Get Mystery Box with random crypto!

APA PERBEZAAN NOVEL CORONAVIRUS, SARS-COV-2 & COVID-19 Cor | Diari Psikologi 🎭

APA PERBEZAAN NOVEL CORONAVIRUS, SARS-COV-2 & COVID-19

Coronavirus adalah sejenis virus yang telah lama ditemui iaitu seawal tahun 1920-an.

Terdapat strain coronavirus yang menyebabkan demam selsema yang sering kita dapat.

Virus sangat mudah bermutasi bermaksud kandungan genetik virus selalu bertukar.

Apabila penyakit baharu meletus di China telah dikenalpasti ia adalah dari virus coronavirus tetapi bukan dari jenis yang telah ditemui sebelum ini.

Novel bermaksud baharu.

Jadi ia dinamakan sementara sebagai 'novel coronavirus' yang bermaksud virus coronavirus yang baharu.

Nama sebenar virus ini yang telah dinamakan oleh WHO adalah 'SARS-CoV-2' (Severe Acute Respiratory Syndrome-Coronavirus-2'.

Di dalam Bahasa Melayu bermaksud 'Sindrom Pernafasan Akut Teruk-Coronavirus-2'.

Virus SARS-CoV-2 menyebabkan penyakit yang dinamakan COVID-19 iaitu Coronavirus Disease 19 (Penyakit Coronavirus 19).

Oleh yang demikian, nama penyakit dan nama virus punca penyakit telah dirungkai dan kini masa untuk mencari vaksin bagi melawan penyakit ini.

#Sars-CoV-2 #Covid19 #Coronavirus
--
Jom join t.me/drwanfahmi