🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

UBAT JERAWAT Okay, hari ni nak sembang pasal ubat jerawat. Ub | Tips Skincare by HR

UBAT JERAWAT

Okay, hari ni nak sembang pasal ubat jerawat. Ubat jerawat ni ada banyak jenis tau. Ada yang mild, ada yang jenis antibiotik. I tak suka betul bila orang suggest acne treatment sesuka hati contoh macam Dalacin T yang viral namatey dulu sampai semua farmasi habis stok padahal it's an antibiotic yang bukan semua orang boleh pakai.

1st.
You kena pandai beza mana ubat jerawat yang biasa/mild, mana yang powerful. Kalau setakat jerawat biasa biasa/jerawat period, guna benzoyl peroxide atau salicylic acid sudah. Kesan dia bukan pakai hari ni esok kecut terus. At least a week. Kalau tak berkesan baru cari ubat jerawat yang strong sikit. Contoh pakai oxy5 takde effect, try lah pakai oxy10 pulak. Camtu.

2nd.
Dalacin T, Tidact, T3 Mycin — ni antara brand famous ubat jerawat yang guna Clindamycin iaitu antibiotik for acne treatment. Bila dah nama nya antibiotic, korang tak boleh guna sesuka hati tanpa consultation from doctor or pharmacist sebab ni ubat terkawal. Sama lah macam tretinoin. Preggy & bf mommy lagi kena extra take note bout this sebab korang tak digalakkan pakai produk yang ada bahan ni.

3rd.
Antibiotic treatment takleh guna untuk masa yang berpanjangan sebab nanti lama lama korang jadi antibiotic resistance. Tumbuh jerawat 1-2, tepek. Jerawat naik time period, tepek. No, it doesnt work like that. Benda ni hanya boleh pakai kalau jerawat tu punca from jangkitan & tu pun boleh pakai seminggu ke dua minggu je. Depends on your acne problem.

4th.
Apa jadi kalau dah kena antibiotic resistance? Ha time tu you breakout ke apa pakai apa pun tak jalan, babe. Jerawat tu stay je situ. Sebab kuman kat jerawat tu dah immune with antibiotic. Punca nya sebab you pakai antibiotic treatment untuk unnecessary purposes.

5th.
Konsep dia sama cam demam lah. Kalau setakat demam biasa, makan panadol dah cukup dah. Kalau demam panas sebab jangkitan, baru doktor on antibiotic untuk bunuh kuman. Sama lah dengan jerawat. Start with benzac/oxy5/salicylic acid first. Kalau takde effect, baru pergi farmasi or klinik kulit mintak ahli farmasi/doktor yang suggest. Bukan mintak suggestion dari kawan or orang fb.

Kesimpulan dia, jangan ikut orang bulat bulat. Benda berkaitan medication ni better tanya pada yang pakar which is ahli farmasi berdaftar & doctors. Pergi je farmasi (farmasi tau bukan drugstore ) tunjuk muka korang & mintak dorang suggest spot treatment apa yang okay. Takde hal. Orang kita ni paling senang terpedaya especially bila nampak result. Dia tak pikir kesan masa akan datang. Haih

Syiro

@Tips_SkincarebyHR