Get Mystery Box with random crypto!

MANUSIA PERTAMA KE ANGKASA 12 April 2023 merupakan ulang tah | AstroMet Malaysia

MANUSIA PERTAMA KE ANGKASA

12 April 2023 merupakan ulang tahun ke 66 kejayaan manusia pertama di era moden ini ke angkasa .

Manusia pertama yang berjaya ke angkasa tersebut ialah Yuri Alekseyevich Gagarin atau Yuri Gagarin dari Kesatuan Soviet.

Beliau telah melengkapkan satu kali misi penerbangan mengorbit Bumi dengan menaiki kapal angkasa Vostok 3KA melalui misi ' Vostok 1 ' di bawah program Vostok .

Yuri Gagarin yang berada di dalam Vostok 3KA berlepas ke angkasa dengan menaiki roket Vostok-K
pada 12 April 1961 , jam 06:07 UTC dari Kosmodrom Baikonur lalu mengorbit Bumi pada altitud sehingga 327 Kilometer dengan kelajuan 27400 kilometer / jam sebelum kembali mendarat di permukaan Bumi , berhampiran barat daya Engels, di dalam wilayah Saratov  pada hari yang sama , jam 07:55 UTC .

Keseluruhan tempoh masa yang diambil misi Vostok 1 adalah selama 1 jam 48 minit iaitu dari masa ia berlepas sehingga kembali mendarat di permukaan Bumi .

* Terdapat juga laporan yang menyatakan Keseluruhan tempoh masa yang diambil misi Vostok 1 adalah selama 1 jam 46 minit sahaja .

Selain menempa nama sebagai manusia pertama ke angkasa di era moden ini , Yuri Gagarin juga turut menempa nama sebagai manusia pertama yang berjaya mengorbit Bumi dan menjadikan kejayaan Kesatuan Soviet tersebut sebagai perintis misi menghantar manusia ke angkasa selepas itu .

Kredit imej :- The Huntsville Times