🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Pakai RETINOL, tapi muka rancak naik jerawat & pedih Okay be | Tips Skincare by HR

Pakai RETINOL, tapi muka rancak naik jerawat & pedih

Okay bertenang.

Untuk pengetahuan semua, bukan Retinol sahaja yang akan buat muka naik jerawat. Tapi, bahan2 active yg lain dalam skincare juga boleh trigger acne secara berjemaah ye.

FYI, ini kita panggil skin PURGING dan kalau Retinol pulak kita panggil RETINIZATION PROCESS.

Antara kesan bahan aktif yang akan tarik cik jerawat korang keluar secara berjemaah selain retinol, adalahhhh

AHA
BHA
VITAMIN C
BENZOYL PEROXIDE

Kalau kamu pakai skincare & naik jerawat, tapi tidak contain benda2 ni, itu bukan purging ye, tapi BREAKOUT. Purging & Breakout adalah dua perkara yang berbeza, so jangan silap. Jerawat purging & breakout juga ada appereance yg berbeza.

Purging ni terjadi dekat kulit anak2 muda berumur 20s yang masih ada actives acne weekly/monthly. Untuk kulit yg tiada masalah acne, chances utk purging tu adalah tipis, lucky uols. Tapi utk rasa kesan lain, cth pedih2 tu masih ada.

Kulit yang matang & ada jeragat pulak akan alami process kemunculan jeragat yg luar biasa.

TAPI perlu diingat, process purging / retinization ini adalah berbeza setiap kulit. Tempoh jugak berbeza setiap org. General guideline letak tempoh 1-2 bulan. Namun, hakikatnya, process itu boleh jadi lebih panjang, bergantung individu ya

Sebab tu balik2 i ulang, pakai skincare & mahukan kulit cantik, PENTING, kena RAJIN , SABAR & KONSISTEN.

APA PERLU BUAT BILA KULIT ALAMI PURGING/ RETINIZATION?

Firstly, mohon bertenang & jangan panik.

Secondly, teruskan pakai skincare. Because sis, beauty is indeed pain. Tapi worth it

Thirdly, standby ubat2 jerawat seperti spot acne cream/oil, cth TEA TREE OIL untuk kita tempek dekat jerawat on pm routine sebelom masuk tido. Utk kulit yg tidak alami purging tapi rasa kering, pedih, standby topup soothing cream/moisturiser utk gandakan hydration. So kulit kita stay calm & well hydrated

During purging process base on my own experience

Bulan pertama jerawat keluar sikit2
Bulan kedua jerawat upgrade lagi
Bulan ketiga kemain rancak uolsssss
Bulan keempat waduh2
Bulan kelima dah mulai nampak progress jerawat beransur kurang
Bulan keenam slowly jerawat kurang
Bulan seterusnya haaa gtu laaa next next

Bahasa mudahnya, purging ialah satu proses yg akan tarik jerawat yg dari bawah kulit ke atas permukaan kulit sehingga satu masa, TIADA lagi jerawat yg perlu ditarik. Haaa, masa tuu get ready lahhh utk jadi pelolessss!!!

Gituuuuu

Kesimpulanya, process purging sis memakan masa hampir setahun ye & sis dapat kulit yg betul2 sihat selepas setahun struggling uolsss.

Sooo, nampak? Kalau kau tidak sabar, mmg ko takkan dapat lah kulit idaman tu

But again, setiap org berbeza. So, sbb tu perlunya kita gali ilmu skincare dengan lebih dalam untuk kita faham whats going on with your skin, bukan tuduh produk tuuu tidak berkesan, padahal kau yg tidak tauuuu

Panjangggggg bebel aku kali ni

Ada lagi next tunggu jeeee

Cc : Peah Nutty

@Tips_SkincarebyHR