🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Nukilan Si Qowiy 🌹

Logo of telegram channel thegadiskhayalan — Nukilan Si Qowiy 🌹 N
Logo of telegram channel thegadiskhayalan — Nukilan Si Qowiy 🌹
Channel address: @thegadiskhayalan
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 445
Description from channel

Jatuh bukan kerana lemah,
Tetapi kerana kau lelah.
Rebah bukan kerana tiada daya,
Tetapi kerana kau lebih tahu siapa Dia yang berkuasa.
📌 Since November 8 2017
Bot ; @NukilansBot
Open promote every Friday ❤
New admin needed !
PM : @khayalangm

Ratings & Reviews

2.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

1


The latest Messages 2

2021-09-01 15:05:58 SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah maksud ulul azmi dari kalangan para Rasul? Siapakah mereka?

JAWPAN: Yang dikehendaki dengan perkataan Ulul Azmi dari kalangan mereka itu ialah segala Rasul yang kuat kesabaran, ketetapan dan kuat menanggung segala macam ujian dalam meninggikan agama Allah. Apa yang mereka tanggung dari ujian adalah lebih berat dari yang ditangggung oleh selain para Nabi dan Rasul.

Maksud perkataan azam itu adalah sebagaimana yang disebut oleh Al-’Allamah Thohir bin ‘Asyur:

وَأولُوا الْعَزْمِ: أَصْحَابُ الْعَزْمِ، أَيِ الْمُتَّصِفُونَ بِهِ، وَالْعَزْمُ، نِيَّةٌ مُحَقَّقَةٌ عَلَى عَمَلٍ أَوْ قَوْلٍ دُونَ تَرَدُّدٍ

Maksudnya: “Dan bermula Ulul Azmi itu ialah orang-orang yang bersifat dengan azam yaitu niat yang sebenar atas amalan dan perkatan tanpa keraguan.” [Kitab At-Tahrir Wat-Tanwir]

Tersebut pada kitab Tafsir Jalalain: “Ulul azmi bermaksud orang yang mempunyai ketetapan dan sabar atas segala kesusahan.” [m.s. 672]

Berkata Syeikhul Azhar Syeikh At-Tanthawi:

أولوا العزم من الرسل، وهم الذين تحملوا في سبيل إعلاء كلمة الله تعالى أكثر مما تحمل غيرهم

Maksudnya: “Ulul Azmi ialah Rasul yang menanggung ujian pada jalan meningggikan agama Allah yang lebih berat dari yang dirasakan oleh selain mereka.” [Tafsir Wasith]

Dan yang terkenal ulul azmi dari kalangan para Rasul ini ialah Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW.

Berkata Imam Ibnu Kathir:

وَأَشْهَرُهَا أَنَّهُمْ نُوحٌ وَإِبْرَاهِيمُ وَمُوسَى وعيسى وخاتم الأنبياء مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِه وَسَلَّمَ؛ قَدْ نَصَّ الله تعالى عَلَى أَسْمَائِهِمْ مِنْ بَيْنِ الْأَنْبِيَاءِ فِي آيَتَيْنِ من سورتي الأحزاب والشورى

Maksudnya: “Dan yang terkenal ulul azmi itu ialah Nuh dan Ibrahim dan Musa dan Isa dan Nabi Muhammad SAW penutup segala Nabi. Dan sungguh telah menjelaskan oleh Allah atas nama-nama mereka ini dari kalangan para Nabi pada dua ayat pada surah Al-Ahzab dan As-Syura.” [Tafsir Ibnu Kathir]

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
21 viewswnmuhdfirdaus, 12:05
Open / Comment
2021-08-31 15:01:21 SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Benarkah orang yang sihat dimakruhkan solat sunat dalam keadaan duduk?

Jika orang yang sakit terpaksa solat dalam keadaan duduk adakah benar bahawa dia hanya mendapat separuh sahaja pahalanya?

JAWAPAN: Orang yang sihat tetapi dia solat dalam keadaan duduk maka perbuatannya itu adalah harus bukannya makruh tetapi jika dia solat dalam keadaan berdiri maka ialah yang afdhal.

Orang yang dapat separuh pahala itu ialah orang sihat yang solat sunat dalam keadaan duduk.

Ada pun orang sakit yang solat duduk itu maka pahalanya sama seperti solat berdiri.

Ada pun solat wajib maka tidak harus sama sekali ia solat dalam keadaan duduk melainkan kerana uzur.

