Get Mystery Box with random crypto!

𝘼𝙥𝙖 𝙙𝙞 𝙇𝙖𝙪𝙣𝙘𝙝𝙋𝙖𝙙: 𝘾𝙝𝙖𝙣𝙙𝙧𝙖𝙮𝙖𝙖𝙣 3: 𝙋𝙧𝙤𝙟𝙚𝙠 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙖𝙧𝙪 𝙄𝙣𝙙𝙞𝙖 𝙠𝙚 𝘽𝙪𝙡𝙖𝙣 | AstroMet Malaysia

𝘼𝙥𝙖 𝙙𝙞 𝙇𝙖𝙪𝙣𝙘𝙝𝙋𝙖𝙙:
𝘾𝙝𝙖𝙣𝙙𝙧𝙖𝙮𝙖𝙖𝙣 3: 𝙋𝙧𝙤𝙟𝙚𝙠 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙖𝙧𝙪 𝙄𝙣𝙙𝙞𝙖 𝙠𝙚 𝘽𝙪𝙡𝙖𝙣!

Kawan-kawan, pernah dengar tak tentang Chandrayaan 3?
Chandra tu sendiri adalah Bulan dalam Bahasa Sanskrit tauu!

Chandrayaan 3 ni adalah projek angkasa lepas dari India (ISRO), yang bertujuan untuk menghantar sebuah lagi kapal angkasa ke bulan. Sebenarnya, ia adalah misi kedua India ke bulan selepas Chandrayaan 2 yang dihantar pada tahun 2019.

Ok, jadi bila Chandrayaan 3 ni akan dilancarkan? Sebenarnya, tarikh pelancarannya adalah pada 14 Julai HARI INI pada jam 5:05 petang waktu Malaysia.

Jom bersama kami dalam Apa di Launchpad bersama tetamu khas, Vanmitha Athimoolam, Pengarah & Pengasas Wau Rocketry USM pada HARI INI!
Tarikh : 14 Julai 2023
Masa : 4:45 pm - 5:45 pm
Platform : Live Streaming
Facebook : https://fb.me/e/8MAztKThq
Youtube https://www.youtube.com/live/Bsw0Q5ZMGx0?feature=share

Apa yang menarik pasal Chandrayaan 3 ni ialah misi dia untuk mendarat di Bulan dengan selamat. Bukan senang tau nak ke Bulan, kena melepasi graviti Bumi, kemudian masuk pula ke graviti Bulan sebelum perlahan-lahan mendarat di permukaan Bulan. Fuh, cabaran besar ni!

Chandrayaan 3 ni akan ada menaiki sebuah roket Launch Vehicle Mark-3 (LVM3) yang akan membawa pendarat robotik Bulan, Vikram dan juga perayau Bulan yang diberi nama Pragyan.

Dalam kapal angkasa tu, ada pelbagai peralatan canggih yang akan digunakan untuk mengumpul maklumat tentang permukaan bulan. Misalnya, ada kamera dan instrumen sains yang akan mengesan mineral dan menganalisis tanah bulan tu.

Kita harap misi ni berjaya mencapai matlamatnya untuk mendarat dengan selamat di Bulan dan mengkaji permukaan Bulan. Siapa tahu, mungkin satu hari nanti nama Malaysia akan mencipta kejutan dengan penemuan baharu di Bulan. Jom kita sokong kemajuan dalam sains dan teknologi ni!

Sumber :
https://www.space.com/india-ready-launch-chandrayaan-3-moon-mission
https://twitter.com/SpaceIntel101/status/1678532733474045952/photo/1
https://indianexpress.com/article/explained/explained-sci-tech/chandrayaan-3-launch-tomorrow-the-two-moon-missions-compared-8831747/

Like & Follow Media Sosial Apadilangit:
https://linktr.ee/apadilangit