Get Mystery Box with random crypto!

SAVE THE DATE PUASA HARI ARAFAH 9 ZULHIJJAH - KEAMPUNAN DOS | The Dakwah Nisa ✨

SAVE THE DATE

PUASA HARI ARAFAH 9 ZULHIJJAH - KEAMPUNAN DOSA UNTUK 2 TAHUN

Jangan lupa puasa sunat hari Arafah pada 9 Zulhijjah 1443H bersamaan 8 Julai 2022 (Jumaat) bagi Makkah dan 9 Julai 2022 (Sabtu) bagi Malaysia/Indonesia dan negara-negara serantau. Sebaik-baiknya puasa pada kedua-dua hari.

Jangankan lepaskan ganjaran hebat pada hari barakah ini. Allah menawarkan rahmat keampunan yang besar untuk hamba-hambaNya yang ikhlas, berdasarkan hadis sahih:

Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

“Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”.
[Riwayat Muslim (1977)]

Hari Arafah juga hari mustajab doa, apatah lagi kalau berpuasa. Inilah hari terbaik untuk banyakkan doa. Siapkan juga list doa untuk hari yang dirahmati Allah ini ya.

Share with your family and friends.