fillah 🌼
Channel address: @tarbiyahiman
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 2.48K
Description from channel

Bersama ukhwah adanya iman dan taqwa.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
#salamUkhuwahFillahAbadanAbada

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

1

2 stars

1

1 stars

0


The latest Messages 16

2022-05-21 16:40:24 Shollu Ala Muhammad.
#Bismillahirrahmanirrahim
.
Zaman Dajjal akan berlakunya Zaman Kemarau selama 7 tahun, erti tiada makanan bg penduduk Bumi. Duit tiada nilai #MasyaAllah
Pada zaman itu manusia membaca Yasin dgn niat utk kenyang, zaman Zikrullah.
.
Umat Islam sudah diberikan peringatan dan amalan untuk menghadapi segala jenis dugaan bakal berlaku.
.
Baca kisah nabi-nabi menghadapi dugaan dibakar, ditelan ikan, dihina kaumnya, terkena penyakit bertahun-tahun. Bacalah kerana keyword atau kunci solusi sudah tertulis dalam kisah nabi-nabi di dalam Kitab Agung Al Quran.
.
Semuga kita tenang menghadapi 'Kemarau 7 Tahun' dan mendapat Pertolongan dan Redha Allah Maha Besar.

#cnp
49 views13:40
Open / Comment
2022-05-21 16:36:17 CATATAN SEJARAH MENCERITAKAN HAL KEBULURAN 7 TAHUN DIBUMI MESIR

Lokasi:
Kepulauan Suhail, Aswan Mesir.

Ini adalah cacatan bersejarah yang diukir pada batu besar dengan menggunakan bahasa Heliografi Kuno Mesir.

Isi daripada kandungan catatan ini menceritakan halnya bagaimana 7 tahun bumi Mesir pernah mengalami kemarau panjang dan kebuluran yang melampau di zaman pemerintahan Raja Djoser iaitu salah seorang firaun yang pernah memerintah Mesir sekitar tahun 2650 sebelum masihi.

Dan tulisan di batu ini juga termasuk dalam apa yang Nabi Yusuf AS pernah terjemahkan mimpi seorang raja yang didatangkan kepadanya..

Firman Allah

(وَقَالَ ٱلۡمَلِكُ إِنِّیۤ أَرَىٰ سَبۡعَ بَقَرَ ٰ⁠تࣲ سِمَانࣲ یَأۡكُلُهُنَّ سَبۡعٌ عِجَافࣱ وَسَبۡعَ سُنۢبُلَـٰتٍ خُضۡرࣲ وَأُخَرَ یَابِسَـٰتࣲۖ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلۡمَلَأُ أَفۡتُونِی فِی رُءۡیَـٰیَ إِن كُنتُمۡ لِلرُّءۡیَا تَعۡبُرُونَ)
Surah Yusuf ayat 43
Maksudnya:

Dan pada suatu hari seorang raja Mesir ada menceritakan:

Sesungguhnya aku bermimpi melihat:
tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus,
dan aku melihat tujuh tangkai biji-bijian yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering.

Wahai ketua-ketua kaum yang hadir, terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai menafsirkan mimpi".

Kemudian Nabi Yusuf menafsirkan mimpi ini,,

(قَالَ تَزۡرَعُونَ سَبۡعَ سِنِینَ دَأَبࣰا فَمَا حَصَدتُّمۡ فَذَرُوهُ فِی سُنۢبُلِهِۦۤ إِلَّا قَلِیلࣰا مِّمَّا تَأۡكُلُونَ)
Surah Yusuf ayat 47

Nabi Yusuf menjawab:
Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh untuk tujuh tahun berturut-turut,
kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya
kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

(ثُمَّ یَأۡتِی مِنۢ بَعۡدِ ذَ ٰ⁠لِكَ سَبۡعࣱ شِدَادࣱ یَأۡكُلۡنَ مَا قَدَّمۡتُمۡ لَهُنَّ إِلَّا قَلِیلࣰا مِّمَّا تُحۡصِنُونَ)
Surah Yusuf ayat 48

Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar,
yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya
kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan untuk dijadikan benih

(ثُمَّ یَأۡتِی مِنۢ بَعۡدِ ذَ ٰ⁠لِكَ عَامࣱ فِیهِ یُغَاثُ ٱلنَّاسُ وَفِیهِ یَعۡصِرُونَ)
Surah Yusuf ayat 49

Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan,
dan padanya mereka dapat memerah hasil anggur, zaitun dan sebagainya.

Pak Arab
C&P

#tarbiahiman
52 views13:36
Open / Comment
2022-05-21 16:36:08
47 views13:36
Open / Comment
2022-05-21 16:29:04
51 views13:29
Open / Comment
2022-05-21 16:26:31
Bank Negara Algeria telah mengeluarkan syiling 500 Dinar Algeria yang pertama, yang mengandungi gambar Kubah Batu Baitulmaqdis di belakangnya dengan ungkapan "al-Quds adalah milik kita".

