🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

CHAPTER 15 'Terima kasih, adam.' ucap ayana sambil menundukka | Cerpen By Me🥀☕️

CHAPTER 15

"Terima kasih, adam." ucap ayana sambil menundukkan kepalanya. Dia banyak terhutang budi dengan adam.

"Sama-sama. Dah memang tanggungjawab kawan saling membantu kan?" balas adam.

Ayana sudah memegang tombol pintu keretanya namun terhenti saat terpandang sekilas dhia yang mencuka didalam kereta. Pantas adam yang hampir mahu beredar ditahannya.

"Adam, ayana rasa ayana serba salah pula dengan dhia." ujar ayana.

"kenapa?"

"Hmm ayana rasa dhia mesti cemburu melihat kemesraan kita ini. Ayana perasan wajah dhia masam sahaja. Ayana perempuan, jadi ayana tahu." ujar ayana.

Mendengarkan itu, adam menoleh pada dhia. Dhia hanya memalingkan wajahnya ke tingkap sebelahnya. Tersimpul senyuman adam.

"cemburu?"

"yelah, dhia mesti sayang adam, kalau ayana pun tengok suami ayana berbual dengan perempuan lain pun ayana marah dan cemburu. Cemburu kan tandanya sayang."

Adam hanya tersenyum sahaja.

"Ayana minta diri dulu. Sampaikan salam maaf ayana pada dhia. Adam pun nanti pujuklah dhia. Mesti dia sedih tu."

Ayana sudah memboloskan dirinya dalam kereta. Adam mengangguk.

HIlang bayang kereta ayana. Adam pun masuk ke dalam kereta. Masuk-masuk sahaja sudah terasa aura negatif dalamnya. Matanya mengerling dhia yang hanya membisu di sebelahnya.

"Dhia," panggil adam.

Dhia tak membalas. Hanya membatukan diri.

Sah!! Sah isterinya ,merajuk.

############


Sesampai sahaja dirumah, dhia terus masuk ke dalam rumah tanpa sempat menunggu adam. Kakinya terus menghala ke dalam bilik mereka. Adam dibiarkan seorang diri di luar.

Adam siap mengunci pintu terus menghalakan kakinya ke bilik. Masuk sahaja bilik matanya mencari figura isteri mudanya.

Isterinya sedang berbaring mengiring membelakanginya diatas katil. Tudung sudah dibuka membiarkan rambut ikal mayang itu bebas. Adam mengambil tempat bersebelahan dhia.

"Dhia..."panggil adam lembut namun dhia tidak memberi respon.

"sayang... kenapa senyap aja ni?" adam menarik tubuh dhia agar menghadapnya. Nak tak nak dhia hanya menurut.

Mata yang terpejam terbuk dan berlawanan dengan panahan mata redup adam. Tak tahan dengan renungan yang mampu mencairkan hatinya pantas dhia mengatup rapat semula matanya.

"sayang kenapa ini? Marah abang ke sebab abang layan ayana?" soal adam lembut.

"Hmm... "dhia mengiyakan. adam menarik kepala dhia berlabuh di dadanya.

"sayang cemburu?"

"Hmm.."

Alahai ... comel aja isterinya ini.

"sayang tak suka?"

"Hmm...." dhia membalas lagi

"Abang janganlah tak hiraukan dhia lagi macam tadi. Dhia sedih. Abang macam dah tak nak kawan dgn dhia lagi." dhia meluahkan is hatinya.

Adam mengucup ubun-ubun dhia. Kesian isterinya ini makan hati.

"Abang minta maaf okay?"

"Lain kali jangan buat, dhia tak suka." dhia berkata dengan nada perlahan.

Wajahnya dirapatkan ke dada adam. Haruman tubuh adam diambil. Adam memeluk dhia rapat. Beberapa kali juga pipi isterinya dikucup.

"Dhia tidur ya? selamat malam." ucap adam.

"selamat malam juga abang."

Adam mula membacakan selawat bagi mendodoikan dhia. Dhia tersenyum suka. Suka dimanjakan oleh suaminya seperti ini.

: @CerpenByMe