Get Mystery Box with random crypto!

Young Soul

Logo of telegram channel we_positive — Young Soul Y
Logo of telegram channel we_positive — Young Soul
Channel address: @we_positive
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 1.44K
Description from channel

We're dealing with hooman.

Ratings & Reviews

4.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

2

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

0


The latest Messages 3

2021-08-27 15:05:59 SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ada sesetengah orang kafir yang mengeluarkan perkataan yang batil tentang agama Islam tetapi ada sesetengah orang Islam yang turut bersetuju dengan mereka.

Apakah hukumnya orang Islam ini disisi syarak?

JAWAPAN: Orang Islam dilarang duduk bersama orang yang mempersendakan agama Islam atau yang mengeluarkan perkataan yang dusta dan karut. Perkataan yang maksiat atau dosa atau yang mengkafirkan atau yang batil haram disokong dan orang yang menyokong atau bersetuju adalah bersamaan hukumnya dengan orang yang mengeluarkan perkataan.

Orang Islam yang setuju dengan perkataan yang mengkafirkan maka jadilah ia kafir juga.

Allah SWT berfirman:

فَلا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ

Maksudnya: “Maka jangan sekali-kali kamu duduk bersama orang kafir itu sehingga mereka tidak lagi berkata yang karut dan kufur. Sungguhnya kamu ketika itu adalah sama dengan orang kafir itu.” [Surah An-Nisak: 140]

Berkata Imam Ibnul ‘Arabi:

لا يخلو أن يكون ما قالوه مِن ذلك جدا أو هزلا ، وهو كَيْفَمَا كان كُفْر ، فإن الهزل بِالْكُفر كُفْر لا خلاف فيه بين الأمة . اه

Maksudnya: “Tiada sunyi dari apa yang mereka perkatakan itu (yakni celaan kepada agama Islam) antara sungguh atau gurauan. Bagaimana pun ada ia hukumnya adalah kufur dari kerana bahawasanya bergurau dengan suatu yang kufur itu menjadi seorang itu kafir.
Tiada perselisihan pada hukum yang demikian itu oleh umat.

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@we_positive
102 views12:05
Open / Comment
2021-08-26 16:20:55 SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika sedang solat fardhu tiba-tiba melintas binatang berbisa seperti kala jengking atau lipan di depan kita.

Apakah harus kita berhenti dari solat atau bagaimana?

JAWAPAN: Jika seorang sedang solat kemudian datang haiwan yang berbisa yang boleh memudaratkan seperti kala jengking mendekati kita maka harus kita bunuh atau jauhkan dari diri kita.

Dari abu Hurairah r.a.:

أمرَ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ بقتلِ الأسودَيْنِ في الصَّلاةِ : الحَيَّةُ ، والعَقْرَبُ

Maksudnya: “Rasulullah SAW membenarkan dibunuh dua haiwan hitam ketika sedang solat iaitu ular dan kala jengking.” [Hadis Hasan Riwayat Imam Tirmizi]

Berkata Imam Syaukani:

أن الحديث يدل على جواز قتل الحية والعقرب فى الصلاة من غير كراهة، وقد ذهب إلى ذلك جمهور العلماء كما قال العراقى

Maksudnya: “Bahawasanya hadis ini menunjukkan atas harus membunuh ular dan kala jengking di dalam solat tanpa makruh. Dan sungguhnya telah berjalan kepadanya oleh jumhur ulamak sebagaimana kata Al-Iraqi.” [Nailul Authar]

Dan jika haiwan itu tidak merbahayakan atau tidak datang kepada orang yang solat maka tidak dibunuh atau dihalau akan dia yakni hendaklah ia meneruskan solatnya.

Berkata Qatadah:

إذا لم تتعرض لك فلا تقتلها

Maksudnya: “Apabila haiwan itu tidak mendatangi atau tidak merbahayakan akan engkau maka tidak perlu engkau bunuh akan dia.”

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@we_positive
110 views13:20
Open / Comment
2021-08-25 15:11:31 SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukumnya merapatkan kedua tapak kaki ketika sedang sujud?

JAWAPAN: Merapatkan kedua tapak kaki dan tumit ketika sedang sujud adalah menyalahi yang terlebih afdhal kerana setengah dari yang disunatkan bagi orang yang sujud ialah menjarakkan kedua kakinya bukan merapatkan keduanya.

Berkata Imam Nawawi:

قال الشافعي والأصحاب: يستحبُّ للساجد أن يُفَرِّجَ بَيْنَ رُكْبَتَيْهِ وَبَيْنَ قَدَمَيْهِ، قَالَ الْقَاضِي أَبُو الطَّيِّبِ فِي تَعْلِيقِهِ: قَالَ أَصْحَابُنَا: يَكُونُ بَيْنَ قَدَمَيْهِ قَدْرُ شِبْرٍ، وَالسُّنَّةُ أَنْ يَنْصِبَ قَدَمَيْهِ وَأَنْ يَكُونَ أَصَابِعُ رِجْلَيْهِ مُوَجَّهَةً إلَى الْقِبْلَةِ، وَإِنَّمَا يَحْصُلُ تَوْجِيهُهَا بِالتَّحَامُلِ عَلَيْهَا وَالِاعْتِمَادِ عَلَى بُطُونِهَا. وَقَالَ إمَامُ الْحَرَمَيْنِ: ظَاهِرُ النَّصِّ أَنَّهُ يَضَعُ أَطْرَافَ أَصَابِعِ رِجْلَيْهِ عَلَى الْأَرْضِ فِي السُّجُودِ اهـ

Maksudnya: “Telah berkata oleh Imam Syafie dan para ashab: Disunatkan bagi orang yang sedang sujud menjarakkan antara dua lututnya dan antara dua tapak kakinya.