Dari Imran bin Husain r.a. berkata:
Aku bertanyakan Nabi SAW tentang seorang lelaki yang solat sunat dalam keadaan duduk maka Nabi SAW menjawab:

مَنْ صَلَّى قَائِمًا فَهُوَ أَفْضَلُ، وَمَنْ صَلَّى قَاعِدًا فَلَهُ نِصْفُ أَجْرِ القَائِمِ، وَمَنْ صَلَّى نَائِمًا فَلَهُ نِصْفُ أَجْرِ القَاعِدِ

Maksudnya: “Siapa yang solat berdiri maka ialah yang afdhal dan siapa yang solat dalam keadaan duduk maka baginya separuh pahala solat berdiri. Dan siapa yang solat berbaring maka baginya separuh pahala solat duduk.”[Hadis Riwayat Imam Bukhari]

Ada pun orang yang uzur yang solat duduk maka pahalanya tidak berkurang sebagaimana dia solat berdiri ketika dia sihat.

Dari Abu Musa Al- Asy’ari r.a. katanya Nabi SAW bersabda:

إذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتب مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا

Maksudnya: “Apabila seorang itu sakit atau dalam musafir nescaya ditulis pahala seperti dia kerjakannya ketika sedang mukim dan sihat.” [Hadis Riwayat Imam Bukhari]

Berkata Imam Nawawi:

أجمعت الْأُمَّةُ عَلَى أَنَّ مَنْ عَجَزَ عَنْ الْقِيَامِ فِي الْفَرِيضَةِ صَلَّاهَا قَاعِدًا، وَلَا إعَادَةَ عَلَيْهِ، قَالَ أَصْحَابُنَا: وَلَا يَنْقُصُ ثَوَابُهُ عَنْ ثَوَابِهِ فِي حَالِ الْقِيَامِ؛ لِأَنَّهُ مَعْذُورٌ

Maksudnya: “Telah ijmak oleh umat atas bahawa siapa yang uzur dari berdiri pada solat fardhu maka harus ia solat duduk tiada lagi kena ulangi. Berkata Ashab kami: Tiada kurang pahalanya dari pahala solat ketika berdiri kerana dia dalam keadaan uzur.’ [Kitab Majmu’ Syarah Muhazzab]

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
21 viewswnmuhdfirdaus, 12:01
Open / Comment
2021-08-30 15:06:04 SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya pernah mendengar suatu ketika dahulu kisah orang yahudi dengkikan umat Islam pada 3 benda tetapi saya telah lupa kerana sudah lama. Bolehkah ustaz sebut tiga benda itu? Adakah kisah ini sahih?

JAWAPAN: Bangsa yahudi sangat hasad dengki kepada Nabi SAW dan agama Islam. Antara yang dihasadkan oleh bangsa yahudi itu ialah 3 perkara yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dari Ummum Mukminin Aisyah r.a.

Katanya Rasulullah SAW bersabda:

إنَّهم لا يَحسُدونا على شيءٍ كما يَحسُدونا على يومِ الجمُعةِ التي هَدانا اللهُ لها، وضَلُّوا عنها، وعلى القِبلةِ التي هَدانا اللهُ لها، وضَلُّوا عنها، وعلى قولِنا خلفَ الإمامِ: آمينَ.

Maksudnya: “Sesungguhnya kaum yahudi itu tidak hasad kepada kita atas suatu yang lebih mereka hasad yakni: Hasad mereka akan hari jumaat yang Allah anugerahkan kepada kita dan mereka telah mengkufuri pemberian Allah. Hasad mereka akan kiblat yang Allah anugerahkan kepada kita dan mereka telah sesat padanya. Hasad pada ucapan amin kita ketika solat dibelakang imam.”

Hadis ini telah diriwayatkan oleh:

1. Imam Bukhari (6395)
2. Imam Muslim (2165)
3. Imam Tirmizi (2701)
4. Imam Nasaie (10213)
5. Imam Ibnu Majah (856)
6. Imam Ahmad (25029)

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
15 viewswnmuhdfirdaus, 12:06
Open / Comment
2021-08-29 15:01:22 SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika seseorang itu berzikir samada selepas solat atau pada waktu yang lain manakah yang lebih afdhal antara ia berzikir dengan perlahan atau dengan kuat?

JAWAPAN: Terpulang kepada seseorang itu sendiri samada ia suka berzikir dengan perlahan atau pun dengan kuat.

Maksud perlahan ialah zikir tersebut hanya didengar pada telinganya sendiri sekira-kira orang lain yang ada pada tempat tersebut tidak mendengarnya.

Dan maksud kuat itu ialah zikirnya dapat didengar oleh orang yang ada disitu jika dekat dengannya.

