🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Cuba pandang ke langit sekarang . Bulan malam ini duduk berdek | AstroMet Malaysia

Cuba pandang ke langit sekarang . Bulan malam ini duduk berdekatan dengan planet Marikh , bintang Aldebaran dan juga gugusan bintang terbuka Pleiades .

* Fakta ria :-

- Cahaya Bulan memerlukan 1.3 saat untuk tiba ke Bumi .

- Aldebaran merupakan bintang paling terang yang membentuk buruj Taurus dan merupakan bintang ke 14 paling terang di langit malam .

- Marikh mempunyai dua buah satelit semulajadi ( Bulan ) iaitu Phobos dan Deimos .

- Pleiades atau turut dikenali sebagai Subaru di Jepun , Thurayya di dunia Arab dan Bintang Tujuh di alam Melayu merupakan Gugusan bintang yang terdiri daripada lebih seribu bintang yang sudah diketahui .Namun disebabkan jaraknya yang jauh dari Bumi, terdapat hanya beberapa bintang yang mudah untuk kita saksikan .