🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Cerpen By Me🥀☕️

Logo of telegram channel cerpenbyme — Cerpen By Me🥀☕️ C
Logo of telegram channel cerpenbyme — Cerpen By Me🥀☕️
Channel address: @cerpenbyme
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 1.56K
Description from channel

Cerpen by 𝑳𝒂𝒏𝒂 𝑨𝒍𝒂𝒂𝒓𝒂 🥀☕
"𝗉𝗂𝗅𝗂𝗁 𝗃𝖺𝗅𝖺𝗇 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝗆𝖾𝗇𝖾𝗇𝖺𝗇𝗀𝗄𝖺𝗇 𝗌𝖾𝗄𝖾𝗉𝗂𝗇𝗀 𝗁𝖺𝗍𝗂"

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

1


The latest Messages

2022-07-15 07:15:41 𝘴𝘪𝘭𝘢 𝘷𝘰𝘵𝘦 𝘨𝘶𝘺𝘴. 𝘚𝘦𝘵𝘢𝘬𝘢𝘵 20 𝘦𝘱𝘪𝘴𝘰𝘥 𝘯𝘪, 𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘱𝘢 𝘪𝘪 𝘺𝘨 𝘬𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘯𝘬 𝘬𝘰𝘮𝘦𝘯 𝘹?

𝘑𝘪𝘬𝘢 𝘢𝘥𝘢, 𝘴𝘪𝘭𝘢𝘬𝘢𝘯. 𝘚𝘺𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘣𝘢𝘪𝘬𝘪 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘶𝘳𝘢𝘯𝘨

𝖳𝖰, 𝗌𝗎𝗉𝗉𝗈𝗋𝗍 𝗆𝗒 𝖼𝗁𝖺𝗇𝗇𝖾𝗅.

𝗅𝗈𝗍𝗌 𝗈𝖿 𝗅𝗈𝗏𝖾,
-𝓁𝒶𝓃𝒶𝒜𝓁𝒶𝒶𝓇𝒶-
580 views04:15
Open / Comment
2022-07-14 20:40:44 CHAPTER 20

"Nanti dhia tanya suami dhia dulu . boleh?"

"Haa okay-okay. Kalau suami dhia bagi,dhia ikut."

Talian terus dimatikan. Kemudian dia berlari anak keluar daripada kamar mereka. kepalanya terteleng ke kiri dan kanan mencari figura adam. Lepas sahaja solat subuh, adam terus keluar daripada bilik.

"Abang?" dhia ke ruang tamu. Dilihat adam tersengih memandang skrin telefon yang sudah gelap.

Apa kena itu?

Sedar akan kehadiran dhia, adam mematikan sengihannya. Keningnya diangkat pada dhia.

"Kenapa abang sengih sambil pandang telefon tu?" soal dhia musykil. Macam gaya orang tengah dilamun cinta aja.

"Err... tak ada apa-apa. Kenapa cari abang?"

Dhia terus duduk disisi adam, Tapak tangan adam terus ditarik dan disatukan dengan tapak tangannya yang kecil. Belakang telapak tangan adam diusap.

"Abang.. kalau dhia nak keluar dengan kawan dhia boleh tak?" pinta dhia. Anak matanya terus memanah ke wajah adam.

"Hmm.. bila? kat mana? dengan siapa?" terus adam bertanya.

'Tengahari nanti. Dalam pukul 1 petang. Tak jauh pun dekat ioi mall je. Dhia keluar dengan kawan masa sekolah dhia." balas dhia.

Telapak tangan adam dalam genggamannya terus dibawa ke pipi sambil menunggu jawapan daripada adam.

"Kawan lelaki ke perempuan?"

"Semua kawan perempuan. Empat orang. Ala... yang namanya dila, aini, erin dengan haifa. Dhia pernah kenalkan dekat abang masa majlis kahwin kita hari itu." dhia memberitahu dengan terperinci.

Adam mengangguk.

"Pergilah. Tapi pastikan balik sebelum malam. Kalau boleh sebelum pukul 6 petang. Okay?"

Dhia sudah tersengih teruja. Dengan pantas dhia mengucup pipi adam lama dengan sengihan yang lebar. Kucupan dilepaskan.

