Get Mystery Box with random crypto!

CARA SELAMAT MENYAKSIKAN GERHANA MATAHARI. .. Tatkala kita se | AstroMet Malaysia

CARA SELAMAT MENYAKSIKAN GERHANA MATAHARI.
..

Tatkala kita semua ternanti - nanti untuk menyaksikan peristiwa gerhana Matahari separa pada 20 April 2023 ini, aspek keselamatan jangan pernah kita abaikan.

JANGAN sesekali menyaksikan gerhana Matahari secara langsung dengan hanya menggunakan mata kasar sahaja.

Mata berisiko tinggi rosak kekal dan yang paling berbahaya boleh menjadi faktor kebutaan.

Terdapat beberapa cara yang paling selamat untuk menyaksikan gerhana Matahari, antaranya :-

1) Keadah Pinhole/lubang jarum.

- Barang yang boleh digunakan adalah dua helai kertas atau kadbod.
- Ambil sehelai kertas/kadbod dan buat satu lubang kecil di tengah.
- Pastikan lubang tersebut bulat dengan sempurna.
- Dengan cara membelakangi Matahari, pegang kertas/kadbod yang telah dilubangkan di atas bahu dan biarkan cahaya Matahari melalui lubang.
- Kertas yang kedua ( tiada lubang ) boleh dijadikan sebagai skrin.

2) Jari tangan.

-  Saksikan bayang Matahari yang melalui celah - celah jari tangan.

3) Daun pokok.

- Bayang yang muncul melalui ruang yang ada di antara daun - daun pokok boleh dijadikan salah satu kaedah menyaksikan gerhana Matahari.

4) Penapis.

- Gunakan penapis yang biasa digunakan di dapur.
- Cara menggunakan kaedah ini adalah dengan cara berdiri membelakangi Matahari sehingga cahaya Matahari muncul di tanah.
- Boleh juga menggunakan kertas putih sebagai skrin.

5) Cermin mata gerhana.

- Cermin mata khas untuk gerhana Matahari.

6) Kaca kimpalan.

- Gunakan kaca untuk kimpalan yang bernombor #14.