SOAL JAWAB AGAMA SOALAN: Adakah tersenyum ketika mengerjakan | Nukilan Si Qowiy 🌹
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Adakah tersenyum ketika mengerjakan solat itu boleh membatalkan solat?
JAWAPAN: Tersenyum ketika menunaikan solat itu tidak termasuk perkara yang membatalkan solat disisi jumhur ulamak.
Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah:
قال ابن المنذر(أجمع كل من نحفظ عنه من أهل العلم – غير ابن سيرين – على أن التبسم في الصلاة لا يفسدها). وقال ابن قدامة(وأكثر أهل العلم على التبسم لا يفسدها – أي لا يفسد الصلاة) وقال النووي: قال أكثر العلماء: لابأس بالتبسم.
Maksudnya: “Telah berkata Imam Ibnu Al-Munzir: Telah ijmak oleh ulamak selain Ibnu Sirrin atas bahwasanya tersenyum di dalam solat itu tidak membatalkan solat.
Dan telah berkata Imam Ibnu Qudamah: Dan majoriti ulamak berjalan atas bahawasanya tersenyum itu tidak membatalkan solat.
Dan berkata Imam Nawawi: Telah berkata jumhur ulamak tiada mengapa dengan tersenyum (dalam solat).” Dan telah diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a. katanya:
لا يقطع الصلاةَ التبسمُ
Maksudnya: “Tersenyum itu tidak memutuskan solat.”
KESIMPULAN: Tersenyum tidak membatalkan solat kerana sedikit perbuatannya bersalahan ketawa dari kerana ketawa itu perbuatan yang banyak maka ia membatalkan solat.
Jatuh bukan kerana lemah,. Tetapi kerana kau lelah. Rebah bukan kerana tiada daya,. Tetapi kerana kau lebih tahu siapa Dia yang berkuasa. 📌 Since November 8 2017. Bot ; @NukilansBot. Open promote e...