🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Ingat lagi tak kisah Paremeswara, kancil dan pokok Melaka? ata | AstroMet Malaysia

Ingat lagi tak kisah Paremeswara, kancil dan pokok Melaka? atau pon kisah Sang Nila Utama dan Singa di pulau tesebut? Ada kaitan tak? tentunya ada, kedua-dua tokoh tersebut menamakan tanah tersebut berdasarkan keajaiban peristiwa yang mereka lihat.

Apa kaitan dengan Marikh? Baru-baru ini NASA telah memilih nama seorang penulis sains fiksyen wanita berukulit hitam untuk diabadikan sebagai tempat pendaratan perayau Perseverence. Octavia E. Butler, Penerima anugerah Hugo dan anugerah Nebula serta merupakan penulis sains fiksyen pertama yang menerima
MacArthur Fellowship.

"Butler merintis karya sains fiksyen bertemakan kaum, kesamarataan jantina dalam kemanusiaan berpandukan kepada pengalaman wanita kulit hitam kerana ketika itu suara mereka tidak terdapat dalam sains fiksyen."

Menurut Katie Stack Morgan, Timbalan ketua projek perayau Perseverance di NASA's Jet Propulsion Laboratory NASA " Watak protagonis yang Butler wujudkan dalam karya beliau mempunyai tekad dan daya inovasi, menjadikannya sangat susuai untuk misi perayau Perseverance dengan tema untuk mengatasi cabaran, ia memberi inspirasi dan mempengaruhi komuniti saintis dan astronomer dan banyak lagi termasuk mereka yang minoriti dan tidak diwakili dalam bidang STEM. Karya beliau sangat relevan hari ini, bukti kepada visi beliau yang bijak dan abadi. "

Antara novel sains fiksyen termasyur beliau adalah "Kindred," "Bloodchild," "Speech Sounds," "Parable of the Sower," "Parable of the Talents," and the "Patternist" series. Beliau meningal dunia pada 2006.

Kuasa seorang penulis, tulisannya adalah untuk mendidik, untuk menaikkan semangat dan memberi insprasi kepada generasi mendatang. Menulis untuk keabadian.

Selama ini kita ingat hanya nama saintis atau pembesar negara sahaja yang diabadikan di palanet Marikh.

Selamat Hari Wanita.

To survive,
Know the past.
Let it touch you.
Then let
The past
Go.
—dari "Earthseed: The Books of the Living," Parable of the Talents.