🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Ahza Adhwa & Pelaburan

Logo of telegram channel ulasanekonomisaham — Ahza Adhwa & Pelaburan A
Logo of telegram channel ulasanekonomisaham — Ahza Adhwa & Pelaburan
Channel address: @ulasanekonomisaham
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 1.46K
Description from channel

Sebuah channel untuk mereka yang ingin belajar berkenaan ekonomi dan saham menerusi ulasan berita terkini.
Untuk persoalan boleh tanya pentadbir di @ahzaadhwa

Ratings & Reviews

3.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

0


The latest Messages

2021-10-03 10:59:55 Saya ingin beri amaran terhadap inflasi yang lebih tinggi daripada kebiasaannya beberapa tahun dari sekarang. KDNK Malaysia pada tahun 2020 berjumlah RM 1.4 trillion. Suntikan ekonomi secara tidak langsung daripada pengeluaran KWSP adalah RM 100 - RM 110 billion. Setakat ini.

Ini tidak termasuk kesan pekali dalam ekonomi (multiplier effect).

Apabila rakyat membelanjakan 80% daripada setiap 1 ringgit lebihan wang yang diterima hari ini, pekali tidak langsung sepatutnya 5x. Jika rakyat berbelanja 90% daripada setiap satu ringgit lebihan wang yang diterima, pekalinya dalam ekonomi adalah 10x.

Sebelum ni kita tak nampak, sebab ekonomi umumnya masih tutup dan tenat. Jadi, rakyat umumnya tidak wujud keyakinan untuk berbelanja lebihan wang. Sekarang, bila rakyat dah mula yakin bahawa ekonomi akan semakin baik, Covid-19 semakin baik, kita akan lihat aliran yang sangat besar dan cepat dalam ekonomi.

Daripada RM 110 billion pengeluaran, sepatutnya telah cukup untuk sokong ekonomi melalui pekali yang sepatutnya akan menyebabkan RM 550 billion kitaran baru. Ini bila saya anggapkan rakyat belanja 80% daripada 1 ringgit lebihan. Dan daripada pengeluaran KWSP sahaja. Tak termasuk suntikan kerajaan yang lain. Sebab ini kerajaan berhati-hati dalam memberikan bantuan.

Sebelum ini kerajaan tak cukup data untuk mengetahui berapa daripada lebihan wang yang diterima akan dibelanja rakyat. Terlampau banyak variasi. Mungkin daripada 30% hingga 80% bergantung kepada keyakinan rakyat terhadap masa hadapan terutama situasi Covid-19, kadar vaksinasi, kestabilan pekerjaan dan sebagainya.

The first test is when the economy starts to recover.
The first test is inflation.

Nanti lepas PRU jangan marah kerajaan. Yes, kerajaan perlu perkenalkan cukai baru. Yes, kerajaan perlu kawal keyakinan rakyat daripada berbelanja dengan cepat.

Ketakutan inflasi dah mula nampak dekat Amerika Syarikat dan Eropah yang dah berbulan buka ekonomi. Kita tak nampak lagi. Inflasi sekarang masih sipi-sipi.

Musim sejuk belum berakhir.

Follow @ulasanekonomisaham
68 views07:59
Open / Comment
2021-09-27 09:15:37 ​​Jawapan kepada kuiz semalam.

Maklumat yang diperoleh daripada carta di bawah:
1. Harga tertinggi sebelum 24 September 2021 adalah RM 1.55.
2. RM 1.55 berkongsi titik halangan dengan saluran harga dan kawasan fibonacci.
3. Harga tertinggi 24 September 2021 adalah RM 1.71, lebih tinggi daripada harga tertinggi sebelumnya.
4. Saluran harga menaik.
5. Volume harian tahun 2021 lebih rendah daripada volume harian 2020.
6. Sokongan harga terendah RM 1.12 berkongsi kawasan dengan fibonacci.