Berkata Imam Nawawi:

إن الإخفاء أفضل حيثما خاف الرياء أو تأذى به مصلون أو نيام، والجهر أفضل فى غير ذلك، لأن العمل فيه أكثر، ولأن فائدته تتعدى إلى السامعين، ولأنه يوقظ قلب القارى، ويجمع همه إلى الفكر، ويصرف سمعه إليه، ويطرد النوم، ويزيد النشاط

Maksudnya: “Bahawasanya memperlahankan zikir itu afdhal sekira-kira khuatir ia daripada riak atau mengganggu orang yang sedang solat atau sedang tidur.

Dan zikir dengan kuat itu afdhal jika pada lain dari yang demikian itu yakni jika tidak khuatir kepada riak dan tidak mengganggu orang yang sedang solat atau sedang tidur.

Dan kerana bahwasanya faedah zikir dengan kuat itu melangkau kepada orang yang mendengar. Dan sungguhnya zikir dengan kuat itu membangunkan hati yang sedang berzikir dan menghimpunkan cinta hatinya kepada berfikir dan memalingkan pendengarannya kepadanya dan mengelakkan tidur dan menambahkan sifat rajin.”

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
20 viewswnmuhdfirdaus, 12:01
Open / Comment
2021-08-28 15:04:17 SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Isteri mempunyai pekerjaan dan pendapatan sendiri. Adakah masih wajib suaminya memberi nafaqah kepadanya?

JAWAPAN: Wajib atas suaminya memberi nafaqah kepada isteri samada isterinya itu miskin atau kaya dan samada isterinya ada pendapatan sendiri atau tiada.

Tersebut dalam himpunan fatwa negeri Mesir:

نفقة الزوجة واجبة على زوجها وإن كانت تعمل؛ فقد ثبت وجوب نفقة الزوجة بالكتاب والسنة والإجماع

وأما الإجماع: فقد اتفق أهل العلم على وجوب نفقات الزوجات على أزواجهن إذا مكنت المرأة زوجها منها، وكانت مطيقة للوطء، ولم تمتنع عنه لغير عذر شرعي.

Maksudnya: “Bermula nafaqah isteri itu wajib ia atas suaminya sekalipun isteri itu bekerja. Maka sungguh telah tetaplah wajib memberi nafaqah akan isteri itu dengan nas Quran, Sunnah dan ijmak. Dan adapun ijmak maka telah sepakat sekelian ulamak atas wajib nafaqah isteri itu atas suami apabila isteri itu telah tinggal bersama suaminya dan layak untuk dijimak dan tiada terhalang darinya tanpa sebarang uzur syarak.”

Berkata Imam Ibnu Qudamah:

وعلى الزوج نفقة زوجته، ما لا غناء بها عنه، وكسوتها، وجملة الأمر أن المرأة إذا سلمت نفسها إلى الزوج، على الوجه الواجب عليها، فلها عليه جميع حاجتها؛ من مأكول ومشروب وملبوس ومسكن

Maksudnya: Dan atas suami membayar nafaqah isterinya iaitu perkara yang tidak dapat tidak dari keperluan dan pakaian. Dan apabila isteri telah menyerah dirinya bagi suaminya atas jalan yang wajib maka suami wajib memberi nafaqah isterinya itu daripada makanan dan minuman dan pakaian dan tempat tinggal.” [Kitab Al-Mughni]

Wallahua'lam

@wnmuhdfirdaus
19 viewswnmuhdfirdaus, 12:04
Open / Comment
2021-08-27 15:01:55 SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ada sesetengah orang kafir yang mengeluarkan perkataan yang batil tentang agama Islam tetapi ada sesetengah orang Islam yang turut bersetuju dengan mereka.

Apakah hukumnya orang Islam ini disisi syarak?

JAWAPAN: Orang Islam dilarang duduk bersama orang yang mempersendakan agama Islam atau yang mengeluarkan perkataan yang dusta dan karut. Perkataan yang maksiat atau dosa atau yang mengkafirkan atau yang batil haram disokong dan orang yang menyokong atau bersetuju adalah bersamaan hukumnya dengan orang yang mengeluarkan perkataan.

Orang Islam yang setuju dengan perkataan yang mengkafirkan maka jadilah ia kafir juga.

