Get Mystery Box with random crypto!

' The Eagle has landed . . ' .. 54 tahun yang lalu, tepat jam | AstroMet Malaysia

" The Eagle has landed . . "
..

54 tahun yang lalu, tepat jam 04:17 AM , 21 Julai 1969 ( waktu Malaysia ) , Satu sejarah di dalam dunia penerokaan angkasa lepas telah tercipta .

Apollo Lunar Module ( LM ) ' Eagle ' yang menempatkan dua angkasawan misi Apollo 11 iaitu Neil Armstrong dan Edwin ' Buzz ' Aldrin telah selamat mendarat di permukaan Bulan di sekitar kawasan yang dikenali sebagai Tranquility Base .
..

06 jam 36 minit selepas pendaratan Lunar Module , iaitu pada jam 10:56 AM ,
Neil Armstrong telah keluar dari Lunar Module dan menjejakkan kaki ke permukaan Bulan buat pertama kalinya . kejayaan tersebut telah meletakkan nama beliau sebagai manusia pertama yang menjejakkan kaki ke permukaan Bulan .

20 minit selepas detik bersejarah itu , giliran Edwin ' Buzz ' Aldrin pula menjejakkan kakinya ke permukaan Bulan .
..

Mereka berdua bersama - sama mengumpul lebih 21 Kilogram sampel batuan dan debu di Bulan untuk dibawa kembali ke Bumi .

Edwin ' Buzz ' Adrin mengambil masa sekitar 01 jam 33 minit berada di luar Lunar Module sebelum kembali memasukinya lalu diikuti Neil Armstrong 41 minit kemudian .
..

Setelah 21 jam 36 minit berada dipermukaan Bulan , Lunar Module yang menempatkan dua angkasawan itu tadi mula memasuki fasa meninggalkan permukaan Bulan untuk kembali bercantum dengan satu lagi Modul yang terlibat dengan misi Apollo 11 iaitu Apollo command and service module (CSM) ' Columbia ' yang sedang berada di orbit Bulan .
..

* Untuk pegetahuan semua , misi Apollo 11 merupakan misi ke Bulan yang melibatkan modul angkasa lepas Apollo command and service module (CSM) dan Apollo Lunar Module (LM) serta tiga orang angkawasan Amerika syarikat iaitu Neil Armstrong , Edwin ' Buzz ' Aldrin dan juga Michael Collins .

Hanya Dua daripada mereka iaitu Neil Armstrong dan Edwin ' Buzz ' Aldrin telah menjejakkan kaki ke permukaan Bulan manakala seorang lagi angkasawan iaitu Michael Collins hanya berada di dalam Apollo command and service module yang mengorbit Bulan tatkala Lunar Module mendarat di permukaan Bulan .
..

* Kredit imej :- NASA