"Terima kasih!!! Sayang abang ketat-ketat!!!"

"Alah sebab kasi keluar aja yang sayang." sengaja adam bertutur seakan berjauh hati. Dhia mencebik.

"Mana ada!! dhia sayang abang selalu tau. Tak pernah kurang tetapi makin bertambah setiap hari."

Adam tersenyum mendengar pengakuan dhia. Tapak tangan dhia dalam genggamannya diusap perlahan.

"Yeke? Habistu tergamaknya dhia nak tinggalkan abang sorang kat rumah ini."

"Habistu takkan abang nak ikut girl day out pula?"

"Hmm.. Kesian abang. Tiba-tiba rasa tak nak dhia pergi. Duduk rumah je layan abang ni haaa.." muncul perangai manja adam ni. Kadang-kadang mengalahkan dhia yang muda ni.

"Abang jangan nak mengada -ngada. Abang dah bagi permission."

"Yela...yela... Dhia pergilah. Before that abang nak hadiah."

Terkelip-kelip mata adam memandang dhia. Dhia yang berwajah innocent memandang adam dengan persoalan. Hadiah apa?

Dia bukan ada duit nak beli adam hadiah pun.

'Abang nak apa?"

"Abang nak..." adam mengetuk dagunya kemudian memandang dhia atas dan bawah. Kemudian terhenti ditengah-tengah . Dhia juga jatuh pada pandangan adam berlabuh.

Matanya membulat. Pantas dadanya ditutup dengan gelabah.

"Abang!!"

"Alaaa... bukan dosa pun. Nak pergi ke tak?" sengaja adam mengugut.

Wajah dhia tak usah cakaplah. Merah kemain. Orang tua pervert betul. Nasib suami.

"Hmm yelah."

"Hehe... sayang dhia abang ni."


: @CerpenByMe
590 views17:40
Open / Comment
2022-07-14 19:51:45 CHAPTER 19

"Okay dah sampai".

Adam menarik handbreak kereta setelah kereta parkir di dalam garaj. Dhia menanggalkan tali pinggang keledar dengan segera.

Pintu kereta bahagian penumpang dhia dibuka adam. Tangannya dihulur pada dhia. Dengan senyuman dhia sambut. Berdiri sahaja dhia hadapan adam, adam menekap belakang telapak tangan di dahi dhia.

"Tak demam dah?" soal adam.

"Dah kebah sikit lepas makan ubat yang mak kasi." balas dhia.

Adam tersenyum lega. Terus bibirnya mengucup dahi dhia.

"Dah jom masuk." Adam menarik lengan dhia.

Dhia menahan. Bibirya dimuncungkan pada adam.

"Kenapa ni?" tangan dibawa mengusap kepala dhia seakan anak kecil.

"Nak dukung?" pinta dhia.

Tanpa banyak bicara,adam terus mendukung dhia persis bayi kecil. Tubuh kecil dhia di gendong hadapan. Untuk mengelak jatuh,dhia memeluk leher adam. Kemudian kepalanya diletak ke ceruk leher adam.

Dhia terseyum kecil dibalik leher adam. Kedudukan yang rapat ini dapat dia rasakan degupan jantung adam dan dirinya kencang dan selari. Betul kata nenek tijah, bercinta lepas nikah itu indah.

"Senyap je sayang? fikir apa?" sambil mengendong , adam membawa tubuh dhia ke muka pintu.

Tombol pintu dipulas.

"Tak. tak ada apa-apa." balas dhia.

"Cuma .... dhia rindu dengan abang je?" sambung dhia lagi.

Tersenyum adam mendengar. Seakan terasa penat kerjanya terbang terus daripada bahu. Makin bertenaga dia mengendong tubuh dhia.

"Abang pun rindu dhia juga."

Pantas dua ulas bibir milik adam berlabuh di pipi dhia. Berbahang pipi dhia menahan malu, tapi dia suka.

Kemudian adam yang mengendong dhia masuk ke dalam bilik mereka. Perlahan tubuh dhia diletak atas katil. Dhia yang entah apa angin dia datang pula miangnya menarik tubuh adam sehingga menindih dirinya.