Maklumat atau fakta boleh menjadi palsu atau betul. Tetapi, kesimpulan yang dibuat daripada maklumat ini dikira sebagai pendapat yang tidak boleh dibuktikan betul atau salah kedudukannya, sekurang-kurangnya setakat hari kesimpulan itu dibuat.

Contoh-contoh kesimpulan yang dibuat daripada melihat carta diambil daripada komen-komen sebelumnya:

1. Harga mesti terus naik selepas ATH
2. "Friday rule"
3. Permulaan kepada kenaikkan lebih tinggi.
4. Next TP adalah mengikut harga² di garisan pemanjangan Fibo (fibo extension)
5. TP 2.37
6. "Based on Fibonacci extension on the chart, the stock could potentially reach price target at RM3.145."

Satu fakta adalah satu maklumat yang telah terjadi dan apabila maklumat itu betul, maka kedudukannya adalah betul setiap masa. Satu kesimpulan adalah satu pendapat, andaian, keinginan, kemahuan, keseronokkan, emosi. Apabila satu kesimpulan dibuat, ia boleh menjadi betul atau salah apabila tiba masanya. Tetapi, tidak boleh dibuktikan samada kesimpulan itu betul atau salah ketika ia dibuat.

Mempelajari analisa teknikal sekurang-kurangnya menjamin anda mampu menyerakinkan maklumat dengan betul daripada harga lampau, tetapi tiada satu pun analisa teknikal yang menjamin kesimpulan yang dibuat itu adalah betul setiap masa.

Komen dibawah pendapat dan kesimpulan anda daripada maklumat yang saya beri ini.
210 views06:15
Open / Comment
2021-09-27 09:13:20 Untuk buat pembayaran dan tempahan kelas pelaburan boleh ke https://belajarsahamadhwa.onpay.my/order/form/kelas_pelaburan

Kelas akan diadakan pada 15, 16, 17, 18 Oktober 2021. Harga bermula RM 350.
207 views06:13
Open / Comment
2021-09-15 13:29:53 Kegilaan Genetec.

Kalau saya cakap, Genetec mempunyai permodalan pasaran RM 1.8 billion mungkin orang luar tak kisah. Tapi, kalau saya tulis wang keseluruhan yang dilaburkan oleh pelabur untuk memiliki saham Genetec adalah RM 1.8 billion, baru ada orang berfikir sejenak.

RM 1.8 billion?
Tapi, adakah Genetec sendiri memiliki modal RM 1.8 billion ini? Tidak. Kerana "market cap" ini sekadar satu rujukan kepada nilai unit saham yang diterbitkan samada diapungkan di pasaran awam (boleh dijual beli dengan bebas) dan juga terbitan terhad.

Bahkan, ketika diterbitkan pada tahun 2005, Genetec hanya mendapat RM 13.2 juta modal "proceeds" daripada terbitan saham di Bursa Malaysia. Baru-baru ini pada bulan Jun, Genetec ada memperoleh wang saku tambahan dengan terbitan kedua dengan anggaran nilai RM 7.7 juta (RM 3.42 seunit). Tapi, kedua-dua nilai ini adalah jauhhhh lebih rendah daripada permodalan pasaran (wang yang dilaburkan dan dimiliki) oleh pemegang saham Genetec.

RM 1.8 billion nilai keseluruhan terbitan unit saham Genetec ini juga sangat-sangat besar jika dibandingkan dengan jualan tahunannya (revenue) pada sekitar RM 97 juta.

Biar saya "rephrase"
People invested RM 1.8 billion to own 51 million Genetec shares that made RM 97 million sales on 2021. Does that sounds scary? 28.7% daripada terbitan saham ini adalah dagangan awam bernilai RM 517 juta.

Kalau ambil RM 517 juta pun. Still. It's scary.

Inilah yang John C. Bogle, pengasas pengurus dana Vanguard cakapkan. "The amount of speculation inside capital market is tremendous. But, can be profitable for both speculator and investor."

