Get Mystery Box with random crypto!

Diari Psikologi 🎭

Logo of telegram channel diarisipsiko — Diari Psikologi 🎭 D
Logo of telegram channel diarisipsiko — Diari Psikologi 🎭
Channel address: @diarisipsiko
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 603
Description from channel

Apa² yg ada di channel ini hanyalah utk pengetahuan tambahan saja~~
#psikologi
no longer active~
lets enjoy our life and live at your own life to its fullest!😁 @nooresyam

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


The latest Messages

2022-07-13 02:13:06 bunga: Depression and Anxiety. Please please & from PM, suicide

Anxiety ialah satu perasaan yang dipanggil gemuruh oleh orang Melayu. Anxious. Perasaan ini normal dan perlu dikawal dengan diberikan exposure sedikit demi sedikit sehingga ia hilang. Sekiranya tidak dikawal atau kita mengambil sikap mengelak, ia akan berkumpul dan menjadi lebih besar. Anxiety is co-related to low self esteem, so to overcome this, we need to have confidence.

Depression on the other hand is a disease that lead to death every year. The concern on major depression disorder which someone stop talking and his/her beheavior start to change. As a muslim depression is something we could avoid as we could depend on Allah. We know everything happened for a reason and He always know the best for us.

If something bad happened, we said we are his and there is no power except from him. Muslim always have hopes and hopes overcome depression.

Sekiranya depression tadi tidak disalurkan dengan baik, pesakit akan merasakan hidupnya tiada erti. Segala kesusahan dan keperitan itu menghalang bahagia buatnya lalu acapkali mereka mengambil keputusan untuk membunuh diri. Mereka telah hilang harapan.

Sebagai muslim, kita mempunya tiga halangan kepada depression ini, yang pertama definisi bahagia pada muslim bukan lah pada harta benda atau keluarga tetapi ketika mengecapi redha tuhannya walaupun pada saat bumi digoncang.

Kedua, halangan bagi membunuh diri yang merupakan perbuatan yang haram di sisi Islam. Ketiga, kebergantungan kepada tuhan memberi unlimited supplies of hope to us.

Semoga ini membantu, please specify on what you want me to touch, too general. Thank you for asking.

@damnwrds
98 viewsAmran, 23:13
Open / Comment
2022-07-13 02:13:06 nadears: Admin mintak tips murah rezeki huhu

1. Tahajjud setiap malam. Cara mudah bangun 1 jam sebelum subuh, dan solat. Tidur awal.

2. Solat sunat subuh.

3. Solat subuh (berjemaah)

4. Solat isyrak

5. Solat sunat dhuha

6. Sedeqah

7. Al-waqiah selepas asar

8. Istighfar dengan khusyuk

9. Jauhi maksiat

10. Seru pada kebaikan dan cegah pada kemungkaran

10 perkara ini jika dibuat, rezeki akan mencurah sepertimana hujan lebat mencurah dari langit.

@damnwrds
83 viewsAmran, 23:13
Open / Comment
2021-01-27 01:04:38 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pertanyaan Di Padang Mahsyar

عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاه

Daripada Abu Barzah Al Aslami berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dua kaki seorang hamba tidak akan bergerak (pada hari kiamat) sehingga dia ditanya tentang umurnya, kemana dihabiskan, tentang ilmunya apakah yang telah dilakukan dengan ilmunya, tentang hartanya dari mana diperolehi dan kemana dibelanjakan dan tentang tubuh badannya untuk apa digunakannya” HR Tirmizi No: 2341 Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap kita pada hari kiamat nanti akan dibangkitkan di Padang Mahsyar dan akan melalui pemeriksaan dan timbangan di atas amal kita semasa hidup

2. Setiap kita akan ditanya tentang umur, kemana dihabiskan dan dimanfatkan?

3. Akan ditanya tentang ilmu yang dimiliki. Adakah ilmu yang dimiliki bermanfaat? Adakah ilmu tersebut diamalkan? Adakah ilmu disebarkan sama ada melalui lisan atau tulisan?

