Get Mystery Box with random crypto!

Operasi pembenihan awan dengan menggunakan air larutan garam b | AstroMet Malaysia

Operasi pembenihan awan dengan menggunakan air larutan garam biasa yang di sembur ke awan dengan menggunakan pesawat C-130H milik TUDM di Pulau Pinang semalam.

Garam digunakan kerana ia bahan higroskopik yang mampu menyerap, menarik dan mengekalkan wap air di atmosfera.

Untuk berlakunya hujan, titisan air yang terdapat pada awan perlu mengembangkan saiznya sekitar satu juta kali ganda daripada saiz asal .

Pengembangan saiz berlaku apabila titisan air itu tadi mengalami proses pelanggaran-tautan berganda iaitu suatu proses perlanggaran antara titisan air yang berbeza saiz sehingga terbentuknya titisan yang lebih besar .

Di sini semburan air larutan garam yang bertindak sebagai Cloud Condensation Nuclei digunakan untuk menggalakkan lagi proses pelanggaran-tautan berganda agar titisan air menjadi lebih besar dan berat sehingga jatuh ke bawah sebagai hujan.

Kredit video :- MetMalaysia.