🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Apa nak buat bila hidup dengan pasangan yang suka menguji? Ji | DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

Apa nak buat bila hidup dengan pasangan yang suka menguji?

Jika ditakdirkan kalian hidup dengan pasangan yang sering menguji kesabaran, kekuatan, ketabahan dan sering membuat kita berada dalam keadaan tertekan, sedih dan tak bahagia, ada satu perkara yang kalian wajib buat terlebih dahulu.

Iaitu...

Baiki hubungan kamu dengan Allah SWT.

Solatlah awal waktu, dekatkan dirimu denganNya dan mengadulah padaNya.

Kena beringat, bahawa Allah tidak akan menguji melebihi kemampuan hambaNya.

Menangis dan berserahlah hanya padaNya.

Allah beri ujian ini kerana Dia pilih kita untuk sentiasa ingat dan ingin dekat denganNya.

Segala ujian yang hadir di dalam hidup kita, pasti jualah Allah yang memudahkan kita dalam tiap kesusahan ini.

Kena faham dengan maksud "memudahkan" itu tidaklah bererti membawa kepada perpisahan semata-mata.

Memudahkan itu maksudnya, siapa tahu Allah jugalah yang menggerakkan hati pasangan untuk berubah. Masalah tiba-tiba selesai dan berubah 360 darjah.

Atau hal yang paling mustahak lagi adalah kita sendiri berubah asbab dari beriktihar untuk mencari solusi pada masalah tersebut.

Buat masa ini, jalani hidup kalian seperti biasa. Berserahlah padaNya dan pasti akan tiba satu masa nanti segala-galanya akan baik seperti biasa.

Baik dalam rumahtangga kembali harmoni ataupun baik dalam keadaan kehidupan baharu bermula semula.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Doa yang baik-baik sahaja.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @DearHati