Get Mystery Box with random crypto!

AYAH SAYA SUKA MENIPU! Tetiba aku teringat satu kisah yang be | Stay Strong

AYAH SAYA SUKA MENIPU!

Tetiba aku teringat satu kisah yang berlaku, mungkin dua tahun lepas.

Masa tu ada program di sebuah sekolah. Kem untuk pengawas, ketua kelas and orang-orang berjawatan la dekat sekolah tu. Kem kepimpinan. Yup.

Masa malam terakhir, kami (fasi perempuan) diminta untuk buat sedikit teguran kepada pelajar perempuan.

Blablabla lepas tegur pasal itu dan ini, dipendekkan cerita, kami pesan kepada mereka kalau ada nak curhat kami bersedia mendengar dan membantu.

Tiba-tiba tak lama tu ada seorang pelajar perempuan tu datang and cakap she needs someone to talk to. Dia cakap tak kisah siapa, dia nak cerita sesuatu yang dah lama dia pendam.

Since yang lain sedikit sibuk, aku offer diri untuk mendengar.

..

"Saya benci ayah saya. Dia suka menipu. Kami bukan orang senang. Ayah tiada duit untuk makan, dikatanya ada duit. Padahal bila saya check beg duit ayah, takde satu ringgit pun. Ayah bagi saya duit, saya letak balik dalam beg duit ayah. Ayah susah. Ayah suka tipu cakap ayah okay padahal tidak." Dia menangis.

Aku terkedu. Selalunya scene sebegitu ada dalam drama. Tak sangka teruk sebegitu kehidupan mereka. Patutlah muka ya nampak sugul tak bermaya, tak seperti pelajar lain yang sentiasa ceria.

"Ayah awak kerja apa?" Aku bertanya selepas dia diam agak lama.

"Ayah kerja dekat terminal feri. Tolong angkat barang. Kadang ada kerja kadang takde. Lepas tu bila hujan habis kebasahan.”

Panjang lagi dia cerita. Aku tak ingat details. Aku agak terkesan dengan kisah hidupnya. Aku ada tanya berkenaan kawan, katanya tiada kawan rapat. Aku tanya nombor telefon sebab nak keep in touch dengan dia. Tapi dia tak ingat. So I give my number but until now takde yang pm. And aku pun dah lupa nama dia. Muka dia pun ingat-ingat lupa sebab waktu malam dia curhat, keadaan agak gelap dan terlalu banyak yang mengasak minda aku.

Betapa aku rasa bersyukur dengan kehidupan aku yang serba cukup walaupun tidak mewah. Alhamdulillah.


Aku harap mereka sekeluarga dalam keadaan baik. Aku nak tolong, tapi dia tak nak pertolongan dari sesiapa. Dia tanak terhutang budi dengan orang.

She's matured due to her difficulty.

Semoga Allah lindungi dan permudahkan segala urusan mereka sekeluarga.

Living in a broken family is difficult. Especially when they are still small and not knowing much about life..

May Allah ease all of us too..

Amin..

@mujahidahcilik