Get Mystery Box with random crypto!

Sedikit info berkenaan Asteroid 231937 ( 2001 FO32 ) yang seda | AstroMet Malaysia

Sedikit info berkenaan Asteroid 231937 ( 2001 FO32 ) yang sedang heboh ketika ini .

Nak hentam Bumi ke ? ...

- Asteroid 2001 FO32 ditemukan oleh Projek Lincoln Near-Earth Asteroid Research (LINEAR) di Lincoln Laboratory's Experimental Test Site , New Mexico , Amerika Syarikat pada 23 Mac 2001 .

- Diameter Asteroid tersebut dianggarkan sekitar 0.767 kilometer ke 1.714 kilometer . Berpandukan data yang telah dikumpulkan , 2001 FO32 dijangkakan akan bergerak melintasi Bumi pada 22 Mac 2021 dan berada di kedudukan terdekatnya dengan Bumi pada jam 12:03 AM .

- Ketika ia melintasi Bumi , jarak terdekatnya dengan Bumi sekitar 5.25 kali jarak purata Bumi Bulan atau sekitar 2 juta kilometer .

- Setakat ini , 2001 FO32 merupakan Asteroid terbesar yang akan melintasi Bumi bagi tahun 2021. Selain itu , ia juga merupakan salah satu Asteroid yang bergerak paling cepat semasa melintasi Bumi dengan kelajuan 123887 kilometer/jam .

- Semasa melintasi Bumi , anda tidak boleh menyaksikan Asteroid tersebut dengan hanya menggunakan mata kasar . Perlukan teleskop bersaiz 8 inci dan ke atas .

- Tidak perlu panik . Tidak perlu sebar info palsu . 2001 FO32 hanya melintasi Bumi dengan jarak yang sangat jauh .Tiada kesan buruk yang akan berlaku .

Sekian ,
Wallahu A'lam .
..

Ikuti Channel telegram
'AstroMet Malaysia' untuk maklumat menarik berkenaan topik astronomi dan meteorologi :-

( https://t.me/AstroMetMalaysia )