🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

CHAPTER 16 Dhia merebahkan badannya atas katil perlahan-lahan | Cerpen By Me🥀☕️

CHAPTER 16

Dhia merebahkan badannya atas katil perlahan-lahan. Kepalanya terasa berdenyut-denyut dan pusing. Lepas sahaja dia habis menyusun baju yang dilipatnya dalam almari, dhia mengambil keputusan untuk berehat.

Dia dah tak mampu nak menunggu kepulangan adam dari kerja. Biasanya, kalau adam balik, adam akan terus mandi dan tidur. tak ada pula minta makan.

Dhia meletakkan belakang tapak tangannya atas dahi. Terasa berbahang. Patutlah dia berasa tak sedap badan. Nak demam rupanya.

Bunyi kereta yang berhenti di garaj buatkan dhia tersedar. Namun badannya yang lesu tak mampu nak menyambut kepulangan suami tercinta.

Tak pelah mungkin adam akan faham kondisi tubuhnya yang lemah ini.

Dhia mengatup matanya. Tangannya direhatkan atas dahi. Peluh sejuk mula bermanik di wajah dan lehernya.

"tak masak ke malam ini? abang lapar". soalan pertam adam sudah buat dhia tersentak.

Pantas dhia mengangkat tangan atas dahinya. Wajah ketat dan tegang adam ditenung.

"Abang bukan tak makan malam ke?"soal dhia semula. tindakan adam seterunya buatkan dhia sesak nafas.

Adam merengus. Merengus. Pertama kali dhia nampak wajah adam yang seakannak marah je.

"Abang nak makan nasi."ujar adam. Tali lehernya dirungkai dengan kasar dan dicampakkan ke dalam bakul pakaian kotor.

"Tapi... dhia tak masak. Lagipun abang..."

"Tak masak? Habistu dhia duduk rumah dhia buat apa? Goyang kaki je macam bos?" ujar adam dengan sarkastik dan menuduh melulu.

Dhia terkedu,tergamam. Adam nampak benar-benar berang dan buatkan dhia takut untuk bertentang mata. Pantas tubuhnya ditegakkan.

Nasib baik adam sedang membelakanginya. Suaminya itu sedang membuka kemejanya dan meninggalkan singlet putih di tubuh.

"Tapi abang selalu tak-"

"Abang tak nak dengar suara dhia lagi."

Bam!!!!

Kepalanya bertambah pening.

Jadi dia nak masak ke malam ini? Tapi dia memang dah tak larat.Kepalanya memberat sahaja. Dhia meniarap atas katil.

Kepalanya yang pening diketuk-ketuk. Nak masak ke tak nak? Tapi adam dah marah tu. Mestilah dia kena masakkan.

Makan nasi? malam-malam macam ini? Buang tabiat apa...

Dhia gagahkan juga dirinya. Dinding-dinding dipaut sehingga ke muka pintu bilik. BAru sahaja tapak tangan berlabuh ditombol pintu kedengaran bunyi bilik air dibuka.

"Nak pergi mana pula tu?" soal adam keras. Dia hanya bertuala di pingggan sahaja. Tubuh dan rambutnya basah.

"Nak masaklah.... abang nak makan?"

"tak payah. Abang tak nak makan. dhia kan suka abang kelaparan." adam menyinis lagi.

Almari didekati dan baju serta kain pelikat diambil. Dhia mash kaku di muka pintu. Nak masak ke tak nak. Takkanlah pula dia nak biarkan adam kelaparan. Tapi... adam tak nak makan.

Setelah siap memakai baju, adam merebahkan tubuhnya atas katil. Tubuhnya mengiring membelakangi dhia. Dhia menggigit bibirnya bersalah.

"abang..."dhia mendekati adam.

Dia kena pujuk adam ii. Kalau tak malam ini mungkin dia tak dapat pelukan adam lagi macam selalu. Memikirkan itu, habislah dia tak lena malam ini.

Adam masih membatukan diri. Sedikit pun tak terkesan dengan kehadiran dhia di sisi katil.dhia mencebik bibir menahan tangisan.

Dia tak suka adam marahnya.

"abang, dhia minta maaf . dhia tak kan ulang perangai dhia macam ni lagi. Lepas ini dhia akan masakkan untuk abang..." suaranya sebak.

Adam masih kaku.

"Abang...!! dhia mula menggoncang tubuh adam.

Adam tetap mengeraskan badan. Kerana geram tiada respon daripada adam, dhia membuat tindakan drastik menindih tubuh adam.

Adam pantas membuka matanya saat terasa tubuh dhia berlabuh atas perutnya. Dhia menekan bahu adam agar suaminya tak beralih mana-mana.

"Abang... dhia minta maaf!!!" ujar dhia bersungguh-sungguh.

"Abang..."dhia mencebikkan bibirnya dan bibirnya terluah tangisan kecil. Adam pantas menegakkan tubuhnya.

Dhia pantas melingkarkan tangannya ke tubuh adam. Kepalanya diletakkan ke ceruk leher adam. Dia tak suka kalau adam membekukan wajahnya.

"Dhi..dhia tahu dhia salah. dhia minta maaf. dhi..dhia tak nak jd isteri derhaka utk abang.. Abang, dhia minta ma..maaf." tersedu -sedan dhia meluahkan rasa hatinya.