🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

TAHUKAH ANDA ? :- Menara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalif | AstroMet Malaysia

TAHUKAH ANDA ? :-

Menara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa setinggi sekitar 828 meter memiliki tiga waktu berbuka puasa

Ini kerana waktu terbenam Matahari berbeza - beza mengikut ketinggian . Semakin tinggi kedudukan, semakin lewat Matahari kelihatan terbenam.

Mereka yang berada di tingkat 80 ke bawah boleh berbuka puasa mengikut waktu Azan Maghrib berkumandang bersama - sama dengan kebanyakan orang di sana. Bagi yang berada di antara tingkat 80 sehingga 150 pula , mereka perlu berbuka puasa 2 minit lebih lewat berbanding mereka yang berada di tingkat 80 ke bawah manakala yang berada di tingkat 150 dan ke atas perlu berbuka puasa lewat 3 minit.

Untuk waktu bermula puasa pula , keadaan adalah berlawanan dengan waktu berbuka puasa kerana fajar Sadiq iaitu tanda bermulanya waktu Subuh akan kelihatan di tingkat atas terlebih dahulu berbanding di tingkat bawah

Kredit imej :-
Pinterest