Get Mystery Box with random crypto!

Diari Psikologi 🎭

Logo of telegram channel diarisipsiko — Diari Psikologi 🎭 D
Logo of telegram channel diarisipsiko — Diari Psikologi 🎭
Channel address: @diarisipsiko
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 603
Description from channel

Apa² yg ada di channel ini hanyalah utk pengetahuan tambahan saja~~
#psikologi
no longer active~
lets enjoy our life and live at your own life to its fullest!😁 @nooresyam

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


The latest Messages 2

2020-05-15 10:41:56 Sin Addiction

Ramai dari remaja melakukan dosa yang berterusan sehingga dosa itu menjadi satu ketagihan bagi mereka seperti merokok, dadah, watching pornograpic, etcc...

Bagaimana cara untuk menghindar dari melakukan dosa tu?

Caranya adalah berusaha, berusaha sedaya upaya untuk tidak terjatuh dalam kegelapan lagi.

1. Jangan kerap duduk di satu tempat.

Jangan duduk di satu tempat di mana tempat tu kita terbiasa buat dosa. Jika berada di tempat yg selalu kita buat dosa. Lama kelamaan, fikiran akan terfikir juga untuk melakukan dosa yg diketagihkan. Kerap beralih tempat.

2. Jangan bersendirian

Being alone is a joke for you. Jika selalu bersendirian dan ditambah pulak tidak kerap beralih tempat. Peluang untuk melakukan dosa yg diketagihkan menjadi lebih tinggi. Cuba untuk duduk di tempat public. Jika tak suka public, duduk di tempat yg senang dilihat orang. Manusia kan pemalu sifatnya. Dengan manusia malu nak buat dosa, dengan Tuhan tak malu pulak

3. Mengurangi dari melakukan sedikit demi sedikit.

Jika suka buat dosa tu setiap hari, latih diri untuk tak lakukan selama 3 hari, selepas tu seminggu. Seterusnya katakan pada diri untuk tidak lakukan selama seminggu, sebulan dan seterusnya sampai tak buat langsung. Untuk lebih mudah guna cara 40 hari, Berikan ganjaran pada diri jika tak lakukan selama beberapa hari. Jika masih lakukan ulang balik dari 40 hari sebagai denda.

4. Ubah habit harian

Mengubah habit harian dapat mengurangkan risiko dari melakukan sesuatu yang tidak diingini. Elakkan dari duduk di tempat yang anda selalu lakukan perkara buruk untuk mengelakkan otak memikirkan sesuatu yang diketagihkan.

Try manipulating your brain a bit. Mana mungkin individu yang mengalami sins addiction terus berubah dengan tidak melakukan sama sekali? Usaha untuk hilangkan ketagihan itu sedikit demi sedikit.

@DiariSiPsiko
461 viewsPoison Apple , edited  07:41
Open / Comment
2020-05-11 08:28:56 Hyperlexia

Hyperlexia atau hypernumeric adalah sindrom di mana kanak-kanak begitu obses dengan perkataan dan nombor. Kanak-kanak yang memiliki sindrom ini gemar membaca dan memiliki kemampuan pandai membaca melebihi rakan sebayanya

Hyper bermaksud lebih baik daripada dan lexia (λεξία) bermaksud bacaan. Kanak-kanak yang mengalami sindrom ini memiliki kemampuan membaca yang luar biasa daripada yang dijangkakan. Namun begitu, kemahiran komunikasi mereka kurang dari kanak-kanak yang normal. Hyperlexia boleh dikatakan satu keupayaan membaca yang luar biasa tanpa kemahiran bahasa dan komunikasi.

Kebalikan daripada masalah ini adalah dyslexia.

#gifted
#syndrome

@DiariSiPsiko
517 viewsPoison Apple , 05:28
Open / Comment
2020-05-11 08:28:56 Sindrom Riley-Day/Sindrom Smith-Magenis

Satu penyakit disebabkan mutasi genetik yang jarang berlaku di mana sesorang itu tidak merasa deria sakit.

Pengidap tidak merasakan apa-apa walaupun tulangnya patah atau badannya cedera.

Kerana tidak dapat merasakan sakit, pengidap tidak menyedari bahawa dia berada dalam kesakitan kerana tidak merasakan simptom yang dialami. Oleh itu, semakin lama dibiarkan tanpa dirawat, penyakitnya menjadi lebih teruk dan boleh membawa maut.