Berkata Qadhi Abu Tayyib pada takliqnya: Telah berkata ashab kami: Adalah jarak antara dua kakinya itu kadar sejengkal. Dan yang sunnah ialah menegakkan dua tapak kakinya dan segala jari kakinya itu menghadap arah kiblat.

Dan hanyalah terhasil menghadapkannya ke arah kiblat ialah dengan merapatkan segala jari ke lantai dan bertekan atas batin segala jari kakinya.

Telah berkata Imam Haramain: Nas yang zahir bahawasanya dihantarkan segala perut jari kedua kakinya atas lantai di dalam sujud.” [Kitab Al-Majmu’ Syarah Muhazzab]

Kesimpulannya sunat direnggangkan antara kedua tapak kaki ketika sujud sekadar jarak sejengkal.

Jika dirapatkan kedua kakinya ketika sujud maka tidaklah membatalkan solat kerana ia tidak termasuk syarat sah atau rukun solat.

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@we_positive
118 views12:11
Open / Comment
2021-08-24 15:13:56 SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah disunatkan menangis ketika kita membaca Al-Quran?

JAWAPAN: Diriwayatkan dari Saad bin Abi Waqas sabda Nabi SAW:

إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ نَزَلَ بِحُزْنٍ، فَإِذَا قَرَأْتُمُوهُ فَابْكُوا، فَإِنْ لَمْ تَبْكُوا فَتَبَاكَوْا

Maksudnya: “Sesungguhnya Quran ini diturunkan dengan kesedihan. Maka apabila kamu sekelian membacanya maka menangislah. Maka jika kamu tidap dapat menangis maka buatlah menangis.” [Hadis Riwayat Ibnu Majah]

Berkata Imam Nawawi:

البكاء في حال القراءة، وهو صفة العارفين، وشعار عباد الله الصالحين

Maksudnya: “Bermula menangis ketika membaca Quran itu ialah sifat orang yang Arifin dan syiar segala hamba Allah yang solihin.” [Kitab At-Tibyan]

Berkata Imam Ghazali:

البكاء مستحب مع القراءة

Maksudnya: “Menangis itu disunatkan ketika membaca Quran.” [Kitab Ihya’ Ulumuddin]

Diriwayatkan dari Umar Al-Khattab r.a. bahwasanya beliau solat subuh dan membaca surah Yusuf lalu menangis hingga mengalir air matanya pada dadanya.

Ketika tiba penduduk Yaman ke tempat Abu Bakar As-Siddiq r.a. lalu mereka membaca akan Quran dan menangis mereka itu maka kata Abu Bakar: Beginilah kami dahulu.

Dan diriwayatkan daripada Hisham kata beliau:

ربما سمعت بكاء محمد بن سيرين في الليل وهو في الصلاة

Maksudnya: “Pernah aku mendengar tangisan Muhammad bin Sirrin pada waktu malam ketika beliau di dalam solat.”

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@we_positive
138 views12:13
Open / Comment
2021-08-14 15:05:27 SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Bolehkah memusnahkan Quran yang sudah buruk dengan cara membakarnya?

JAWAPAN: Haram memusnahkan Quran tanpa sebarang uzur syarak. Jika ada uzur yang dibenarkan disisi syarak seperti sudah rosak atau yang tersalah cetak atau yang sangat buruk sekira-kira tidak boleh digunakan lagi dan dimusnahkan itu bertujuan memeliharanya dari tersia maka hukumnya adalah dibolehkan menurut sebahagian ulamak. Dan ulamak berkhilaf pada masalah ini dengan pelbagai pendapat.

Cara memusnahkannya ialah menghilangkan semua tulisan tiada tinggal sedikit pun seperti direndam di dalam air atau dibakar dan abunya ditanam ditempat yang tidak dipijak manusia. Berkata Imam Suyuthi:

وله غسلها بالماء، وإن أحرقها بالنار فلا بأس. أحرق عثمان مصاحف كان فيها آيات وقراءات منسوخة ولم ينكر عليه

Maksudnya: “Dan harus baginya merendamnya di dalam air. Dan jika dibakarnya dengan api maka tidak mengapa. Telah membakar oleh Uthman r.a. akan mushaf-mushaf yang adalah padanya ayat-ayat dan qiraat yang sudah dimansukh dan tiada seorang ingkar atas perbuatannya.” [Kitab Al-Itqan]

Menurut setengah ulamak membakarnya adalah lebih baik dari membasuhnya. Dan Qadhi Husain menyatakan pendapat bahawa dilarang dari membakarnya manakala Imam Nawawi mengatakan makruh membakarnya.

Menurut setengah ulamak mazhab Hanafi tidaklah dibakar akan Quran yang buruk itu tetapi hendaklah ditanam pada bumi yang tidak dipijak oleh manusia.

Wallahua'lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@we_positive
231 views12:05
Open / Comment