🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Aku & RAMADHAN 1442H. Aku sedih. Sayu. Aku lihat Ramadhan s | "The Journey"

Aku & RAMADHAN 1442H.

Aku sedih. Sayu.
Aku lihat Ramadhan sedang berkemas.. Membuat persiapan tirainya untuk pulang..

Aku tanya ia, "Ramadhan, kamu hendak ke mana?"

Dengan lembut Ramadhan menjawab, "Aku ingin pergi jauh, sangat jauh. Selama sebelas bulan ke depan, aku akan menghilang darimu..”

Aku membalas, "Tunggu. Tunggu. Tunggu. Jangan pergi lagi. Aku belum bersedia untuk kehilanganmu! Aku masih memerlukanmu ya Ramadhan.. Masih banyak lagi ibadahku yang tidak tercapai selama bersamamu setakat ini.. Masih banyak kelebihanmu yang belum aku hargai ya Ramadhan..

Kamulah bulan adanya malam Lailatul Qadar.
Bulan Diturunkannya Al-Qur’an.
Bulan Dikabulkannya Doa.
Setiap Amal Perbuatan Akan Dilipatgandakan Nilainya.
Bulan yang Penuh Berkah.
Pintu Kebaikan Dibuka.
Bulan Pengampunan Dosa.
Bulan Terbaik untuk Bersedekah.
Dan banyak lagi kelebihanmu berbanding bulan lain ya Ramadhan..”

Ramadhan menjawab,
"Sampai bila aku perlu menunggu? Aku harus pergi! Aku datang padamu untuk mendidikmu menjadi insan yang bertaqwa. Bila aku tiada nanti, janji denganku, bahawa kamu akan menjadi hamba Allah yang bertaqwa kepadaNya ya?!

Aku juga ingin berpesan padamu. Dari Sahabat Abdullah bin Amru bahwa Rasulullah SAW bersabda :
“Ibadah Puasa dan Al-Qur’an kedua-duanya memberikan syafaat bagi hamba pada Hari Kiamat.” (HR. Ahmad).
Maka perbanyakkanlah membaca Al-Quran di bulan Ramadhan ini.” Kata Ramadhan.
.
Aku pun membalas,
"Terima kasih Ramadhan. Terima kasih kerana mengizinkanku berada bersamamu walaupun hanya sebulan dalam setahun."

Ramadhan menyahut,
"Terima kasih jua kerana menyambut kehadiranku dengan gembira, menghiasi hari-hari aku dengan ibadah, sabar dan istiqamah."

Kelihatan Ramadhan sudah melangkah untuk pulang..
Aku menangis laju dan menjawab,
"Ramadhan..
Jika aku rindu padamu, apa yang perlu aku buat ya Ramadhan..?"

Ia merespon. Ringkas.
"Jika kamu rindu, maka perbanyakkanlah berdoa. Moga-moga kita bertemu lagi pada RAMADHAN 1443H yang akan datang..”

..

Bulan Ramadhan berbaki beberapa hari sahaja lagi. Moga kita penuhi hari-hari yang mulia ini dengan sebaiknya. Ramadhan sudah ingin melabuhkan tirainya.
Sekian.

Cerita pendek,
Farah Shahirah Ahmad Zaki.