Get Mystery Box with random crypto!

'Tak, bukan kawan-kawan awak tapi yang bertinggung kat belakan | Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

"Tak, bukan kawan-kawan awak tapi yang bertinggung kat belakang awak tu. Adik-beradik awak ke?”

Shah tergamam. Dia teragak-agak untuk melihat apa yang ada di belakangnya ketika itu. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam dan rakan-rakannya masih belum pulang.

“Saya anak tunggal…”
Jawapan Shah memeranjatkan Damia. Anak tunggal? Tapi lelaki itu seiras wajah Shah! Bulu romanya meremang.

“Tapi dia masih ada kat belakang awak…” bisik Damia melalui microphone yang disambungkan ke laptop. Ketakutan dirasakan semakin menular di dalam dirinya. Semakin lama semakin aneh rupa lelaki yang menyerupai Shah itu.

Shah menelan liur. Dia tiada keberanian untuk berpaling. Visualnya di dalam webcam diperhati lama tetapi lelaki yang dikatakan Damia langsung tidak kelihatan. Dia tahu itu bukan manusia.

“Mia, nanti kita sambung chat balik…” ujar Shah lalu terus mematikan Skype. Dia sudah tidak mempunyai kekuatan untuk meneruskan chat itu. Damia menelan liur. Apa yang dia saksikan itu? Bukan manusiakah?

“Mia….”

Damia memandang ke kiri dan kanan. Ada suara parau yang menyeru namanya beberapa saat yang lepas. Dia terus mematikan laptop dan bersedia untuk tidur. Berdiri habis bulu romanya.

*

“Sebenarnya rumah sewa yang kami duduk ni ada sejarah hitam.”
Damia, Syafa dan Saloma membesarkan mata. Kening mereka bergerak-gerak.

Akhirnya Shah terpaksa berterus-terang. Kasihan pula mereka asyik ternampak benda yang pelik-pelik. Sejujurnya sebelum ini mereka tidak pernah diganggu sehingga selepas Syafa ternampak benda hitam di hujung sofa.

“Kita bertukar cerita esok. Seram pulak nak cerita malam-malam macam ni..” Shah tersenyum pahit.

“Okey, kita jumpa esok..”

*

Damia, Syafa dan Saloma beriringan keluar dari kereta. Mereka sudah sampai ke satu kawasan perumahan. Shah dan rakan-rakannya akan bertemu mereka di situ.

Pak Mat yang kebetulan berada di situ menyapa gadis-gadis yang sedang berdiri menghadap ke rumah yang terbakar beberapa bulan lepas.

“Rumah ni terbakar 4 bulan lepas... Pak cik ingat lagi macam mana arwah-arwah menjerit mintak tolong tapi kami tak dapat buat apa-apa. Api menjulang tinggi, sekejap je rumah ni kena jilat api..”

Damia, Saloma dan Syafa mengangguk-angguk. Menarik juga cerita pak cik ini. Mesti dia pernah berada di sini ketika kebakaran tersebut berlaku.

“Semoga roh-roh arwah Shah, Fadley dan Hakimie tenang di sana….” Sambung orang tua itu lagi.

Ketiga-tiganya tersentak. Mata mereka terbeliak. Peluh dingin laju mengalir membasahi baju. Shah, Fadley dan Hakimie rupanya…..

YA ALLAH!

TAMAT

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.