Get Mystery Box with random crypto!

PENJELASAN ISU UNDI18 Terdapat beberapa kekeliruan dalam isu | #Undi18

PENJELASAN ISU UNDI18

Terdapat beberapa kekeliruan dalam isu daftar pemilih sekarang. Adakah 5.8 juta pengundi yang baru digazetkan 14 Januari lepas layak untuk mengundi dalam PRN Johor? Saya ataupun anak saya berumur 18 tahun, apa yang perlu dibuat? Kena pergi mendaftar sebagai pengundi ke?

1. Secara rasmi pada 14 Januari 2022, semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas telah berdaftar secara rasmi dan secara automatik. Anda boleh mengundi dalam pilihanraya, termasuk PRN Johor akan datang.

2. Jika dulu, senarai daftar pemilih akan dikemas kini setiap penggal. Rakyat sendiri perlu mendaftarkan namanya untuk menjadi pengundi. Sekarang, daftar pemilih akan dikemas kini secara bulanan kerana semua orang yang berumur 18 tahun layak secara automatik untuk mengundi.

3. Semaklah pendaftaran undi anda di https://mysprsemak.spr.gov.my/ Pastikan nama, alamat dan kawasan pilihanraya tepat.

4. Follow Telegram Undi18 untuk maklumat terkini: https://t.me/Undi18

#Undi18 #JohorMemilih #UndiJohor