Get Mystery Box with random crypto!

Bismillah. Bila hari ni, terdengar ada family yang mengaji al | TerusHijrah

Bismillah.

Bila hari ni, terdengar ada family yang mengaji al-Quran, sebak & terfikir, kalau dulu agama tu dipraktikkan, mesti beza keadaan family yang sekarang.

Aku bukan mahu buka aib, tapi aku harap benda ni jadi pengajaran dekat aku & semua orang.

Bukan juga tidak bersyukur tapi mahu kongsi pengajaran yang harapnya ada manfaat untuk semua, supaya tidak ulang silap yang sama.

One of sebabnya, anak tidak dapat pilih siapa parents mereka.

Tapi kita, kita boleh pilih untuk jadi parents yang macam mana untuk anak & boleh pilih partner macam mana yang kita mampu.

Usaha. Bukan minta atau cari yang sempurna.

Usaha untuk jaga solat, usaha dolat berjemaah, usaha untuk belajar mengaji, usaha untuk belajar ilmu agama etc.

Tidak sempurna bukan la alasan untuk tidak belajar langsung. The key is, usaha ja. Belajar ja.

Silap? Semua orang buat. Memang kita as manusia dicipta begitu sifatnya. Tidak lepas dari buat dosa.

Tapi Allah remind kita juga, sebaik² manusia yang buat dosa, buat silap, adalah hamba yang bertaubat.

Allah tidak cakap, buat dosa konfem neraka. Tapi masih berbalik dengan belas kasihan & kasih sayang, rahmat Allah SWT.

Bahasa mudahnya, setiap masa kita ada peluang baiki diri, bertaubat.

Back to cerita family tadi, kahwin bukan untuk suka² semata². Lepas kahwin, kita ada amanah untuk bina keluarga kita.

Bila hubungan family tu dengan Allah SWT baik, aku percaya keluarga tu ada beza dengan family yang kurang baik hubungannya dengan Allah SWT.

"Timbul persoalan, ala keluarga ustaz ustazah pun ada anak tidak baik juga.

STOP.

Hasil tu kan bukan tugas kita? Tugas kita cuma usaha sehabis baik, hasil pula kerja Allah SWT. Jadi fokus dekat usahanya, bukan dekat hasil.

Start sekarang, masih single atau sudah berkahwin, mula baiki hubungan kita dengan Allah SWT.

Tidak reti mengaji, belajar. Tidak reti solat, belajar. Solat banyak tinggal, belajar istiqamah. Mengaji sangkut², belajar, lancarkan.

Yang penting kita usaha.

Bukan mengharap anak lahir nanti, terus bagus agamanya, terus perfect adab akhlaknya.

As parents atau bakal parents, kita la orang yang patut banyak reflect diri, muhasabah diri. Bukan rasa kita paling baik, kita paling betul.

Makin tua, makin ada title, ramai makin ego. Makin rasa diri terpaling betul. Makin rasa diri suci dari dosa.

Kalau kita sendiri seego itu, apa kita expect anak rendah hati, ego rendah?

Kita lupa, anak bukan start dengan mendengar, tapi start dengan melihat dulu. Tengok setiap tindakan kita.

Parents orang paling dekat dengan anak. Parents guru pertama anak² through kita punya akhlak, tindakan.

Cakap la berlembar ingatan, yang anak akan ingat, apa yang kita tunjukkan melalui tindakan la anak akan lebih ingat.

Aku harap, as parents & bakal parents, dapat fokus diri kita dulu, baiki diri dulu, sebelum kita ada anak, sebelum kita fokus baiki anak.

Aku tidak cakap semua parents kena jadi sempurna, tapi at least usaha untuk jaga hubungan dengan Allah SWT.

Moga ada manfaat.

#terushijrahofficial
#azrinarusni