Get Mystery Box with random crypto!

Jambatan Guillemard. Jambatan Guillemard merupakan jambatan k | AstroMet Malaysia

Jambatan Guillemard.

Jambatan Guillemard merupakan jambatan kereta api terpanjang di Malaysia dan merupakan jambatan kereta api kedua tertua di Malaysia selepas Jambatan Victoria di Perak.

Jambatan sepanjang kira-kira 600 meter ini merentasi sungai Kelantan dari Paloh Rawa, Machang ke Kursial, Tanah Merah telah dibuka secara rasmi pada 1925 oleh Sultan Muhammad IV dan dinamakan bersempena dengan nama Gabenor British bagi Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Laurence Guillemard.