4. Setiap harta yang diperoleh akan ditanya, adakah diperolehi dengan cara yang halal atau sebaliknya?. Setiap sen yang di belanjakan juga akan ditanya kemana dan bagaimana diurus?

5. Pada tubuh badan kita juga akan ditanya. Seluruh anggota dan pancaindera yang dimiliki, kemana telah digunakan semasa di dunia?

Berusahalah setiap masa untuk muhasabah apa yang kita milik sama ada umur, ilmu, harta dan seluruh anggota tubuh badan. Moga ia menjadi aset dan deposit amal soleh di akhirat nanti.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

26hb Januari 2021
13hb Jamadil Akhir 1442H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam Bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD
944 viewsSeorang Teman, 22:04
Open / Comment
2020-06-01 08:56:49 Senarai istilah / perkataan daripada cabang Psikologi yang kita banyak salah guna tanpa tahu maksud sebenar istilah itu.

Berhenti salahgunakan istilah-istilah ini, please.

1. Sadis

Contoh, “Sadis betul aku tengok kawan aku sorang ni makan sorang-sorang.”

Ramai nak maksudkan “menyedihkan”, “kasihan” dll.

Tapi sadis kata asal ialah Sadist,

Iaitu seseorang yang dapat keseronokan/nikmat/pleasure dengan menyaksikan kesakitan/penderitaan orang lain.


2. OCD

“Tolong susun kasut semua tu ikut warna ya. Aku OCD sikit bab-bab ni.”

OCD ialah sejenis penyakit mental. Jangan tertukar dengan personaliti perfectionist.

Everyone has a bit of wanted to see perfection in something. But not everyone has OCD.

It’s a mental disorder.

3. Depress

“Baca berita sekarang boleh buat rasa depress!”

Asalnya, depress ialah sejenis status emosi seperti sedih, marah, gembira dll.

Tapi zaman sekarang kita perlu sensitif dengan isu Depressive Disorder, sejenis kecelaruan mental.

So elakkan guna depress sesenang hati.


4. Introvert

“Ko tak payah nak introvert sangat, malu nak sembang.”

Introvert ialah sejenis personaliti, bukan kata kerja.

Elakkan guna istilah tu untuk merujuk tak nak bercakap, tak pandai bergaul dll.

Orang introvert pun ada geng dia sendiri yang dia akan banyak cakap.

5. Meroyan

“Habis meroyan aku tengok kawan semua dah kahwin.”

Nak gambarkan situasi kempunan kesedihan tak dapat kahwin.

NO! Jangan main-main!

Meroyan ialah Postpartum Depression, sejenis kecelaruan mental lepas seseorang ibu bersalin, sebab faktor hormon berubah mendadak.


6. Mental

“Dia dah start mental dah tu.”

Merujuk kepada “gila”, “masalah psikiatri” dll.

Penyalahgunaan istilah ini bukan di Malaysia je, malah orang putih pun.

Mental secara asalnya tak bawa maksud apa pun. Macam kita sebut roh, jasad, emosi dll.

7. Psiko

“Belajar Psikologi? Mesti pandai Psiko orang.”

Satu lagi istilah yang aku benci

Merujuk kepada - pandai baca dan kawal pemikiran orang. Sedangkan istilah ini, asalnya daripada “Psyche” iaitu Soul.

Psychology = Study of Soul

Psycho pula macam nak cakap Psychopath.


8. Hyperactive

“Anak kau hyperaktif betul kan?”

Aktif dengan hyperactive, LAIN.

Hyperactive ini dah tahap ADHD, iaitu dia TAK MAMPU untuk duduk diam. Bukan Tak Mahu.

Aktif budak, normal.

