Get Mystery Box with random crypto!

'Ai, hati Mia da mati.' Ai tersentak. 'How can..?' Ai hanya | Stay Strong

"Ai, hati Mia da mati."

Ai tersentak.
'How can..?' Ai hanya mampu memandang Mia. Lama.

Mia hanya tunduk. Memerhatikan kesan-kesan kotoran degil di lantai bangunan itu.
'Mungkin hati aku lagi kotor berbanding lantai ni..'

"Hmm.."

Masing-masing terdiam.

"Sekurang-kurangnya Mia sempat sedar yang hati Mia da mati.." Ai cuba memecahkan kesepian itu.

Mia masih terdiam. Tunduk dan merenung lantai. Seakannya menembusi lantai tersebut, mengigati dosa-dosa yang telah dilakukannya.

"Ada orang, dia tak sedar pun hati dia da mati. Dia asyik bergembira, bergelak ketawa, berbelanja dan sebagainya. Dia solat, tapi solatnya seakan tiada. Hatinya gersang. Tapi, dia tidak menyedari kegersangan hati tersebut. Sampailah suatu saat, nyawanya diambil, baru dia sedar, nyawanya baru tiada, tapi hatinya dah lama 'tiada'.."

Mia masih mendiamkan dirinya.

"Alhamdulillah, Mia sempat sedar akan 'kematian' hati Mia tu. That's mean, sisa-sisa iman dalam diri Mia masih ada dan cuba melepaskan diri daripada belenggu kemaksiatan itu. Banyakkan bertaubat. Dan bersyukurlah.
Tak semua pelaku maksiat itu sedar yang hatinya telah mati.
Percayalah, hati Mia masih hidup, tapi ditahap kritikal.
Rawatlah, sebelum terlambat.."

Telegram: @Mujahidahcilik