🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Hilal Syawal 1443 hijrah dilaporkan kelihatan di Wilayah Perse | AstroMet Malaysia

Hilal Syawal 1443 hijrah dilaporkan kelihatan di Wilayah Persekutuan Labuan. Satu - satunya lokasi cerapan rasmi di Malaysia yang dapat menyaksikan Hilal. Data di Labuan ketika itu menunjukkan ketika Matahari terbenam, altitud Bulan sekitar 4.77 darjah dan jarak lengkung ( elongasi ) antara Bulan-Matahari sekitar 5.15 darjah. Peratusan permukaan Bulan yang bercahaya adalah sekitar 0.34%.

Boleh dikatakan keadaan Bulan tahun lalu berada di antara batas kenampakan Hilal. Hilal tidak mustahil kelihatan tetapi dengan kebarangkalian yang rendah.

Disebabkan Hilal telah kelihatan, maka hari raya Aidilfitri diumumkan awal sehari berbanding apa yang tertera di dalam kalendar.
..

Kesimpulannya,
Keadaan Bulan bagi menentukan masuknya awal bulan Syawal 1444 Hijrah dengan Syawal 1443 Hijrah sangat berbeza.

Kebarangkalian untuk Hilal kelihatan pada hari cerapan iaitu pada 20 April 2023 sangat - sangat rendah ( lebih rendah berbanding tahun lalu ) atas banyak faktor seperti keadaan Bulan yang sangat rendah di ufuk akan diganggu serakan cahaya Matahari, faktor cuaca, langit berawan dan sebagainya.

Kebarangkalian tinggi Ramadan 1444 Hijrah akan digenapkan menjadi 30 hari. 21 April 2023 hari terakhir berpuasa dan 22 April 2023 kita akan menyambut hari raya Aidilfitri.

Apa - apa pun kita tunggu pengumuman rasmi oleh penyimpan mohor besar Raja - raja.

Sekian.
Wallahu A'lam.