Hyperactive ini, masalah perkembangan (neurodevelopmental disorder)

@psychopathisyou
1.5K viewsGlacier, edited  05:56
Open / Comment
2020-06-01 01:22:53 Channel photo updated
22:22
Open / Comment
2020-05-31 10:43:46 Perkara yang melemahkan dan merosakkan minda

Antara perkara-perkara yang boleh melemahkan dan merosakkan otak dan minda kita. Elakkannya..

1.Tidak mengambil sarapan pagi

Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2.Terlebih makan

Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan,menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

3.Merokok

Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

4.Mengambil Gula Berlebihan

Gula yang berlebihan dalam badan boleh menggangu penyerapan protein dan nutrisi.Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5.Menghidu Udara Yang Tercemar

Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

6.Tidur Yang Berlebihan

Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

7. Tidur Dengan Menutup Muka

Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8.Kurang Berimaginasi

Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9.Jarang Berfikir

Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita berkerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

10.Tidak Membaca Al-Quran

Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

11.Menonton / melihat gambar atau video prono

Kajian dan penelitian terbaru menunjukkan, menonton filem porno dapat mematikan bahagian otak yang memproses rangsangan visual. Setidaknya, hal ini terjadi pada wanita. Demikian hasil studi yang dikeluarkan dari University of Groningen Medical Centre di Belanda yang meneliti hal tersebut.

12.Hidu Gam

Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan. Selain itu ia juga akan menyebabkan kerosakan otak yg kekal (gila) dalam masa yg singkat. Penagih akan hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, hilang kewarasan fikiran keseimbangan badan, dan mengalami kekeliruan serta kemurungan.

13.Minum Arak

Apabila seseorang meminum alkohol, ia terus bertindak ke atas sel-sel otak dengan merangsang otak itu sebelum mengganggu fungsinya sehingga menyebabkan gangguan kepada penglihatan, hilang ingatan dan seumpamanya. Pengambilan 2 hingga 3 gelas alkohol dalam masa sejam sudah mencukupi bagi menjadikan seseorang tidak stabil. Dalam jangka masa panjang ia boleh merosakkan otak selama-lamanya.

#TitianIlmu

@DiariSiPsiko
538 viewsPathetic Joker, 07:43
Open / Comment
2020-05-31 10:43:18 Amalan Menguatkan Daya Ingatan

OTAK amat penting kerana semua aktiviti dalam badan dikawal oleh organ itu. Otak yang sihat penentu kepada kesempurnaan fungsi organ dan anggota badan lain.

Akan tetapi, ramai antara kita tidak menyedari terdapat amalan seharian yang kurang bermanfaat kepada tubuh turut memberi kesan sampingan terhadap tumbesaran dan fungsi otak.

Amalan- amalan tersebut melibatkan aspek pemakanan, kecergasan badan, pemikiran dan pembentukan hormon dalam badan. Jika amalan kehidupan seharian kita lemah, maka otak juga tidak dapat berfungsi dengan baik.

Lebih mengejutkan, ada antara golongan muda pada masa kini menjadi pelupa dan mudah mengalami masalah lemah berfikir.

Namun, masalah-masalah ini bukanlah penyakit yang tidak dapat diubati. Dengan panduan cara hidup yang sihat di sampingpemakanan bermanfaat, otak kita bukan sahaja boleh kembali berfungsi dengan baik malah kekuatannya dapat dilipat gandakan.

Berikut adalah beberapa amalan gaya hidup dan pemakanan sihat yang membantu menguatkan memori serta daya berfikir seseorang.

Sarapan

Sarapan penting bagi memastikan otak mampu berfungsi dengan baik. Individu yang tidak bersarapan akan mengakibatkan kurang kandungan gula dalam darah yang mana penting untuk membekalkan nutrien ke otak.

Jangan merokok

Asap rokok mengandungi bahan beracun yang merosakkan sel-sel otak. Selain melemahkan pengaliran darah ke otak, asap rokok juga membawa kepada penyakit berbahaya seperti kanser.

Tidur mencukupi

Otak yang sihat dan cergas terhasil daripada rehat serta tidur yang mencukupi. Namun, elakkan daripada tidur berlebihan kerana amalan itu boleh mengakibatkan otak seseorang menjadi lemah dan kurang aktif.

