🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Dah nak masuk Syawal 1444 Hijrah tetapi masih ada yang bangkit | AstroMet Malaysia

Dah nak masuk Syawal 1444 Hijrah tetapi masih ada yang bangkitkan isu raya tahun lepas. Katanya tidak nampak anak Bulan tetapi boleh isytihar raya macam itu sahaja.

1) Sebelum mempertikai itu ini, belajar bezakan teleskop dan mikroskop terlebih dahulu. Nak mencerap anak Bulan guna teleskop.

2) Dia sendiri mengongsikan imej anak Bulan Syawal 1443 Hijrah tetapi dia sendiri juga yang menafikan. Kenal ke tidak anak Bulan itu apa?.

3) Merujuk Majlis Fatwa,

a) Hukum melihat anak bulan melalui mata kasar dengan bantuan peralatan optik adalah harus.

b) Kenampakan anak bulan menggunakan teknik pengimejan adalah diharuskan dengan parameter yang ditetapkan oleh JAKIM melalui garis Panduan/Tatacara Pensabitan Kenampakan Anak Bulan Menerusi Teknik Pengimejan.

4) Anak bulan Syawal 1443 hijrah tahun lepas telah berjaya dikesan melalui teleskop oleh salah seorang ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan Labuan dan imej yang diperolehi telah disemak oleh jawatankuasa berkenaan. Selain itu, kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang merupakan ahli jawatankuasa tersebut juga telah dapat mencerap hilal melalui peralatan teodolit. Imej yang diperolehi kemudiannya disahkan oleh Ketua Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Labuan yang bertugas pada petang tersebut dan dilaporkan kepada Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan yang berada di lokasi cerapan rasmi Menara Kuala Lumpur. Satu perbincangan khusus juga kemudian dilaksanakan oleh Sahibus Samahah Mufti bersama pakar falak dan Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan untuk mengesahkan imej yang diperolehi dengan membandingkan data-data anak Bulan yang disediakan sebelum keputusan menerima kenampakan tersebut dibuat. Kenampakan anak Bulan tersebut kemudiannya dilaporkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia untuk diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang Di-Pertuan Agong.

5) Terdapat 30 saksi kenampakan anak Bulan Syawal 1443 Hijrah.

6) Kesimpulannya, tidak timbul isu isytihar raya macam itu sahaja. Serah urusan kepada ahlinya. Jangan memandai-mandai timbulkan sebarang isu yang boleh mengelirukan masyarakat.