Belajar melabur bersama saya bulan Oktober ini. Kelas akan diadakan pada 15, 16, 17 dan 18 Oktober.

https://ezy.la/belajarmelabur
Terbuka hanya untuk 10 orang sahaja.
179 views10:29
Open / Comment
2021-09-07 20:24:00 Benjamin Graham, Father of Value Investing tidak akan melabur dalam saham Tesla.

Untuk ketahui sebabnya boleh tonton Tik Tok saya https://vt.tiktok.com/ZSJwFMmkf/

1 minit 1 ilmu
Follow Tik Tok saya di tiktok.com/@ahzaadhwa
244 views17:24
Open / Comment
2021-09-06 15:17:49
Saya tak promote teknik kepada orang awam.
Saya tak promote style "holy grail."

Tetapi sebenarnya masyarakat perlukan pemahaman terhadap pelaburan. Contohnya, masyarakat mudah diberikan pemahaman tidak tepat mengenai option yang patuh syariah dan option yang tidak patuh syariah. Kononnya, isu option tidak patuh syariah ini hanya disebabkan oleh kontrak tersebut tidak boleh ditukar kepada underlying asset.

Dalam kelas saya, ada satu sesi mengenai option saham global di mana saya akan mengajar pemahaman mengenai option secara menyeluruh. Kelas ini saya promosikan sebagai kelas pelaburan, kerana saya nak buka mata masyarakat terhadap arena pelaburan yang tidak terhad kepada pemahaman analisa teknikal pelbagai teknik dan analisa fundamental sahaja. Tetapi, pelaburan ini lebih dari itu.

Bayaran kelas saya ini bermula RM 350. Kelas ini akan dilaksanakan selama empat hari pada 15, 16, 17 & 18 Oktober.

Untuk maklumat lanjut dan pembayaran boleh ke https://belajarsahamadhwa.onpay.my/order/form/kelas_pelaburan
172 views12:17
Open / Comment
2021-09-02 07:31:17 Penerangan mengenai structured option secara ringkas. https://vt.tiktok.com/ZSJ3swubW/

Follow Tik Tok saya di @ahzaadhwa
190 viewsedited  04:31
Open / Comment
2021-08-29 08:21:31 Kita boleh elakkan perkara ini daripada berlaku kepada diri kita atau keluarga kita dengan mempersiapkan diri ilmu pelaburan. Saya akan buka kelas pelaburan yang bukan sahaja belajar saham bahkan belajar pelaburan harta tanah. To be frank, tidak jauh beza pun model penilaian harta tanah dan permodalan. Menariknya, saya juga akan terangkan dengan mendalam instrumen derivatif seperti CFD dan structured option.

Kelas pelaburan saya bermula RM 350 sahaja yang akan diadakan pada 15, 16, 17 dan 18 Oktober 2021.

Kandungan kelas boleh dilihat di https://belajarsahamadhwa.onpay.my/order/form/kelas_pelaburan
291 views05:21
Open / Comment
2021-08-29 08:21:31 Analisa Pengakuan Terciduk Hartanah

Pengakuan terciduk pelaburan hartanah di IIUM Confession. Pengaku atau confessor beli tiga biji unit berharga sekitar RM 500k seunit. Dengan teknik multiple submissions, pengaku berjaya mendapatkan 3 biji unit hartanah dengan nilai RM 1.5 juta. Kira-kira mudah guna 4% kadar faedah/kadar keuntungan maka pengaku telah membuat RM 773k x 3 unit = RM 2.3 juta pembiyaan yang perlu dilangsaikan dalam tempoh 30 tahun. Angka pembiyaan ini diambil berdasarkan 90% pembiyaan harta tanah. Daripada RM 2.3 juta pembiyaan, pengaku telah dapat RM 150k tunai (cash back). Pengaku mengaku bahawa beliau bergembira dengan RM 150k tunai yang diterima.

Dalam situasi pengaku, beliau hanya memberikan deposit RM 15k bukan RM 150k deposit yang sepatutnya. Dalam analisa pelaburan, RM 15k itu adalah ekuiti beliau dalam tiga hartanah dan RM 2.3 juta adalah hutang dan leveraj yang diberikan bank untuk memiliki harta tanah itu. Leveraj 153x.

