Get Mystery Box with random crypto!

Sesetengah ahli politik mendakwa bahawa orang muda berusia ant | #Undi18

Sesetengah ahli politik mendakwa bahawa orang muda berusia antara 18 tahun hingga 20 tahun belum bersedia untuk mengundi dan tahap kematangan belum diperolehi jika dibandingkan dengan warganegara yang berusia 21 tahun ke atas. Kami cuba bertanya, kelayakan undi pengundi kini ditetapkan pada 21 tahun, apa bukti yang digunakan untuk membuktikan 21 tahun sudah cukup matang?

Kematangan dan usia tidak ada kaitan dengan hak undi, tetapi ia bergantung sama ada masyarakat kita telah menyediakan maklumat yang cukup dan ruang terbuka untuk membolehkan orang muda berbincang dan berbahas.

Oleh itu, kerjasama antara Pemuda KLSCAH dan Kini News Lab berharap melalui "Kuiz Undi 18" dapat membuktikan bahawa dakwaan sesetengah ahli politik adalah tidak betul. Soalan-soalan dalam "Kuiz Undi 18" berkaitan dengan pilihan raya dan pengundian. Terdapat dua kumpulan iaitu yang berumur di bawah 20 tahun dan lebih dari 21 tahun. 10 soalan secara keseluruhan, pemain mendapat 1 mata untuk setiap jawapan yang betul, dengan markah penuh 10 mata. Pada akhir permainan, skor purata kumpulan umur individu akan dipaparkan.

Pemuda KLSCAH akan menaja langganan Malaysiakini selama setahun untuk 20 pelajar. Peserta hanya perlu mengisi borang dalam talian setelah melengkapkan Kuiz Undi 18 dan berpeluang memenanginya! Langganan tersebut hanya untuk pelajar berumur 25 tahun dan ke bawah. 20 langganan adalah dipilih secara rawak, semua maklumat peserta akan disimpan oleh Sekretariat Pemuda KLSCAH dan tidak akan digunakan untuk tujuan pihak ketiga.

https://newslab.malaysiakini.com/undi18quiz/ms