🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Banyak isu yang melibatkan anak muda sedang berlaku sekarang. | #Undi18

Banyak isu yang melibatkan anak muda sedang berlaku sekarang. Daripada isu yang berkaitan dengan pendidikan antaranya kesukaran pembelajaran akibat SOP Perintah Kawalan Pergerakan yang ketidaktentuan. Malah, bantuan 150,000 laptop yang dijanjikan oleh Kerajaan untuk PdPR masih lagi tidak disampaikan, kadar pengangguran anak muda yang semakin meningkat, hinggalah kepada sikap menteri-menteri yang lambat bertindak untuk memberi respon terhadap keadaan ini .Semua ini memberi kesan kepada kehidupan anak muda dan rakyat secara keseluruhannya.

Suara anak muda amat penting di saat pengurusan pandemik dan situasi politik negara yang tidak stabil ini berpanjangan. Suara anak muda tidak cukup dengan hanya melaungkan keresahan mereka di media sosial. Justeru, kami percaya bahawa suara sebenar anak muda terletak pada hak mereka untuk mengundi semasa pilihan raya untuk menentukan peneraju masa depan negara Malaysia.