🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Senarai istilah / perkataan daripada cabang Psikologi yang kit | Diari Psikologi 🎭

Senarai istilah / perkataan daripada cabang Psikologi yang kita banyak salah guna tanpa tahu maksud sebenar istilah itu.

Berhenti salahgunakan istilah-istilah ini, please.

1. Sadis

Contoh, “Sadis betul aku tengok kawan aku sorang ni makan sorang-sorang.”

Ramai nak maksudkan “menyedihkan”, “kasihan” dll.

Tapi sadis kata asal ialah Sadist,

Iaitu seseorang yang dapat keseronokan/nikmat/pleasure dengan menyaksikan kesakitan/penderitaan orang lain.


2. OCD

“Tolong susun kasut semua tu ikut warna ya. Aku OCD sikit bab-bab ni.”

OCD ialah sejenis penyakit mental. Jangan tertukar dengan personaliti perfectionist.

Everyone has a bit of wanted to see perfection in something. But not everyone has OCD.

It’s a mental disorder.

3. Depress

“Baca berita sekarang boleh buat rasa depress!”

Asalnya, depress ialah sejenis status emosi seperti sedih, marah, gembira dll.

Tapi zaman sekarang kita perlu sensitif dengan isu Depressive Disorder, sejenis kecelaruan mental.

So elakkan guna depress sesenang hati.


4. Introvert

“Ko tak payah nak introvert sangat, malu nak sembang.”

Introvert ialah sejenis personaliti, bukan kata kerja.

Elakkan guna istilah tu untuk merujuk tak nak bercakap, tak pandai bergaul dll.

Orang introvert pun ada geng dia sendiri yang dia akan banyak cakap.

5. Meroyan

“Habis meroyan aku tengok kawan semua dah kahwin.”

Nak gambarkan situasi kempunan kesedihan tak dapat kahwin.

NO! Jangan main-main!

Meroyan ialah Postpartum Depression, sejenis kecelaruan mental lepas seseorang ibu bersalin, sebab faktor hormon berubah mendadak.


6. Mental

“Dia dah start mental dah tu.”

Merujuk kepada “gila”, “masalah psikiatri” dll.

Penyalahgunaan istilah ini bukan di Malaysia je, malah orang putih pun.

Mental secara asalnya tak bawa maksud apa pun. Macam kita sebut roh, jasad, emosi dll.

7. Psiko

“Belajar Psikologi? Mesti pandai Psiko orang.”

Satu lagi istilah yang aku benci

Merujuk kepada - pandai baca dan kawal pemikiran orang. Sedangkan istilah ini, asalnya daripada “Psyche” iaitu Soul.

Psychology = Study of Soul

Psycho pula macam nak cakap Psychopath.


8. Hyperactive

“Anak kau hyperaktif betul kan?”

Aktif dengan hyperactive, LAIN.

Hyperactive ini dah tahap ADHD, iaitu dia TAK MAMPU untuk duduk diam. Bukan Tak Mahu.

Aktif budak, normal.

Hyperactive ini, masalah perkembangan (neurodevelopmental disorder)

@psychopathisyou