Adam menahan dengan kedua tangannya di sisi tubuh dhia agar tak terus menindih.

"Nakalnya dia." adam tersengih nakal.

"Mana ada." balas dhia.

Hidung mereka bertemu. Di dalam jarak yang dekat dhia dan adam saling bertatapan lama mengalirkan rasa kasih sayang dan cinta kepada antara satu sama lain.

Mungkin pada adam, dhia cinta keduanya tetapi dia berjanji dhia adalah cinta terakhirnya dan selamanya.

Adam menjatuhkan bibirnya atas pipi dhia.

"Abang ni hensemlah. Macam manalah dhia tak cair." puji dhia.

Ciuman adam dibalas pada dagu adam, Itu sahaja tempat terdekat.

"Dhia pun cantik. Macam manalah abang nak lupa." balas adam.

Dhia tertawa kecil. Dhia melarikan jari telunjuknya di tepi dahi adam. Jari telunjuknya melukis -lukis di situ sebelum jatuh ke tulang pipi. Setiap pergerakan jari nakal dhia diperhatikan adam.

Akhirnya jari itu berhenti dibelahan dagu adam. Jari jemari kecil itu menarik dagu adam perlahan-lahan mendekatkan dua ulas bibir adam dengan bibirnya.

Adam suah memejam mata menanti bibir manis dhia. Begitu juga dhia.

Tenenet..... tenenet....

Caller ringtone teelfon adam mematikan pergerakan dhia. Bibir sudah bertemu namun kaku.Adam terus menjauhkan wajahya dengan dhia. Sebelah tangannya mengeluarkan telefon bimbit dalam poket seluarnya.

Dhia sudah mencebik. Dalam hati dah berbakul sumpah dia beri pada si penggangu.

"Errr... Dhia... abang angkat call kejap eh?" soal adam . Wajah masam dhia dibawahnya dipandang.

"Hmm.... Pergilah"

"Okay">

Adam bangun daripada menindih tubuh dhia. kakinya terus bergerak ke luar kamar mereka, Dhia sudah menumbuk tilam saat melihat tubuh adam menghilang.

Geramnya!!!

"Ala... siapa yang ganggu tu? memang nak kena bertullah." rungut dhia.

entah-entah kak ayana

Pantas dhia mengangkat tubuhnya. Kerana rasa sakit hati yang tak tenteram dan dicampuri rasa cemburu , dhia mengintip suaminya yang sedang berbual dengan telefon di ruang tamu.

Adam ketawa harmoni dengan senyuman terhias di bibirnya.

Dhia mengemam bibir. Siapa yang membuat panggilan dengan suaminya pada waktu malam ini?


: @CerpenByMe
485 views16:51
Open / Comment
2022-07-12 08:46:57 CHAPTER 18

"Dhia."

Dhia yang sedang berselubung dalam selimut menjengukkan kepalanya. Sengihan lemah ditarik buat si ibu mentua. Puan Raudhah meletakkan semangkuk bubur ayam atas meja kopi.

Semenjak adam hantar dhia pagi tadi sampailah dah ke petang, dhia hanya berehat di ruang tamu dengan berselubung dalam selimut. Cuma kalau nak ke tandas dan mandi saja di gagahkan juga.

Selebihnya duduk di ruang tamu.

"Dhia nak makan?" soal puan raudhah.

Dhia mengelengkan kepala. Tekaknya memang tak boleh nak terima makanan. Kalau air boleh lah. Seleranya sudah terbang bersama-sama adam yang sedang bekerja di pejabat. Ceh.. mengada.

Puan raudhah meletakkan belakang tapak tangannya atas dahi dhia. Sudah suam -suam. Demam dhia pun nampak macam dah kebah sedkit. Puan raudhah duduk disebelah dhia.

"Macam mana dhia boleh demam ini?" penat buat kerja ke penat lain ni?" soal puan raudhah diselit sedikit nada nakal dihujung.

Dhia pantas mengeleng kepala. Kepalanya kembali di selubung dengan selimut.

"Mana ada , emak. dhia penat buat kerja rumah je." balas dhia jujur.

