🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Detik - detik pelancaran roket Soyuz 2.1a dari tapak pelancara | AstroMet Malaysia

Detik - detik pelancaran roket Soyuz 2.1a dari tapak pelancaran pad 31/6 Baikonur Cosmodrome , Kazakhstan pada jam 03:42 PM , 09 April 2021 bagi menempat kapal angkasa kru Soyuz MS-18 ke orbit sebelum ia memulakan perjalanan menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa .

Soyuz MS-18 yang membawa tiga orang angkasawan iaitu Oleg Novitsky ( Rusia ) , Pyotr Dubrov ( Rusia ) dan Mark T. Vande Hei ( USA ) dijadual akan tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa dan bercantum pada pangkalan cantum modul Rassvet sekitar jam 07:07 PM , 09 APRIL 2021 .

* Tujuh orang angkawasan yang sedang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa ketika ini akan menyambut ketibaan mereka bertiga di sana .

Tujuh orang angkasawan tersebut ialah :-

- Kate Rubins ( USA )
- Sergey Ryzhikov ( Rusia )
- Sergey Kud-Sverchkov ( Rusia )
- Shannon Walker ( USA )
- Victor Glover ( USA )
- Mike Hopkins ( USA )
- Soichi Noguchi ( Jepun )