#mutasi

@DiariSiPsiko
406 viewsPoison Apple , 05:28
Open / Comment
2020-05-02 04:30:25 Pengertian sihat sebagai hikmah daripada ibadah puasa sekadar mengandung pengertian sihat secara fizikal/jasmani, tetapi juga mengandung pengertian sihat secara psikis/rohani.

Hasil penelitian Wahjoetomo (1997) dan Najib (1990) menyimpulkan bahwa ibadah puasa bermanfaat untuk meningkatkan kesihatan fizik atau jasmani. Ketika seseorang melaksanakan ibadah puasa, maka terjadi pengurangan jumlah makanan yang masuk ke dalam tubuhnya sehingga kerja beberapa organ tubuh seperti hati, ginjal alan berkurang Puasa memberikan kesempatan kepada metabolisme (pencernaan) untuk berehat beberapa jam sehingga kesan fungsinya akan selalu normal dan semakin terjamin. Di samping memberikan kesempatan kepada metabolisme (pencernaan) untuk beristirahat beberapa jam, puasa juga memberikan peluang kepada otot jantung untuk memperbaiki vitaliti dan kekuatan sel-selnya.

Disamping bermanfaat untuk meningkatkan kesihatan fizik atau jasmani, puasa bermanfaat pula bagi kesihatan psikis. Cott (Ancok & Suroso, 1995), seorang ahli jiwa bangsa Amerika, menyebutkan bahawa pernah melakukan kajian untuk menyembuhkan gangguan jiwa dengan cara berpuasa. Eksperimen tersebut dilaku-kan oleh Dr. Nicolayev, seorang guru besar pada The Moscow Psychiatric Institute. Subjek penelitian dibahagi menjadi dua kumpulam yang sama besar baik usia mahupun berat ringannya penyakit yang diderita.

Kumpulan pertama diberi pengubatan dengan ramuan ubat-ubatan, sedangkan kumpulan kedua diperintahkan untuk berpuasa selama 30 hari. Hasil kajian tersebut menyimpulkan bahawa pesakit-pesakit yang tidak boleh disembuhkan dengan terapi medik ternyata boleh disembuhkan denga ncara berpuasa. Cott juga menyebutkan bahawa penyakit susah tidur (insomnia), dan rasa rendah diri juga dapat disembuhkan dengan cara melakukan puasa.

Sementara itu Prof. Dr. Dadang Hawari, guru besar psikitari UI Jakarta dalam penelitiannya juga menemukan bahwa gangguan-gangguan jiwa non psikosis (seperti fobia, obsesif kompulasi, panic disorder) dapat disembuhkan dengan terapi puasa, baik puasa ramadhan mauhpun puasa sunat.

#TaubahDanPuasa

@DiariSiPsiko
174 viewsArtefacts, 01:30
Open / Comment
2020-05-02 04:30:25 PUASA DARI PERSPEKTIF PSIKOLOGI DAN PSIKOTERAPI

Manusia dapat dikatakan mempunyai sifat yang tidak sihat dan akan mengalami pelbagai masalah apabila hati dan akalnya kurang berfungsi sehingga tidak mampu mengawal dan mengendalikan kekuatan nafsunya yang selalu mendorong kepada kejahatan. Menurut pandangan Islam, faktor kurang berfungsinya hati dan akal disebabkan oleh terlalu banyak makan dan minum, pandangan ini didasarkan pada Hadis Rasulullah SAW,

“Janganlah engkau matikan hati dengan banyak makanan dan minuman. Sesungguhnya hati itu seperti tanaman yang akan mati apabila banyak airnya.”
“Hancurkanlah makananmu dengan dzikir dan shalat.Dan janganlah kamu tidur atas makanan (tidur sedang kekenyangan), maka kesatlah
hatimu”
(HR Ath-Thabrani dari ‘Aisyah dengan sanad dlaif)


Luqman Al Hakim, pernah menasihati anaknya dengan mengatakan:

“Wahai anakku! Apabila perutmu telah penuh sesak dengan makanan, maka akan tidurlah fikiranmu, menjadi lemah hikmahmu dan berhentilah (malas) seluruh anggota tubuhmu daripada beribadat kepada Allah SWT dan hilanglah kebersihan hati (jiwa) dan kehalusan pengertian, yang dengan sebab keduanyalah dapat diperoleh lazatnya munajat dan berkesannya zikir pada jiwa.”