"Yeke? Ke sebab dah ada isi dalam ini?" Tapak tangan dibawa ke perut leper dhia. dhia tersentak.

"Eh tak adalah!!" pantas dhia menafikan.

Melihatkan kekalutan menantu mudanya, puan raudhah ketawa. Tangannya mengusap kepala dhia. Rambut hitam pekat yang terlucut selimut itu diusapnya.

Kalau dulu dia mahu anak perempuan selepas adam. Namun rezeki milik Allah. Selepas dia lahirkan adam, dia tidak mampu melahirkan zuriat lgi. Hanya adam lah satu-satunya anak yang dia ada.

Mungkin sudah tercatat takdir Tuhan dia hanya ada menantu perempuan. Tak kisahlah. Dhia pun dia sudah anggap seperti anak sendiri.

Dhia menyandarkan tubuhnya di sofa. Selesa dengan usapan yan diberi puan raudhah . Sedikit demi sedikit hatinya tergamit denagn kenangan bersama arwah ibunya. Senyuman hambar terukir di bibirya.

"Seminggu lepas nikah ni, adam layan dhia baik tak?" soal puan raudhah.

"Baik, mak. Sangat baik." balas dhia. seraya tersenyum kecil. Mengingatkan setiap layanan adam padanya buatkan dia sering jatuh cinta.

Tak salahkan jatuh cinta pada suami sendiri.?

"Lega mak dengar. bukan apa lepas je adam berpisah dengan bekas kekasihnya, dia langsung beku dengan perempuan. Itu yang dia suruh mak carikan calon isteri dia."

Bekas kekasih? adam ada ex? Terus dhia menegakkan tubuhnya.

"Hmm.... abang pernah bercinta ke?" soal dhia.

Puan raudhah mengangguk. Rasanya dhia berhak tahu. Dhia kan isteri adam juga.

"Pernah. Dengan seorang perempuan yang namanya ayana. " dhia tersentak mendengar balasan puan raudhah.

Kak ayana? bekas kekasih adam? Kenapa dhia rasa tertipu sangat ni. Sedikit demi sedikit hatinya menggelegak panas. Panas dengan bara cemburu.

Fikirannya berputar pada kejadian tempoh hari di mana adam membawa ayana ke rumah mereka. Setiap layanan dan gelak tawa adam kepada ayana berlegar dalam mindanya.

Tak syak lagi macam mana ayana boleh tahu sisi diri suaminya.

"Budak itu baik, sopan, muka pun cantik. Tapi tulah jodoh mereka tak panjang. Ibu ayana dah jodohkan ayana dengan seorang lelaki kenalan ibunya. Nak tak nak adam terpaksa lepaskan ayana. Beberapa bulan jugalah adam makan hati. Susah katanya nak move on." puan raudhah terus bercerita tanpa menyedari riak masam dhia."Mak pun dah anggap ayana itu macam anak mak sendiri."

'Berapa lama diorang bercinta, mak?" soal dhia lagi.

"Lama jugalah... daripada universiti lagi."

Lamanya.. dhia mula tak keruan. Tak mustahil cinta yang adam cuba tanamkan boleh muncul kembali. Lagipun layanan adam pada ayana sangat istimewa.

Dhia mula rasakan ayana saingannya walaupun dia sudah menjadi isteri sah adam, Boleh je kalau adam memadukannya. Boleh je kalau adam menceraikannya dan mengahwini ayana. Boleh je ayana meminta cerai dari suaminya untuk bersama dengan adam,

Ahhhhhh!!!!! ini rasa makin pening. Nenek... Dhia sakit hati ni..


: @CerpenByMe
392 views05:46
Open / Comment
2022-07-12 08:08:04 CHAPTER 17

Bunyi alarm nyaring di tepi telinganya buatkan adam membuka kelopak matanya. Perkara pertama yang menjamu matanya ialah wajah dhia di hadapannya yang lena. Wajah polo itu kemerahan kerana suhu badannya yang naik.

Haih.. Macam manalah isteri mudanya ini boleh demam. Terlampau banyak buat kerja agaknya.