Sumber: Quds News Network
t.me/hadispalestin
51 views13:26
Open / Comment
2022-05-19 08:12:13 PERINGATAN ZOHOR!

Telah masuk waktu solat fardhu zohor (13:12) bagi kawasan Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Rawang, S.Alam (Selangor) dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.

Selamat menunaikan solat fardhu Zohor!
17 views05:12
Open / Comment
2022-05-19 00:50:05 PERINGATAN SUBUH!

Telah masuk waktu solat fardhu subuh (05:50) bagi kawasan Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Rawang, S.Alam (Selangor) dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.

Selamat menunaikan solat fardhu Subuh!
52 views21:50
Open / Comment
2022-05-18 23:01:03 Jadual Waktu Solat Hari Ini
Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Rawang, S.Alam (Selangor)
Khamis, 19/05/2022
17 Syawal 1443H

Imsak : 05:40
Subuh : 05:50
Syuruk : 06:59
Zohor : 13:12
Asar : 16:35
Maghrib : 19:20
Isyak : 20:34

Selamat menunaikan solat fardhu!
53 views20:01
Open / Comment
2022-05-18 16:20:27 Manusia normal akan hadirnya rasa malas. Lagi lagi orang yang nak datang pada Allah Taala. (read : menuju).

Jika ia (malas) hadir, cepat cepat tepis. Sebab hanya kita boleh kawal. Bukan orang lain.

Bukan suami awak. Bukan mak ayah awak

Imam al-Ghazali berkata, Nafsu ni kita boleh kawal ibarat tali kekang (horse’s handling) tu.

Minta Nafsu tu ikut arahan kita, bukan kita ikut arahan Nafsu itu.

Bayangkan, dulunya kita bersemangat nak jadi baik, perbaiki diri. Alhamdulullah.

Tapi lama lama, semua itu jadi malas. Malas hadir Majlis Ilmu, malas bangun malam, malas ziarah, malas buat baik.

Sebab apa? Mujahadah semakin kurang.

Apa itu Mujahadah? Pi google sat

Pesanan Guru, cara kita nak cakap dengan diri balik ialah

Wahai Hawa Nafsu diriku, kena tahu perjanjian hang dengan Allah Taala tak tahu sampai bila & hidup ini tiada jaminan. Entah sekejab lagi hang dikafankan, masa tu rugi MasyaAllah. No you turn gitu.

.
.
.

Iman ini memang ada naik & turunnya. Cuma satu je, jangan sesekali biarkan turun lama lama.

Bila dah turun, nak naik balik. MasyaAllah.. berat!

(Ala hampa tahu kan hat ini )

Tambahan lagi,

Mereka yang dah rasa diri selesa, berat pula amal & rasa diri lebih baik — itulah sifat Mamzumah tercela.

Paling Ustazah tekan ialah kena ada rasa kurang dari rasa cukup. Sentiasa kena rasa “Aku kurang khidmat guru-keluarga, aku kurang mengaji, aku kurang ziarah keluarga, aku kurang itu ini..”

Ada lagi cara nak didik hawa nafsu.

Cakap je, “ha semalam kau (Nafsu) tak bangun tahajud kan)? Jadi hari ini tiada makan sedap sedap na?

Gitulah. Cakap cakap dengan diri tu. Cakap dengan Nafsu tu.

Tak gila pun cakap dengan diri sendiri.

Sebab Nafsu ni macam anak anak kita. Nak didik Nafsu, Nafsu kena dengar cakap kita.

Nak tahu tak?

Nanti bila kita dihadapan Allah Taala, Nafsu akan lari tinggalkan kita. Terkapai lah kita seorang untuk menjawab semua persoalan.

Hang bayangkan lah.

Dulu dia (Nafsu) duduk dengan kita bukan main nak itu ini. Malas itu ini. Nah bila kena hadap, Nafsu tak mengaku semua tu kerja dia sebab dia dah lari.

Hang boleh bayangkan tak?

Geram kan.

Tapi itulah.

Semua ada dalam kitab. Bacalah.

Kalau tak rajin baca Kitab, hadirlah Majlis Ilmu na? Cari Majlis Ilmu yang ada bacaan Kitab sekali.

Sebab bila ada Kitab ni, tiada lah merepek tu!

Semuanya sahih belaka.

Guru pula carilah yang bukan guru biasa biasa untuk terjemah & syarah. Sebab semua ini untuk diri kita semula nak hadap Akhirat kita kelak.

Allah Allah.

P/s : Zaman akhir akhir ni, bukan Kelas Ilmu bisnes yang kita kena kejar — tapi inilah. Untuk kita juga. Untuk Akhirat kita.

Hang tak nak? Ikutlah. KakZa dah habaq

…Terima kasih untuk semuanya Ustazah Khudaij Alosmany

#cnp
@tarbiyahiman
83 views13:20
Open / Comment