🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

'Saman RM100k dan penjara 7 tahun kerana lupa pakai face mask. | #Undi18

"Saman RM100k dan penjara 7 tahun kerana lupa pakai face mask. Adakah KKM sudah hilang akal?"

Khairy Jamaluddin akan membawa usul di Parlimen pada 16hb Disember untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Pindaan ini akan meningkatkan hukuman bawah Akta 342 secara mendadak. Hujahnya adalah hukuman keras dan kejam ini akan memastikan orang awam ikut peraturan.

Namun sudah 2 tahun kita menghadapi COVID-19 dan kita dah nampak trend pelaksanaan SOP dan undang-undang.

1. Penguatkuasaan Dua Darjat. Yang kayangan dan golongan politik kebal daripada hukuman. Kena pun dengan kadar yang jauh lebih rendah dari orang awam. Yang terpaksa masuk penjara, yang terpaksa pinjam duit untuk bayar saman adalah golongan marhaen. Malah di PRN Sabah, berapa ramai ahli politik yang disaman kerana sebarkan COVID ke seluruh negara?

2. SOP yang celaru. Kita dimaklumkan akan ada garis panduan untuk saman. Namun, bila kerajaan keluarkan SOP, penguatkuasa (polis, pegawai kesihatan, dll.) akan kabur dan keliru. Apabila saman dikeluarkan membabi buta, yang akan bayar harganya adalah orang miskin, bukannya Menteri. Yang masuk penjara adalah rakyat tidak berkemampuan.

3. Hukuman yang tidak masuk akal. Hukuman diberikan lebih keras dari kesalahan menculik, cubaan membunuh, menyebabkan kematian dan banyak lagi kesalahan jenayah. Kadar vaksinasi negara kita telah ada pada kadar yang tinggi. Kenapa kerajaan melebih-lebih dalam menghukum?

Dah la harga sayur mahal, nak denda rakyat lagi. Ayuh tolak Pindaan Akta 342. #LawanPindaan342