Get Mystery Box with random crypto!

Hadis 40 Imam Nawawi Hadis Jibril a.s. Dari Umar Ibn Al-Kh | Traveller ✈

Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis Jibril a.s.

Dari Umar Ibn Al-Khattab radhiallahuanhu, katanya,

Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah shallahualaihi wa sallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun di antara kami yang mengenalnya lalu duduk ia bersama Rasulullah shallahualaihi wa sallam lalu berkata :

Si Pemuda: Khabarkan aku tentang Islam ?

Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.

Si Pemuda : Benar katamu.

3 Muharram 1444H | 1 Ogos 2022