Berdasarkan Hadis dan nasihat Luqman Al Hakim di atas, dapat diambil pemahaman bahawa untuk mengembalikan fungsi serta kekuatan hati dan akal agar dapat mengawal dan mengendalikan dorongan-dorongan nafsu dapat dilakukan dengan cara mengurangkan makan dan minum, beserta makanan dan minuman tersebut halal.

Mengurangi makan dan minum bukan berarti sekadar mengurangi jumlah makanan dan minuman yang dimakan atau diminum, tetapi dapat dilakukan dengan cara yang mengandungi unsur ibadah, iaitu ibadah puasa, baik puasa wajib mahupun puasa sunat -- contohnyanya puasa sunat pada setiap hari Isnin dan hari Khamis -- yang dilakukan sesuai dengan tuntunan agama Islam.

Puasa merupakan salah satu amalan batin yang tidak perlu diketahui oleh orang lain. Ketika melaksanakan puasa, seseorang harus mampu menahan keinginan-keinginannya, seperti keinginan untuk makan, minum, marah, keinginan nafsu seksual, dan sebagainya. Orang yang melaksanakan ibadah puasa bererti melatih dirinya untuk membimbing atau mengawal hawa nafsu dan menahan diri dari dorongan-dorongan naluri yang bersifat negatif, atau dalam istilah psikologi disebut "self-control"
158 viewsArtefacts, 01:30
Open / Comment
2020-05-01 11:15:31
Tip untuk kekal hidrat di bulan Ramadan.

Berikut adalah cara untuk mencapai 8 gelas air kosong sehari.

Jangan minum sekarang pula ya .

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
163 viewsArtefacts, 08:15
Open / Comment
2020-04-26 07:11:01 @hadisharian_ikram
536 viewsPathetic Joker, 04:11
Open / Comment
2020-04-24 12:11:45 NOTA POKET RAMADHAN 2020 (INFOGRAPHIC)

Sumber : Jabatan Mufti Negeri Selangor
551 viewsPathetic Joker, edited  09:11
Open / Comment
2020-04-09 11:48:28 Enuresis

Enuresis atau penyakit kencing malam merupakan suatu penyakit tingkah laku yang berlaku kepada kanak-kanak hingga golongan remaja dan golongan warga emas yang sudah lanjut umurnya. Enuresis sering berlaku ketika mereka sedang tidur khususnya pada waktu malam, namun perkara ini kadangkala turut berlaku pada waktu awal pagi atau pada tengah hari dan petang.

Pada kebiasaannya istilah ini dikhususkan kepada mereka yang cukup besar untuk mengawal pengencingan, dan tidak bagi golongan kanak-kanak bawah umur.

#wiki
692 viewsHanan, 08:48
Open / Comment
2020-04-04 13:57:47 APA PERBEZAAN NOVEL CORONAVIRUS, SARS-COV-2 & COVID-19

Coronavirus adalah sejenis virus yang telah lama ditemui iaitu seawal tahun 1920-an.

Terdapat strain coronavirus yang menyebabkan demam selsema yang sering kita dapat.

Virus sangat mudah bermutasi bermaksud kandungan genetik virus selalu bertukar.

Apabila penyakit baharu meletus di China telah dikenalpasti ia adalah dari virus coronavirus tetapi bukan dari jenis yang telah ditemui sebelum ini.

Novel bermaksud baharu.

Jadi ia dinamakan sementara sebagai 'novel coronavirus' yang bermaksud virus coronavirus yang baharu.

Nama sebenar virus ini yang telah dinamakan oleh WHO adalah 'SARS-CoV-2' (Severe Acute Respiratory Syndrome-Coronavirus-2'.

Di dalam Bahasa Melayu bermaksud 'Sindrom Pernafasan Akut Teruk-Coronavirus-2'.

Virus SARS-CoV-2 menyebabkan penyakit yang dinamakan COVID-19 iaitu Coronavirus Disease 19 (Penyakit Coronavirus 19).

Oleh yang demikian, nama penyakit dan nama virus punca penyakit telah dirungkai dan kini masa untuk mencari vaksin bagi melawan penyakit ini.

#Sars-CoV-2 #Covid19 #Coronavirus
--
Jom join t.me/drwanfahmi
138 viewsHanan, 10:57
Open / Comment