Allah SWT berfirman:

فَلا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ

Maksudnya: “Maka jangan sekali-kali kamu duduk bersama orang kafir itu sehingga mereka tidak lagi berkata yang karut dan kufur. Sungguhnya kamu ketika itu adalah sama dengan orang kafir itu.” [Surah An-Nisak: 140]

Berkata Imam Ibnul ‘Arabi:

لا يخلو أن يكون ما قالوه مِن ذلك جدا أو هزلا ، وهو كَيْفَمَا كان كُفْر ، فإن الهزل بِالْكُفر كُفْر لا خلاف فيه بين الأمة . اه

Maksudnya: “Tiada sunyi dari apa yang mereka perkatakan itu (yakni celaan kepada agama Islam) antara sungguh atau gurauan. Bagaimana pun ada ia hukumnya adalah kufur dari kerana bahawasanya bergurau dengan suatu yang kufur itu menjadi seorang itu kafir.
Tiada perselisihan pada hukum yang demikian itu oleh umat.

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
14 viewswnmuhdfirdaus, 12:01
Open / Comment
2021-08-26 16:13:46 SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika sedang solat fardhu tiba-tiba melintas binatang berbisa seperti kala jengking atau lipan di depan kita.

Apakah harus kita berhenti dari solat atau bagaimana?

JAWAPAN: Jika seorang sedang solat kemudian datang haiwan yang berbisa yang boleh memudaratkan seperti kala jengking mendekati kita maka harus kita bunuh atau jauhkan dari diri kita.

Dari abu Hurairah r.a.:

أمرَ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ بقتلِ الأسودَيْنِ في الصَّلاةِ : الحَيَّةُ ، والعَقْرَبُ

Maksudnya: “Rasulullah SAW membenarkan dibunuh dua haiwan hitam ketika sedang solat iaitu ular dan kala jengking.” [Hadis Hasan Riwayat Imam Tirmizi]

Berkata Imam Syaukani:

أن الحديث يدل على جواز قتل الحية والعقرب فى الصلاة من غير كراهة، وقد ذهب إلى ذلك جمهور العلماء كما قال العراقى

Maksudnya: “Bahawasanya hadis ini menunjukkan atas harus membunuh ular dan kala jengking di dalam solat tanpa makruh. Dan sungguhnya telah berjalan kepadanya oleh jumhur ulamak sebagaimana kata Al-Iraqi.” [Nailul Authar]

Dan jika haiwan itu tidak merbahayakan atau tidak datang kepada orang yang solat maka tidak dibunuh atau dihalau akan dia yakni hendaklah ia meneruskan solatnya.

Berkata Qatadah:

إذا لم تتعرض لك فلا تقتلها

Maksudnya: “Apabila haiwan itu tidak mendatangi atau tidak merbahayakan akan engkau maka tidak perlu engkau bunuh akan dia.”

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
12 viewswnmuhdfirdaus, 13:13
Open / Comment
2021-08-25 15:03:56 SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukumnya merapatkan kedua tapak kaki ketika sedang sujud?

JAWAPAN: Merapatkan kedua tapak kaki dan tumit ketika sedang sujud adalah menyalahi yang terlebih afdhal kerana setengah dari yang disunatkan bagi orang yang sujud ialah menjarakkan kedua kakinya bukan merapatkan keduanya.

Berkata Imam Nawawi:

قال الشافعي والأصحاب: يستحبُّ للساجد أن يُفَرِّجَ بَيْنَ رُكْبَتَيْهِ وَبَيْنَ قَدَمَيْهِ، قَالَ الْقَاضِي أَبُو الطَّيِّبِ فِي تَعْلِيقِهِ: قَالَ أَصْحَابُنَا: يَكُونُ بَيْنَ قَدَمَيْهِ قَدْرُ شِبْرٍ، وَالسُّنَّةُ أَنْ يَنْصِبَ قَدَمَيْهِ وَأَنْ يَكُونَ أَصَابِعُ رِجْلَيْهِ مُوَجَّهَةً إلَى الْقِبْلَةِ، وَإِنَّمَا يَحْصُلُ تَوْجِيهُهَا بِالتَّحَامُلِ عَلَيْهَا وَالِاعْتِمَادِ عَلَى بُطُونِهَا. وَقَالَ إمَامُ الْحَرَمَيْنِ: ظَاهِرُ النَّصِّ أَنَّهُ يَضَعُ أَطْرَافَ أَصَابِعِ رِجْلَيْهِ عَلَى الْأَرْضِ فِي السُّجُودِ اهـ

Maksudnya: “Telah berkata oleh Imam Syafie dan para ashab: Disunatkan bagi orang yang sedang sujud menjarakkan antara dua lututnya dan antara dua tapak kakinya.

Berkata Qadhi Abu Tayyib pada takliqnya: Telah berkata ashab kami: Adalah jarak antara dua kakinya itu kadar sejengkal. Dan yang sunnah ialah menegakkan dua tapak kakinya dan segala jari kakinya itu menghadap arah kiblat.