Adam meraup rambut dhia yang jatuh atas wajah ke belakang kepala. Kedudukan kepala dhia atas lengannya juga dibetulkan. Bibirnya mengucup dahi dhia. Terasa hangat.

Kedudukan dhia yang kecil di dalam pelukannya buatkan adam seakan tidak mahu menolak selimut. Rasa nak sambung tidur lagi. Dengan dhia di dalam dakapannya.

Adam mengatup matanya. Dhia tengah demam takkan dia nak pergi kerja juga. Tapi dia memang tak dapat cuti hari ini. Dia ada mesyuarat pula pada hari ini.

“Hai..tak boleh leka ini. Mahu aku terlajak tidur.”

Adam menolak perlahan tubuh dhia. Tangannya dibawah kepala dhia di tarik perlahan-lahan. Tak mahu dhia terus terjaga.

Mungkin terasa sebelahnya kosong, dhia merengek kecil. Matanya terus terbuka.

“Abang nak ke mana?” soalnya perlahan. Masih mamai.

“Abang nak siaplah pergi kerja. Dhia tidur ya? Dhia tak sihat ni. Nanti abang hantar dhia pergi rumah emak.” Ujar adam. Tangannya mengelus dahi dhia. Panas.

“Kerja?!”

Saat di mana adam sudah bersila di atas katil, dhia mengambil kesempatan untuk bangun dan duduk di pangkuan adam. Wajahnya di sembam ke ceruk leher adam. Automatik adam mengusap rambut ikal mayang hitam milik dhia.
Hembusan nafas dhia terasa berat dan hangat.

“Dhia tak nak abang pergi kerja. Dhia nak abang je.” Rengek dhia.

Tak kisahlah orang nak kata dia gedik ke apa tapi memang dia nak adam aja sekarang ni.

“Mana boleh. Abang kena kerja,cari nafkah untuk keluarga kita juga. Dhia tinggal kat rumah emak ya?”pujuk adam

Kalau dhia berkeras lagi memang tak pergi kerjalah dia jawabnya.

“Tak nak!! Dhia nak abang juga!!” dhia mencebik. Kedua belah tangannya direhatkan atas bahu adam.

“Dhia janganlah macam ni. Dhia duduk rumah emak eh? Abang risau kalau dhia seorang diri di rumah. Lepas kerja abang terus ambil dhia.” Adam tak berputus asa pujuk dhia.

“Tak nak..!”

“Kalau macam tu, abang tak nak lah kawan dengan dhia.”

Dhia tersentak. Pantas kepalanya diangkat memandang wajah adam yang seinci daripada wajahnya. Air matanya sudah bergenang.

“Mana boleh.”

“Boleh. Siapa suruh dhia degil sangat tak nak dengar cakap abang.” Adam mengacah untuk meletakkan tubuh dhia ke atas katil semula. Namun dhia mengeraskan tubuhnya.

“Okay,dhia pergi rumah emak.” Dhia mengalah juga. Wajahnya disembam ke bahu adam semula.

Berat hatinya nak melepaskan adam kerja. Kalau boleh 24jam dia nak berkepit dengan adam.

“Good girl.” Adam mengucup bahu dhia. Terasa hangat sangat tubuh itu. Lepas mengucup dia merehatkan wajahnya atas bahu dhia. Haruman isterinya diambil.

“Dhia ini goda abang betullah.” Ucap adam. Dhia tertawa kecil tetapi masih lemah. Sakit kepalanya kembali menyerang.

“Mana ada.. abang yang senang tergoda. Dhia tak buat apa pun.” Balas dhia.

“Yelah.. salah abang.” Adam terus mencium bahu dhia lama kemudian naik ke ceruk leher.
Dhia tertawa geli.

“Bila abang nak siap?”

“ Nak siaplah ni. Nak mood sekejap.” Adam menyambung mencium dhia.

Dhia membiarkan sahaja.

