Get Mystery Box with random crypto!

Kita duduk di Malaysia ikut pemerintah di Malaysia. Kita ada b | AstroMet Malaysia

Kita duduk di Malaysia ikut pemerintah di Malaysia. Kita ada badan yang ada autoriti tersendiri yang sudah mengumumkan hari raya Aidilfitri 1444 hijrah pada Sabtu, 22 April 2023 disebabkan anak Bulan tidak kelihatan dan juga tidak memenuhi sebarang syarat kriteria Imkanur Rukyah yang Malaysia gunakan iaitu Ketika Matahari terbenam, altitud Bulan tidak kurang dari 3 darjah dan jarak lengkung ( elongasi ) antara Bulan-Matahari tidak kurang dari 6.4 darjah.

Berbeza dengan di Arab Saudi yang mengumumkan telah nampak Anak Bulan pada hari semalam dan berhari raya Aidilfitri pada hari ini, 21 April 2023.

Arab Saudi lambat 5 jam berbanding Malaysia. Semestinya Altitud Bulan ketika Matahari terbenam di sana lagi tinggi. Manakala jarak lengkung antara Bulan Matahari lagi jauh, peratusan permukaan Bulan yang bercahaya lagi banyak dan umur Bulan lagi besar berbanding negara kita di Malaysia.

Sebab itu di sana ada kebarangkalian lagi tinggi nampak anak Bulan berbanding Malaysia.
Semakin ke barat dari Malaysia, semakin tinggi peluang nampak anak Bulan.