Get Mystery Box with random crypto!

BULAN DAN PLANET ZUHRAH SANGAT DEKAT MALAM INI. Jom mencerap | AstroMet Malaysia

BULAN DAN PLANET ZUHRAH SANGAT DEKAT MALAM INI.

Jom mencerap.

Malam ini, 24 Mac 2023 sebahagian penduduk di negara kita berpeluang menyaksikan peristiwa penghijaban planet Zuhrah oleh Bulan.

Penghijaban atau Occultation merupakan suatu peristiwa astronomi bila mana sesuatu objek langit itu dilindungi oleh objek lain yang melintas dihadapannya sehingga hilang dari pandangan pemerhati untuk seketika .

Untuk peristiwa malam ini, planet Zuhrah akan beransur - ansur hilang dari pandangan apabila bahagian Bulan yang gelap  mula melintas di hadapan Zuhrah sebelum muncul kembali di langit malam di bawah bahagian Bulan yang terang setelah Bulan bergerak menjauhi planet tersebut.

Antara lokasi yang terlibat adalah di sebahagian Kedah, Kelantan, Perak dan  keseluruhan Perlis serta Utara Sarawak yang melibatkan Miri dan Keseluruhan Sabah.

Di lokasi lain yang tidak dinyatakan pula hanya berpeluang menyaksikan planet Zuhrah berada sangat dekat dengan bahagian sisi kiri Bulan. Jarak yang memisahkan kedua objek lebih kurang 0.3 darjah sahaja. Sangat - sangat dekat.

Peristiwa malam ini boleh disaksikan bermula sekitar waktu Maghrib sehingga ke Isya'. Planet Zuhrah dan Bulan berada di langit arah barat.

Anggaran kasar bermulanya penghijaban adalah antara jam 07:57 PM sehingga jam 08:05 PM ( boleh bersiap sedia lebih awal dari waktu yang dinyatakan ).

* Penerangan gambar :-

- Lokasi yang berada di garisan biru dan ke atas akan dapat menyaksikan peristiwa penghijaban.

- Lokasi yang berada di antara garisan biru dan merah akan dapat menyaksikan sebahagian Zuhrah dilindungi Bulan.

- Lokasi yang berada di garisan merah dan ke bawah hanya dapat menyaksikan Zuhrah berada berdekatan Bulan dengan jarak lebih kurang 0.3 darjah .

Di mana pun lokasi anda berada, peristiwa malam ini sangat menarik untuk disaksikan.