: @CerpenByMe
322 views05:08
Open / Comment
2022-07-12 04:00:04 ۪۫ ଗ ᨳ ilyαnα αrissα ₎ა

ᯤ‌ ⋆ pick y✿ur fαvᨵυrιtᧉ !۪ 𓄳۪ ˵ ִ ۪۫
꒰ by @tiseyypromo ૮ ˶• 0 •˵ ა

ぃ t.me/flofwy
꒰ mαny αrtistic wαllpαper here ! ⩉

ぃ @cloudyybook
꒰ feel free to reαd ⩉

ぃ @unsaidlove
꒰ the moon beαutiful isn' t ⩉

ぃ @islamicgarden
꒰ don't be sαd, Allαh with us ⩉

ぃ @quotesmutiaraislamic
꒰ penα si budαk pendosα ⩉

ぃ @soundstudy
꒰ study hαrd to αchieve your
tαrget ⩉

ぃ @cerpenbyme
꒰ cerpen by Lαnα Alααrα ⩉

ぃ @NovelByHana
꒰ romαntic novel ⩉

━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━
delete αfter 4 hours
━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━

✧ 4OO- 65O subscribers

ꤠ stαtus ⨾ ꒰ 6 piee left ꒱
— @asptlk_bot

- `, cutiee todαy ٩۶
306 views01:00
Open / Comment
2022-07-11 06:58:53 𝘕𝘢𝘬 𝘴𝘢𝘮𝘣𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬?

𝘮𝘢𝘬𝘪𝘯 𝘴𝘶𝘴𝘱𝘦𝘯 𝘬𝘢𝘯? 𝘏𝘢𝘳𝘢𝘱 𝘋𝘩𝘪𝘢 𝘮𝘢𝘬𝘪𝘯 𝘵𝘢𝘣𝘢𝘩!!

-𝓁𝒶𝓃𝒶𝒜𝓁𝒶𝒶𝓇𝒶-
294 views03:58
Open / Comment
2022-07-10 08:45:04 Adam membalas pelukan dhia. tubuh kecil itu terasa hangat yang luar biasa. Isterinya demam ke?

"Abang... cakaplah sesuatu.." dhia melepaskan pelukan.

Tangannya yang berada di pinggang adam naik ke kedua belah pipi adam. Wajah adam dipagut agar memandang wajahnya.

Akhirnya adam tersenyum kecil. Tak sanggup dia nak marahkan dhia lama-lama. Lagipun dhia dalam keadaan demam. tak tergamak pula dia nak memaksa dhia mcm tu.

"yelah, abang maafkan. dhia jangan nangis lagi ya?" adam mengusap air mata dhia.

Bertambah-tambah laju air mata dhia turun. adam menarik wajah dhia ke bibirnya dan kedua belah kelopak mata dhia dikucupnya penuh kasih.

Dhia terpejam mata merasai sentuhan kasih sayang daripada adam. Tangannya terus memeluk leher adam. Tubuhnya pula dirapatkan lagi dengan adam agar tiada seinci ruang angin pun antara mereka.

Kucupan adam beralih ke pucuk hidung dhia yang memerah dan kemudian ke dua ulas bibir merah delima itu. Tapak tangan adam mula mnurun ke pinggang kecil dhia. Tubuh kecil itu dipeluknya.

: @CerpenByMe
397 views05:45
Open / Comment
2022-07-10 08:44:16 CHAPTER 16

Dhia merebahkan badannya atas katil perlahan-lahan. Kepalanya terasa berdenyut-denyut dan pusing. Lepas sahaja dia habis menyusun baju yang dilipatnya dalam almari, dhia mengambil keputusan untuk berehat.

Dia dah tak mampu nak menunggu kepulangan adam dari kerja. Biasanya, kalau adam balik, adam akan terus mandi dan tidur. tak ada pula minta makan.

Dhia meletakkan belakang tapak tangannya atas dahi. Terasa berbahang. Patutlah dia berasa tak sedap badan. Nak demam rupanya.

Bunyi kereta yang berhenti di garaj buatkan dhia tersedar. Namun badannya yang lesu tak mampu nak menyambut kepulangan suami tercinta.

Tak pelah mungkin adam akan faham kondisi tubuhnya yang lemah ini.

Dhia mengatup matanya. Tangannya direhatkan atas dahi. Peluh sejuk mula bermanik di wajah dan lehernya.

