🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Pengertian sihat sebagai hikmah daripada ibadah puasa sekadar | Diari Psikologi 🎭

Pengertian sihat sebagai hikmah daripada ibadah puasa sekadar mengandung pengertian sihat secara fizikal/jasmani, tetapi juga mengandung pengertian sihat secara psikis/rohani.

Hasil penelitian Wahjoetomo (1997) dan Najib (1990) menyimpulkan bahwa ibadah puasa bermanfaat untuk meningkatkan kesihatan fizik atau jasmani. Ketika seseorang melaksanakan ibadah puasa, maka terjadi pengurangan jumlah makanan yang masuk ke dalam tubuhnya sehingga kerja beberapa organ tubuh seperti hati, ginjal alan berkurang Puasa memberikan kesempatan kepada metabolisme (pencernaan) untuk berehat beberapa jam sehingga kesan fungsinya akan selalu normal dan semakin terjamin. Di samping memberikan kesempatan kepada metabolisme (pencernaan) untuk beristirahat beberapa jam, puasa juga memberikan peluang kepada otot jantung untuk memperbaiki vitaliti dan kekuatan sel-selnya.

Disamping bermanfaat untuk meningkatkan kesihatan fizik atau jasmani, puasa bermanfaat pula bagi kesihatan psikis. Cott (Ancok & Suroso, 1995), seorang ahli jiwa bangsa Amerika, menyebutkan bahawa pernah melakukan kajian untuk menyembuhkan gangguan jiwa dengan cara berpuasa. Eksperimen tersebut dilaku-kan oleh Dr. Nicolayev, seorang guru besar pada The Moscow Psychiatric Institute. Subjek penelitian dibahagi menjadi dua kumpulam yang sama besar baik usia mahupun berat ringannya penyakit yang diderita.

Kumpulan pertama diberi pengubatan dengan ramuan ubat-ubatan, sedangkan kumpulan kedua diperintahkan untuk berpuasa selama 30 hari. Hasil kajian tersebut menyimpulkan bahawa pesakit-pesakit yang tidak boleh disembuhkan dengan terapi medik ternyata boleh disembuhkan denga ncara berpuasa. Cott juga menyebutkan bahawa penyakit susah tidur (insomnia), dan rasa rendah diri juga dapat disembuhkan dengan cara melakukan puasa.

Sementara itu Prof. Dr. Dadang Hawari, guru besar psikitari UI Jakarta dalam penelitiannya juga menemukan bahwa gangguan-gangguan jiwa non psikosis (seperti fobia, obsesif kompulasi, panic disorder) dapat disembuhkan dengan terapi puasa, baik puasa ramadhan mauhpun puasa sunat.

#TaubahDanPuasa

@DiariSiPsiko