🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Peristiwa menarik malam ini :- 1) Malam ini penduduk di semen | AstroMet Malaysia

Peristiwa menarik malam ini :-

1) Malam ini penduduk di semenanjung boleh menyaksikan lintasan Stesen Angkasa Antarabangsa ( ISS ) dalam lingkungan waktu 07:45 PM sehingga 07:53 PM. ISS akan mula terbit di langit arah barat laut dan bergerak menuju ke arah selatan-tenggara. ISS akan kelihatan seperti satu titik cahaya seperti bintang tetapi tidak berkelip yang bergerak laju dalam satu garis lurus.

* Sebagai panduan, ISS malam ini akan kelihatan melintas berhampiran planet Zuhrah.

2) Planet Zuhrah akan kelihatan berada berdekatan dengan gugusan bintang terbuka Pleiades di langit arah barat sekitar waktu Maghrib sehingga Isya'.

3) Waktu terbaik untuk menyaksikan planet Utarid apabila Utarid berada di kedudukan Elongasi timur terbesar hari ini. Ketika berada di kedudukan Elongasi timur terbesar, ia akan mencapai kedudukan paling tinggi di langit arah barat selepas Matahari terbenam. Utarid Boleh disaksikan sekitar waktu Maghrib.