"tak masak ke malam ini? abang lapar". soalan pertam adam sudah buat dhia tersentak.

Pantas dhia mengangkat tangan atas dahinya. Wajah ketat dan tegang adam ditenung.

"Abang bukan tak makan malam ke?"soal dhia semula. tindakan adam seterunya buatkan dhia sesak nafas.

Adam merengus. Merengus. Pertama kali dhia nampak wajah adam yang seakannak marah je.

"Abang nak makan nasi."ujar adam. Tali lehernya dirungkai dengan kasar dan dicampakkan ke dalam bakul pakaian kotor.

"Tapi... dhia tak masak. Lagipun abang..."

"Tak masak? Habistu dhia duduk rumah dhia buat apa? Goyang kaki je macam bos?" ujar adam dengan sarkastik dan menuduh melulu.

Dhia terkedu,tergamam. Adam nampak benar-benar berang dan buatkan dhia takut untuk bertentang mata. Pantas tubuhnya ditegakkan.

Nasib baik adam sedang membelakanginya. Suaminya itu sedang membuka kemejanya dan meninggalkan singlet putih di tubuh.

"Tapi abang selalu tak-"

"Abang tak nak dengar suara dhia lagi."

Bam!!!!

Kepalanya bertambah pening.

Jadi dia nak masak ke malam ini? Tapi dia memang dah tak larat.Kepalanya memberat sahaja. Dhia meniarap atas katil.

Kepalanya yang pening diketuk-ketuk. Nak masak ke tak nak? Tapi adam dah marah tu. Mestilah dia kena masakkan.

Makan nasi? malam-malam macam ini? Buang tabiat apa...

Dhia gagahkan juga dirinya. Dinding-dinding dipaut sehingga ke muka pintu bilik. BAru sahaja tapak tangan berlabuh ditombol pintu kedengaran bunyi bilik air dibuka.

"Nak pergi mana pula tu?" soal adam keras. Dia hanya bertuala di pingggan sahaja. Tubuh dan rambutnya basah.

"Nak masaklah.... abang nak makan?"

"tak payah. Abang tak nak makan. dhia kan suka abang kelaparan." adam menyinis lagi.

Almari didekati dan baju serta kain pelikat diambil. Dhia mash kaku di muka pintu. Nak masak ke tak nak. Takkanlah pula dia nak biarkan adam kelaparan. Tapi... adam tak nak makan.

Setelah siap memakai baju, adam merebahkan tubuhnya atas katil. Tubuhnya mengiring membelakangi dhia. Dhia menggigit bibirnya bersalah.

"abang..."dhia mendekati adam.

Dia kena pujuk adam ii. Kalau tak malam ini mungkin dia tak dapat pelukan adam lagi macam selalu. Memikirkan itu, habislah dia tak lena malam ini.

Adam masih membatukan diri. Sedikit pun tak terkesan dengan kehadiran dhia di sisi katil.dhia mencebik bibir menahan tangisan.

Dia tak suka adam marahnya.

"abang, dhia minta maaf . dhia tak kan ulang perangai dhia macam ni lagi. Lepas ini dhia akan masakkan untuk abang..." suaranya sebak.

Adam masih kaku.

"Abang...!! dhia mula menggoncang tubuh adam.

Adam tetap mengeraskan badan. Kerana geram tiada respon daripada adam, dhia membuat tindakan drastik menindih tubuh adam.

Adam pantas membuka matanya saat terasa tubuh dhia berlabuh atas perutnya. Dhia menekan bahu adam agar suaminya tak beralih mana-mana.

"Abang... dhia minta maaf!!!" ujar dhia bersungguh-sungguh.

"Abang..."dhia mencebikkan bibirnya dan bibirnya terluah tangisan kecil. Adam pantas menegakkan tubuhnya.

Dhia pantas melingkarkan tangannya ke tubuh adam. Kepalanya diletakkan ke ceruk leher adam. Dia tak suka kalau adam membekukan wajahnya.