Dan hanyalah terhasil menghadapkannya ke arah kiblat ialah dengan merapatkan segala jari ke lantai dan bertekan atas batin segala jari kakinya.

Telah berkata Imam Haramain: Nas yang zahir bahawasanya dihantarkan segala perut jari kedua kakinya atas lantai di dalam sujud.” [Kitab Al-Majmu’ Syarah Muhazzab]

Kesimpulannya sunat direnggangkan antara kedua tapak kaki ketika sujud sekadar jarak sejengkal.

Jika dirapatkan kedua kakinya ketika sujud maka tidaklah membatalkan solat kerana ia tidak termasuk syarat sah atau rukun solat.

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
19 viewswnmuhdfirdaus, 12:03
Open / Comment
2021-08-24 15:08:37 SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah disunatkan menangis ketika kita membaca Al-Quran?

JAWAPAN: Diriwayatkan dari Saad bin Abi Waqas sabda Nabi SAW:

إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ نَزَلَ بِحُزْنٍ، فَإِذَا قَرَأْتُمُوهُ فَابْكُوا، فَإِنْ لَمْ تَبْكُوا فَتَبَاكَوْا

Maksudnya: “Sesungguhnya Quran ini diturunkan dengan kesedihan. Maka apabila kamu sekelian membacanya maka menangislah. Maka jika kamu tidap dapat menangis maka buatlah menangis.” [Hadis Riwayat Ibnu Majah]

Berkata Imam Nawawi:

البكاء في حال القراءة، وهو صفة العارفين، وشعار عباد الله الصالحين

Maksudnya: “Bermula menangis ketika membaca Quran itu ialah sifat orang yang Arifin dan syiar segala hamba Allah yang solihin.” [Kitab At-Tibyan]

Berkata Imam Ghazali:

البكاء مستحب مع القراءة

Maksudnya: “Menangis itu disunatkan ketika membaca Quran.” [Kitab Ihya’ Ulumuddin]

Diriwayatkan dari Umar Al-Khattab r.a. bahwasanya beliau solat subuh dan membaca surah Yusuf lalu menangis hingga mengalir air matanya pada dadanya.

Ketika tiba penduduk Yaman ke tempat Abu Bakar As-Siddiq r.a. lalu mereka membaca akan Quran dan menangis mereka itu maka kata Abu Bakar: Beginilah kami dahulu.

Dan diriwayatkan daripada Hisham kata beliau:

ربما سمعت بكاء محمد بن سيرين في الليل وهو في الصلاة

Maksudnya: “Pernah aku mendengar tangisan Muhammad bin Sirrin pada waktu malam ketika beliau di dalam solat.”

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
22 viewswnmuhdfirdaus, 12:08
Open / Comment
2021-08-14 15:02:12 SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Bolehkah memusnahkan Quran yang sudah buruk dengan cara membakarnya?

JAWAPAN: Haram memusnahkan Quran tanpa sebarang uzur syarak. Jika ada uzur yang dibenarkan disisi syarak seperti sudah rosak atau yang tersalah cetak atau yang sangat buruk sekira-kira tidak boleh digunakan lagi dan dimusnahkan itu bertujuan memeliharanya dari tersia maka hukumnya adalah dibolehkan menurut sebahagian ulamak. Dan ulamak berkhilaf pada masalah ini dengan pelbagai pendapat.

Cara memusnahkannya ialah menghilangkan semua tulisan tiada tinggal sedikit pun seperti direndam di dalam air atau dibakar dan abunya ditanam ditempat yang tidak dipijak manusia. Berkata Imam Suyuthi:

وله غسلها بالماء، وإن أحرقها بالنار فلا بأس. أحرق عثمان مصاحف كان فيها آيات وقراءات منسوخة ولم ينكر عليه

Maksudnya: “Dan harus baginya merendamnya di dalam air. Dan jika dibakarnya dengan api maka tidak mengapa. Telah membakar oleh Uthman r.a. akan mushaf-mushaf yang adalah padanya ayat-ayat dan qiraat yang sudah dimansukh dan tiada seorang ingkar atas perbuatannya.” [Kitab Al-Itqan]

Menurut setengah ulamak membakarnya adalah lebih baik dari membasuhnya. Dan Qadhi Husain menyatakan pendapat bahawa dilarang dari membakarnya manakala Imam Nawawi mengatakan makruh membakarnya.

Menurut setengah ulamak mazhab Hanafi tidaklah dibakar akan Quran yang buruk itu tetapi hendaklah ditanam pada bumi yang tidak dipijak oleh manusia.

Wallahua'lam

@wnmuhdfirdaus
40 viewswnmuhdfirdaus, 12:02
Open / Comment