Get Mystery Box with random crypto!

PURGING VS BREAKOUT Pernah tak korang alami. Bila pakai produ | Tips Skincare by HR

PURGING VS BREAKOUT

Pernah tak korang alami. Bila pakai produk baru, esok lusa atau tulat naik jerawat tiba tibahhhhh?

Mula dok fikir PURGING atau BREAKOUT?

Kadang keliru kan. Jom kita kenali beza dua tu

P U R G I N G
Biasa berlaku bila kulit sedang menerima bahan baru iaitu BAHAN AKTIF untuk INCREASE CELL TURNOVER.

Tujuannya MENENDANG / MELAKUKAN PEMBERSIHAN dari kekotoran, minyak dan sel kulit mati.

Bahan aktif biasa purging :
AHA - Lactic Acid, Glycolic Acid, Mandelic acid,
BHA - Salicylic Acid
Retinol /Retinoids (Vitamin A)
Benzoyl Peroxide
Vitamin C

Purging terjadi bila tempat biasa selalu naik jerawat. Kalau selalu jerawat muncul dekat pipi. Maka di pipi la. Kalau di dagu, maka di dagu akan berlaku.

Tempoh berlaku antara 2minggu hingga ke 8minggu atau 12 minggu

Namun tidak semua la akan alami purging. Kira bertuah la kan.