"Dhi..dhia tahu dhia salah. dhia minta maaf. dhi..dhia tak nak jd isteri derhaka utk abang.. Abang, dhia minta ma..maaf." tersedu -sedan dhia meluahkan rasa hatinya.
373 views05:44
Open / Comment
2022-07-10 07:58:59 CHAPTER 15

"Terima kasih, adam." ucap ayana sambil menundukkan kepalanya. Dia banyak terhutang budi dengan adam.

"Sama-sama. Dah memang tanggungjawab kawan saling membantu kan?" balas adam.

Ayana sudah memegang tombol pintu keretanya namun terhenti saat terpandang sekilas dhia yang mencuka didalam kereta. Pantas adam yang hampir mahu beredar ditahannya.

"Adam, ayana rasa ayana serba salah pula dengan dhia." ujar ayana.

"kenapa?"

"Hmm ayana rasa dhia mesti cemburu melihat kemesraan kita ini. Ayana perasan wajah dhia masam sahaja. Ayana perempuan, jadi ayana tahu." ujar ayana.

Mendengarkan itu, adam menoleh pada dhia. Dhia hanya memalingkan wajahnya ke tingkap sebelahnya. Tersimpul senyuman adam.

"cemburu?"

"yelah, dhia mesti sayang adam, kalau ayana pun tengok suami ayana berbual dengan perempuan lain pun ayana marah dan cemburu. Cemburu kan tandanya sayang."

Adam hanya tersenyum sahaja.

"Ayana minta diri dulu. Sampaikan salam maaf ayana pada dhia. Adam pun nanti pujuklah dhia. Mesti dia sedih tu."

Ayana sudah memboloskan dirinya dalam kereta. Adam mengangguk.

HIlang bayang kereta ayana. Adam pun masuk ke dalam kereta. Masuk-masuk sahaja sudah terasa aura negatif dalamnya. Matanya mengerling dhia yang hanya membisu di sebelahnya.

"Dhia," panggil adam.

Dhia tak membalas. Hanya membatukan diri.

Sah!! Sah isterinya ,merajuk.

############


Sesampai sahaja dirumah, dhia terus masuk ke dalam rumah tanpa sempat menunggu adam. Kakinya terus menghala ke dalam bilik mereka. Adam dibiarkan seorang diri di luar.

Adam siap mengunci pintu terus menghalakan kakinya ke bilik. Masuk sahaja bilik matanya mencari figura isteri mudanya.

Isterinya sedang berbaring mengiring membelakanginya diatas katil. Tudung sudah dibuka membiarkan rambut ikal mayang itu bebas. Adam mengambil tempat bersebelahan dhia.

"Dhia..."panggil adam lembut namun dhia tidak memberi respon.

"sayang... kenapa senyap aja ni?" adam menarik tubuh dhia agar menghadapnya. Nak tak nak dhia hanya menurut.

Mata yang terpejam terbuk dan berlawanan dengan panahan mata redup adam. Tak tahan dengan renungan yang mampu mencairkan hatinya pantas dhia mengatup rapat semula matanya.

"sayang kenapa ini? Marah abang ke sebab abang layan ayana?" soal adam lembut.

"Hmm... "dhia mengiyakan. adam menarik kepala dhia berlabuh di dadanya.

"sayang cemburu?"

"Hmm.."

Alahai ... comel aja isterinya ini.

"sayang tak suka?"

"Hmm...." dhia membalas lagi

"Abang janganlah tak hiraukan dhia lagi macam tadi. Dhia sedih. Abang macam dah tak nak kawan dgn dhia lagi." dhia meluahkan is hatinya.

Adam mengucup ubun-ubun dhia. Kesian isterinya ini makan hati.

"Abang minta maaf okay?"

"Lain kali jangan buat, dhia tak suka." dhia berkata dengan nada perlahan.

Wajahnya dirapatkan ke dada adam. Haruman tubuh adam diambil. Adam memeluk dhia rapat. Beberapa kali juga pipi isterinya dikucup.

"Dhia tidur ya? selamat malam." ucap adam.

"selamat malam juga abang."

Adam mula membacakan selawat bagi mendodoikan dhia. Dhia tersenyum suka. Suka dimanjakan oleh suaminya seperti ini.

: @CerpenByMe
290 views04:58
Open / Comment