🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

CHAPTER 17 Bunyi alarm nyaring di tepi telinganya buatkan ada | Cerpen By Me🥀☕️

CHAPTER 17

Bunyi alarm nyaring di tepi telinganya buatkan adam membuka kelopak matanya. Perkara pertama yang menjamu matanya ialah wajah dhia di hadapannya yang lena. Wajah polo itu kemerahan kerana suhu badannya yang naik.

Haih.. Macam manalah isteri mudanya ini boleh demam. Terlampau banyak buat kerja agaknya.

Adam meraup rambut dhia yang jatuh atas wajah ke belakang kepala. Kedudukan kepala dhia atas lengannya juga dibetulkan. Bibirnya mengucup dahi dhia. Terasa hangat.

Kedudukan dhia yang kecil di dalam pelukannya buatkan adam seakan tidak mahu menolak selimut. Rasa nak sambung tidur lagi. Dengan dhia di dalam dakapannya.

Adam mengatup matanya. Dhia tengah demam takkan dia nak pergi kerja juga. Tapi dia memang tak dapat cuti hari ini. Dia ada mesyuarat pula pada hari ini.

“Hai..tak boleh leka ini. Mahu aku terlajak tidur.”

Adam menolak perlahan tubuh dhia. Tangannya dibawah kepala dhia di tarik perlahan-lahan. Tak mahu dhia terus terjaga.

Mungkin terasa sebelahnya kosong, dhia merengek kecil. Matanya terus terbuka.

“Abang nak ke mana?” soalnya perlahan. Masih mamai.

“Abang nak siaplah pergi kerja. Dhia tidur ya? Dhia tak sihat ni. Nanti abang hantar dhia pergi rumah emak.” Ujar adam. Tangannya mengelus dahi dhia. Panas.

“Kerja?!”

Saat di mana adam sudah bersila di atas katil, dhia mengambil kesempatan untuk bangun dan duduk di pangkuan adam. Wajahnya di sembam ke ceruk leher adam. Automatik adam mengusap rambut ikal mayang hitam milik dhia.
Hembusan nafas dhia terasa berat dan hangat.

“Dhia tak nak abang pergi kerja. Dhia nak abang je.” Rengek dhia.

Tak kisahlah orang nak kata dia gedik ke apa tapi memang dia nak adam aja sekarang ni.

“Mana boleh. Abang kena kerja,cari nafkah untuk keluarga kita juga. Dhia tinggal kat rumah emak ya?”pujuk adam

Kalau dhia berkeras lagi memang tak pergi kerjalah dia jawabnya.

“Tak nak!! Dhia nak abang juga!!” dhia mencebik. Kedua belah tangannya direhatkan atas bahu adam.

“Dhia janganlah macam ni. Dhia duduk rumah emak eh? Abang risau kalau dhia seorang diri di rumah. Lepas kerja abang terus ambil dhia.” Adam tak berputus asa pujuk dhia.

“Tak nak..!”

“Kalau macam tu, abang tak nak lah kawan dengan dhia.”

Dhia tersentak. Pantas kepalanya diangkat memandang wajah adam yang seinci daripada wajahnya. Air matanya sudah bergenang.

“Mana boleh.”

“Boleh. Siapa suruh dhia degil sangat tak nak dengar cakap abang.” Adam mengacah untuk meletakkan tubuh dhia ke atas katil semula. Namun dhia mengeraskan tubuhnya.

“Okay,dhia pergi rumah emak.” Dhia mengalah juga. Wajahnya disembam ke bahu adam semula.

Berat hatinya nak melepaskan adam kerja. Kalau boleh 24jam dia nak berkepit dengan adam.

“Good girl.” Adam mengucup bahu dhia. Terasa hangat sangat tubuh itu. Lepas mengucup dia merehatkan wajahnya atas bahu dhia. Haruman isterinya diambil.

“Dhia ini goda abang betullah.” Ucap adam. Dhia tertawa kecil tetapi masih lemah. Sakit kepalanya kembali menyerang.

“Mana ada.. abang yang senang tergoda. Dhia tak buat apa pun.” Balas dhia.

“Yelah.. salah abang.” Adam terus mencium bahu dhia lama kemudian naik ke ceruk leher.
Dhia tertawa geli.

“Bila abang nak siap?”

“ Nak siaplah ni. Nak mood sekejap.” Adam menyambung mencium dhia.

Dhia membiarkan sahaja.

: @CerpenByMe