🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

First impresson Saya start dgn ato soothing gel dulu. Waktu | Tips Skincare by HR

First impresson

Saya start dgn ato soothing gel dulu. Waktu saya apply, susah sikit nak absorb and i can see dia jadi berputih. Kalau dalam ss, panggil white cast. Saya tak sure kenapa tapi itu yang saya nampak. Finishing dia hampir2 ke dewy (boleh refer pada gambar). Muka nampak glow tapi quite heavy kat muka, saya pun dah expect benda ni bila tengok texture dia. Selepas beberapa minit, muka saya jadi rimas dan melekit. Hari yang sama saya pakai gel ni, saya bad mood seharian sebb muka rasa tak selesa. Rasa macam nak basuh muka . Tapi saya try lagi. Maybe hritu terlalu panas. Tapi selepas 3 hari, result yang sama dapat. Saya rasa punca nya daripada Ammonium Acryloyldimethyltaurate/​VP Copolymer, saya ada mention kat atas tadi. Ni adalah agent thicker. Nak bentukkan texture gel yang lebih pekat. This one molekul dia besar, that's why saya rasa boleh jadi faktor kenapa lambat meresap. Plus, skin saya tak boleh tolerate dengan squalane. So this moisturizer not made for me

Next, illiyoon ato concentrate cream. Waktu apply, masa untuk dia absorb lebih pantas daripada gel tadi. Walaupun, bagi saya agak lama tapi better daripada gel. Good news! Finishing dia semi-matte . You guys bole refer to gambar. Nampakkan beza dia dengan ato soothing gel. Gel nampak glow2 sikit and cream lebih matte. Mengejutkan lagi, muka saya nampak lebih smooth, cerah dan sihat (effect daripada silica). Selepas beberapa jam, my skin still looks matte. Takde oily, takde rimas. Dalam ni ada silicon ya guys. As we know, silicon termasuk dalam comedogenic ingredient but dont worry. Dah ada back up ingredient yang boleh cairkan. So that takkan clogged pores. Dalam ni ada plant extract yang boleh menjadi sebagai anti oxidant. I love itt!!

Conclusion
Saya punya skin type: combination dan yess saya lebih suka illiyoon ato concentrate cream sebb tak suka finishing yg dewy.

Cadangan :
Illiyoon ato soothing gel
Normal
Very dry
Combination to dry
Normal oily yang duduk tempat sejuk (tapi kena pakai nipis2)

Illiyoon ato concentrate cream
Normal
Dry
Oily (kena pakai nipis2)
Combination (kena pakai nipis2)

Kalau yang bekerja bawah matahari. Saya sarankan jangan try sebb you akan rasa muka greasy and berminyak. Those yang selalu rushing pun, saya rasa takyah la beli sebb moisturizer ni quite lama juga untuk menyerap. Melainkan you duduk depan kipas. So takde masalah.

Illiyoon ato soothing gel 175ml : RM30+
Illiyoon ato concentrate cream 75ml : RM22
Illiyoon ato concentrate cream 200ml : RM40+

All creditted to : Hani @jlhaex

@Tips_SkincarebyHR