🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Tolong beri perhatian! Bila isteri tanya, bila isteri datang | DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

Tolong beri perhatian!

Bila isteri tanya, bila isteri datang nak meluahkan.

Tolong beri perhatian!

Ramai isteri yang takut nak luahkan perasaan mereka. Mereka bimbang takut diri mereka dimarah semula. Risau ada hati yang terluka.

Risau kalau luahannya itu merosakkan suasana dan dituduh jadi derhaka.

Risau kalau luahannya itu dianggap jahat dan tak pandai bersyukur.

Para suami semua,

Kita semua ini dilahirkan bijaksana. Kapasiti akal yang tinggi sehingga seharusnya boleh mengerti apa juga hal tersirat dibalik sebuah pertanyaan.

Dari nada dan suara isteri.
Dari kegagapan ketika isteri bercakap.
Dari ketakutan isteri memberi pandangan.

Perhati dan fikirkan apa yang dia rasai.
Perhati dan fikirkan apa yang dia lalui.

Kalian selalu anggap ia hanyalah bicara biasa.

Sedangkan waktu itu, ada beban terpendam dan terlalu banyak kisah nak disampaikan.

Kadangkala, kita kena peka. Keberanian isteri untuk bersuara bukannya dilahir tiba-tiba. Isteri sudah capai tahap maksimum bersabar dan memendam rasa.

Ada sesuatu yang menganggu fikirannya dan dia hanya minta kalian pinjamkan mata, telinga, fikiran dan hati untuk fokus sepenuhnya pada apa yang diluah.

Jika tidak pada kalian, dengan siapa lagi dia nak bercerita.

Suami yang bijak akan prihatin terhadap apa juga yang dikongsikan oleh isteri. Kerana semua yang dibicarakannya penting.

Bukan sekadar meluah tetapi mengharap solusi dari kalian. Kalian, kan pemimpin mereka. Jadi dengar dan pimpinlah tangan isteri ke jalan kebahagiaan dan ketenangan ya.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Dengar dan hadam setiap bait kata-katanya.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @DearHati