🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

INGATAN KEPADA PARA ISTERI Ini ingatan kepada para isteri di | GAYA SIHAT CANTIK 💙 petua tips hack by t.me/GayaSihatCantik

INGATAN KEPADA PARA ISTERI

Ini ingatan kepada para isteri di luar sana. Baca dengan tenang dan fahamkan satu-satu. Aku minta tolong ambil ikhtibar dan pedoman. Perjalanan kita bukan hanya 10km.

1. Bakat menyusun beg dalam bonet kereta ini mmg ada pada lelaki selain dari kuderat lelaki lebih banyak dari kalian. Maklumlah, barang yang awak packing tu macam nak pencen pindah ke kampung terus.

2. Kami para lelaki mencongak-congak beg apa nak dimasukkan dulu, yang mana nak diletak di kiri, di kanan biar beratnya seimbang.

3. Selain tu, kalian jangan sibuk nak bawa kasut baru dalam kotak. Kotak kasut tu semua akan makan ruang. Masukkan je kasut baru dalam plastik. Jangan risau, orang semua tahu tu kasut baru. Kan tag pada kasut tu memang kena buka pagi raya.

4. Kami para lelaki tak pernah pun menolak semua barang yang nak dibawa balik. Kami akan cuba sehabis baik untuk susun satu persatu waima pasu bunga pun kami selit elok-elok.

5. Kami akan pastikan kek dan makanan yang lembut tak terpenyek ditimpa barang. Muruku tak akan hancur dan kuih bangkit tak jadi serbuk. Jangan dirisaukan.

6. Dan lagi satu kami sedaya upaya tak mau letak barang dalam ruang kereta, nanti tak selesa dalam perjalanan.

Ingat pesan ini kawan perempuan ibu-ibu semua, janganlah sesekali kalian berani-berani katakan hal ini apabila semuanya dah cantik tersusun,

"Pa, cuba bawa keluar beg merah bawah tu, ada barang nak kena ambil lah".

Nescaya, jika kalian bukan isteri lelaki seperti kami, sudah dihempas pasu yang tersusun rapi tadi.. tapi nak buat macamana, kena keluarkan juga. Dahlah beg tu yang paling bawah sekali.

Kami akan terus ulangi proses ini sekali lagi. Namun begitu, kami tetap menyayangi kalian seadanya.

Inilah bukti betapa sabarnya hati seorang lelaki yang bergelar suami walau sekejap lagi kalian berdengkur sepanjang perjalanan...

Sumber : Fairus Mohd Tabiee

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @GayaSihatCantik