Leveraj sepatutnya adalah antara 10x hingga 20x dalam pelaburan hartanah. Nilai yang lebih tinggi memberikan pelabur itu "red flag" bahawa pelabur itu tidak mampu untuk memiliki harta tanah tersebut.

Item seterusnya adalah aliran tunai.

Sebelum pandemik, beliau perlu menanggung RM 1.2k aliran tunai negatif dengan RM 400 seunit. Semasa pandemik, beliau perlu menanggung RM 2.4k aliran tunai negatif.

Aliran tunai tambahan juga termasuklah RM 600 kos pengurusan harta tanah sebulan. Kos tambahan bulanan seperti bil utiliti dan internet serta kos berkala iaitu cukai pintu dan kos penyelenggaraan.

Tiada angka yang tepat disebut pengaku untuk bil utiliti dan internet dan juga pengaku tidak menjelaskan secara terperinci samada penyewa menanggung bil tersebut bersama pemilik atau hal lain-lain.

Untuk memudahkan pengiraan, saya akan menilai kos tambahan bil utiliti berjumlah RM 200 seunit rumah tambah RM 150 seunit rumah kos internet tambah RM 300 cukai pintu dan kos penyelenggaraan berkala yang dilaraskan (adjusted) kepada kos setiap bulan. Walaubagaimanapun, kos ini tidak mewakili situasi sebenar dan berpotensi untuk menjadi lebih tinggi atau lebih rendah daripada realiti.

Pada kasarnya, beliau mempunyai aliran tunai negatif hasil daripada item pertama iaitu kadar sewaan yang tidak setara dengan kadar pembiyaan, kos pengurusan tambah lain-lain kos. Saya kira sebelum pandemik,

RM 1.2k + RM 600 + (RM 200 * 3 = RM 600) + (RM 150 * 3 = RM 450 ) + (RM 300 * 3 = RM 900) = anggaran aliran tunai negatif sebelum pandemik, RM 3150/bulan.

Dan semasa pandemik, RM 2.4k + kos lain-lain, RM 1.95k = anggaran aliran tunai negatif semasa pandemik, RM 4350/bulan

Ada komen sebut, "Kalau confessor fikir balik (to be positive), confessor hanya membayar RM2K sebulan (amount yg kena top up tu) untuk membeli 3 buah condominium. Memang perit sekarang, tapi cuba be positif dengan kata2 yg selalu kita dengar, bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian. Mungkin selapas 10 tahun nanti confessor boleh jual property tu dgn keuntungan katalah RM150k. 3 biji dah jadi RM450K."

Berdasarkan pengiraan hipotetikal saya, pengaku dalam aliran tunai negatif antara RM 3150 hingga RM 4350 sebulan, selama sepuluh tahun, kumulatif kerugian terkumpul adalah RM 378k hingga RM 522k, selama 20 tahun, kumulatif kerugian antara RM 756k hingga RM 1.04 juta. Tapi, suka untuk saya ingatkan bahawa nilai ini adalah "on-top of the loan loss provision she already made." Beliau perlukan rezab tambahan nilai kumulatif kerugian di atas untuk menampung memegang tiga unit harta tanah itu.

Berdasarkan data dan gambaran situasi yang ada seperti tunai kecemasan dan tunai lain beliau hampir nazak atau telah habis, saya letakkan unjuran selang keyakinan (confidence interval) saya pada kadar 50% untuk data ini. Data tambahan seperti pendapatan dan kestabilan pekerjaan semasa beliau dapat membantu keyakinan unjuran ini kepada kawasan lebih baik. Dengan gambaran situasi yang diberikan, beliau berpotensi untuk muflis sebelum tahun ke-10 pembiyaan, melainkan beliau mempunyai rezab tunai mencukupi.

Hmm. Sedih, tetapi apa boleh buat.
300 views05:21
Open / Comment
2021-08-27 17:23:19 Channel name was changed to «Ahza Adhwa & Pelaburan»
14:23
Open / Comment