🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

10 KHASIAT BENDI UNTUK TUBUH BADAN  1. BAIK UNTUK KESIHATAN | GAYA SIHAT CANTIK 💙 petua tips hack by t.me/GayaSihatCantik

10 KHASIAT BENDI UNTUK TUBUH BADAN 


1. BAIK UNTUK KESIHATAN TULANG

Menurut perkongsian dari KKM, bendi mengandungi kalsium tinggi yang baik untuk pembentukan tulang. Bukan itu sahaja, kandungan vitamin K yang terdapat dalam bendi juga berperanan dalam mengurangkan keretakan tulang akibat rapuh dan sekaligus mengurangkan risiko osteoporosis menjelang usia semakin tua.


2. MEMBANTU PROSES PEMBEKUAN DARAH

Individu yang sering mengalami masalah gusi atau hidung berdarah mungkin mempunyai komposisi darah yang cair sehingga menyebabkan proses pembekuan darah terganggu.
Selain mengekalkan kekuatan tulang, vitamin K dalam bendi juga berperanan dalam menggalakkan pembekuan darah dengan berkesan.


3. MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN

Di samping vitamin K, bendi juga diperkaya dengan vitamin C yang berperanan dalam menyokong sistem imuniti badan.
Ia bertindak dengan merangsang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah putih bagi melawan patogen dan jangkitan lain yang boleh menjejaskan kesihatan.


4. MENCEGAH PENYAKIT BUAH PINGGANG

Sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2005 mendapati pesakit yang mengamalkan pengambilan bendi setiap hari menunjukkan pengurangan tanda-tanda kerosakan buah pinggang secara berkesan.


5. MENINGKATKAN KESIHATAN MATA

Sayur bendi juga dapat meningkatkan kesihatan penglihatan dengan khasiat vitamin A yang cukup tinggi. Ia juga diperkaya dengan khasiat antioksida penting dalam mengurangkan risiko penyakit mata seperti beta karotene, lutein dan zeaxanthin.


6. BAIK UNTUK IBU MENGANDUNG

Secawan bendi mampu membekalkan sehingga 15% khasiat folat harian. Ini menjadikan bendi sayur yang sangat baik diamalkan untuk ibu mengandung.
Seperti yang kita tahu, folat berperanan dalam mengekalkan kesihatan otak dan tulang belakang janin yang sedang berkembang di dalam rahim.
Pengambilan folat yang mencukupi juga penting bagi mengelakkan risiko spina bifida pada janin.


7. SUMBER ANTIOKSIDA YANG BAIK

Bendi mengandungi komponen antioksida yang dipanggil polyphenol.
Polyphenol juga dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan strok dengan mencegah salur darah tersumbat dan mengurangkan kerosakan sel akibat radikal bebas.
Antioksida dalam bendi juga dikatakan baik dalam kesihatan otak dan berpotensi dalam mencegah pertumbuhan sel kanser payudara.


8. TINGGI KANDUNGAN SERAT

Secawan bendi mampu membekalkan sehingga 4 g serat.
Ini menjadikan bendi sayur yang baik bagi mengurangkan risiko sembelit.
Pengambilan bendi secara konsisten juga membantu dalam melancarkan lagi sistem penghadaman, mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan serta membantu untuk membuatkan seseorang rasa kenyang dengan lebih lama.


9. MENSTABILKAN GULA DALAM DARAH

Bercerita tentang serat, kandungan serat yang tinggi dalam bendi juga didapati sangat baik untuk dimakan oleh pesakit diabetis.
Makanan tinggi serat didapati dapat membantu dalam meningkatkan sensitiviti insulin dan berpotensi dalam mengawal glisemik.
Beberapa kajian yang telah dilakukan pada tikus makmal membuktikan potensi bendi dalam mengawal paras gula dalam darah.
Hasil kajian mendapati bacaan gula lebih rendah pada kumpulan tikus yang diberikan ekstrak bendi.


10. BERPOTENSI DALAM MENGURANGKAN KOLESTEROL DALAM DARAH


American Heart Association turut menekankan bahawa pesakit diabetes lebih cenderung untuk menghidap masalah kolesterol jika pemakanan tidak dijaga.
Sumber makanan yang tinggi serat dan antioksida seperti bendi sangat baik diamalkan bagi mengurangkan paras kolesterol dalam badan.
Dalam sebuah kajian yang dijalankan pada tikus, bendi didapati dapat mengurangkan kadar kolesterol secara berkesan.

Sumber rujukan:
What Is Okra Good For ?
foodfacts.mercola.com/okra
What Is Okra (Lady’s Finger) And 6 Benefits Of Adding The Medicinal Vegetable To Your Diet
https://www.medicaldaily.com/what-okra-ladys-finger-and-6-benefits-adding-medicinal-vegetable-your-diet/
7 Nutrition and Health Benefits of Okra
https://www.healthline.com/health/diabetes/okra

Kredit Nazurah Hassan SirapLimau

Jom ajak kawan sekali join telegram @GayaSihatCantik