Vitamin E dan B12

Amalkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin E dan B12 seperti badam, sayur bayam, susu, telur dan banyak lagi. Vitamin-vitamin tersebut amat penting bagi pertumbuhan sel-sel otak danpada masa sama menguatkan daya ingatan.

Amalan membaca

Amalan membaca sememangnya terbukti dalam meningkatkan daya kreativiti dan pemikiran. Ini kerana apabila kita membaca, pelbagai informasi akan diserap dan membuatkan otak lebih berfikir serta berimaginasi.

Hirup udara bersih

Oksigen merupakan sumber penting untuk memastikan otak dapat berfungsi dengan baik. Udara segar membantu meningkatkan kecerdasan otak dan memperbaiki sel-sel otak yang rosak.

#TitianIlmu

@DiariSiPsiko
334 viewsPathetic Joker, 07:43
Open / Comment
2020-05-29 21:52:52 Kau siapa? Aku tak kenal. Tapi aku yakin, Kau juga seperti aku. Sedang menjaga hati, Sedang mujahadah diri. Buat apa jasad mendekat, Kalau hati semakin berkarat. Jauh bukan tanda benci, Biar doa mendekatkan hati. Moga Allah redha! @shaasf telegra…
505 viewsPathetic Joker, edited  18:52
Open / Comment
2020-05-29 21:28:19
Ku hamparkan tilam dan tidur berdengkur.
Mengingati kisah lama,
Aksara muzik mula menjelma,
Mengingati setiap kenangan dalam bentuk mimpi.

Setiap kenangan, gelak tawa di pertontonkan.
Setiap bibit-bibit kenangan yang timbul, Membuat diriku tak berhenti-henti bercakap,
Setiap dari mereka menconteng setiap kenangan.

Aku juga ingin menconteng kenangan itu, tetapi aku tidak mempunyai marker pen.
Lalu aku hanya memerhati saja whiteboard kelas diconteng.

Aku ketiduran sebentar dan terbangun dalam kegelapan.
Ku sangka bekalan elektrik terputus tetapi sebenarnya syaitan memainkanku.

@DiariSiPsiko
461 viewsPathetic Joker, edited  18:28
Open / Comment
2020-05-16 11:19:49 BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka ia akan mendapat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun." (HR Muslim No: 4831) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Sesiapa sahaja yang berperanan mengajak, menasihat serta membimbing kepada kebaikan, mereka adalah seorang guru.

2. Guru yang ingin mendapat ganjaran pahala berterusan akan sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu yang benar sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat.

3. Seorang guru akan sentiasa berusaha gigih dan bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu kepada orang lain tanpa mengira penat lelah bagi melahirkan generasi baharu yang berilmu dan memberi impak kepada kehidupan masyarakat dan negara.

4. Guru yang menyampaikan, mendidik dan mengajar sesuatu ilmu yang benar, dia akan mendapat ganjaran pahala sama seperti pahala orang yang beramal dengan apa yang telah diajarkannya itu.

5. Semakin ramai bilangan pelajar yang dibimbing dan diajar melakukan perkara yang baik dan bermanfaat, semakin banyak pahala yang diperolehi secara berterusan.

6. Orang yang mengajar, membimbing dan menunjukkan yang buruk dan jahat, dia akan memperolehi ganjaran dosa sebanyak orang yang mengikuti dan beramal dengannya.

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Marilah kita merebut peluang membuat simpanan deposit amal yang berterusan untuk akhirat kita melalui pelbagai medium termasuk menggunakan media sosial seperti FB, WhatsApp, Twitter dan sebagainya. Jadilah kita guru yang mengajar kebaikan dan perkara bermanfaat pada orang lain, bukan sebaliknya.

SELAMAT HARI GURU

al-faqir dr ajmain
242 viewsPoison Apple , 08:19
Open / Comment